Anda mesti pernah mengalami masalah dimana foundation atau bedak asas yang anda pakai tidak bertahan lama dan memerlukan anda untuk touch up atau buat solekan semula sebelum hari anda tamat, bukan?

Kami senaraikan 10 foundation atau bedak asas yang mampu bertahan sehingga 12 jam dan berbaloi untuk anda laburkan duit.

Fenty Beauty Pro Filt'r Soft Matte Longwear Foundation

Kekal cantik dengan foundation Pro Filt'r Soft Matte Longwear yang telah dibuat dengan 40 jenis warna kulit. Foundation ini sesuai untuk menutupi sebarang celaan sederhana sehingga penutupan sepenuhnya. Pro Filt'r Soft Matte Longwear ini memberikan kulit yang sempurna dan lembut, penyerapan liang pori, dan tidak nampak berminyak.

Foundation ini juga merupakan salah satu foundation terbaik yang mempunyai formula khas yang bebas daripada minyak yang berfungsi untuk  bertahan terhadap peluh dan mengekalkan kelembapan. Ia juga tidak akan menyumbat liang-liang pori supaya di mana sahaja anda berada, ia akan berfungsi pada kulit anda.

Paling penting, tekstur ringan dan lembut seperti ini tidak dapat dikesan pada kulit-jadi anda sentiasa kelihatan seperti anda.

ESTEE LAUDER Double Wear Nude Water Fresh Makeup Broad Spectrum SPF 30 Foundation

Estee Lauder menawarkan foundation yang mampu bertahan dengan lebih lama bersama SPF 30 dan antioksida bagi membantu melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari yang berpanjangan. Foundation ini menyediakan perlindungan selama 24 jam di samping memberikan kulit yang sentiasa kelihatan sempurna. Ianya dibuat dalam bentuk cecair ringan bagi memudahkan anda untuk meratakannya ke seluruh wajah anda.

Foundation ini juga mampu memberikan hidrasi sepenuhnya disebabkan oleh ekstrak buah merah seperti buah tembikai, benih laici dan buah epal yang terdapat di dalam foundation ini.

Cover FX Power Play Foundation

Foundation ini direka khas untuk menutupi kesuluruhan wajah bagi penggunaan sepanjang hari. Ini bermakna anda hanya perlu pakai sekali dalam sehari kerana ia mampu bertahan seharian tanpa apa-apa gangguan.

Power Play Foundation dari Cover FX ini juga memberikan perlindungan kepada wajah anda daripada pelbagai situasi persekitaran anda seperti sinaran cahaya matahari berpanjangan, debu, ketika cuaca panas dan lain-lain.

Anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda berpeluh kerana ianya bersifat anti-peluh bagi membolehkan anda untuk mengekalkan ketulenan wajah anda. Ciri tahan lama yang ada dalam foundation ini menjadikannya salah satu foundation terbaik di pasaran.

Your Skin But Better CC Cream SPF 50+

Foundation yang dibuat dalam bentuk krim ini mampu menutup kesemuanya dan tidak akan berkedut dan merekah. Krim ini juga mengandungi formula anti-penuaan dan SPF50 bagi melindungi kulit muka anda daripada kesan ultra ungu yang disebabkan oleh sinaran matahari yang berpanjangan.

Ia juga mengandungi asid hidroklorik, antioksida, dan botanikal yang bersesuaian supaya anda nampak lebih sempurna di samping melindungi kulit anda daripada apa-apa kesan bahan kimia yang merbahaya.

Kat Von D Lock-It Liquid Foundation

Foundation yang dibuat oleh tumbuh-tumbuhan ini memberikan perlindungan yang sangat lama iaitu perlindungan kulit wajah anda selama 24 jam. Ianya telah direka khas supaya kalis air, anti-pudar dan tidak merekah dan berkedut bagi mengekalkan kesempurnaan wajah anda walau dalam apa pun situasi anda berada.

Ciri tahan lama yang ada dalam foundation ini menjadikannya salah satu foundation terbaik di pasaran. Anda hanya perlu bijak dalam menyesuaikan jumlah penggunaan yang anda hendak sapukan dan dengan mudah mendapatkan hasil yang anda inginkan.

Re(marc)able Full Cover Foundation Concentrate

Foundation Re(marc)able Full Cover ini telah diinovasikan untuk penutupan serta merta dalam satu titikan dan bertahan sehingga 24 jam. Foundation ini  memenuhi kandungannya dengan pigmen yang banyak bagi membantu menyelesaikan masalah pigmen di wajah anda.

Pigmen-pigmen ini juga diperbuat daripada mica emas yang telah dipatenkan yang berfungsi untuk memberikan sinar yang sekata kepada wajah anda. Foundation ini sesuai untuk kulit muka normal dan berminyak dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti paraben, sulfat dan phthalates.

Ciri tahan lama yang ada dalam foundation ini menjadikannya salah satu foundation terbaik di pasaran.

Sephora 10HR Wear Perfection Foundation

Foundation 10HR Wear Perfection ini dapat membaiki tona warna kulit anda di samping memberikan perlindungan berpanjangan selama 10 jam. Ianya mampu mengurangkan kedutan, kemerah-merahan, pigmentasi, parut dan juga bintik-bintik hitam supaya wajah anda kelihatan lebih jelita dan sempurna sepanjang hari.

Foundation ini juga memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada anda disebabkan oleh tekstur yang sangat lembut di dalam foundation ini. Foundation ini terbaik dalam melindungi wajah anda daripada kesan penuaan yang disebabkan oleh sinaran matahari yang berpanjangan.

Amazonian Clay 12-Hour Full Coverage Foundation

Formula kesempurnaan wajah dan pemakaian berpanjangan merupakan salah satu kandungan rahsia di dalam foundation Amazonian Clay keluaran jenama tarte ini. Ia juga mampu memberikan penutupan wajah sepenuhnya selama 12 Jam supaya anda kelihatan lebih cantik dan berkekalan sepanjang hari.

Ianya dibuat tanpa minyak, dan tanpa kandungan haiwan supaya wajah anda nampak lebih kering dan tidak berminyak. Foundation ini dapat menutupi jerawat dan jeragat, kemerahan wajah, pigmentasi yang banyak tanpa mengubah bentuk wajah anda. Foundation ini juga tidak menutupi pori sekiranya digunakan berpanjangan.

Foundation yang diperkayakan dengan tanah liat dan vitamin ini boleh mengembalikan semula keseimbangan kulit wajah anda walaupun apabila anda tidak memakainya.

Dior Backstage Face and Body Foundation

Foundation ini direka khas untuk penggunaan di muka dan badan yang kalis air dan anti-peluh. Foundation Dior Backstage Face and Body ini mengandungi pelbagai jenis tona warna yang sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga menawarkan tekstur cecair dan penampakan kulit wajah kedua di kulit wajah anda.

Formula kalis airnya mencipta jejaring halimunan pada kulit dan menentang pelbagai situasi melampau seperti ketika bersenam, terkena air, suhu yang melampau dan persekitaran lembap. Ia tidak memberikan reaksi pada lampu terang di belakang pentas. Foundation ini telah diuji dan diterima oleh kesemua tukang solek artis Dior profesional.

MAC Studio Fix Powder Plus Foundation

Foundation Studio Fix ini mempunyai kesan yang berpanjangan sehingga 12 jam tanpa menunjukkan apa-apa kedutan, rekahan dan ketidakserataan. Ianya merupakan satu serbuk dan foundation yang akan memberikan kelembutan kulit wajah dan tanpa apa-apa cela sambil menutupi keseluruhan wajah anda selama 12 jam.

Tekstur baldunya juga membolehkan kulit wajah anda untuk bernafas bagi mengekalkan kesegaran wajah ketika anda memakai foundation ini. Foundation yang tahan lama ini merupakan salah satu foundation terbaik untuk dipakai dalam jangka masa yang lama.