Kota Suci Mekah merupakan salah satu tempat yang perlu diziarahi terutamanya ketika mengerjakan Ibadah Umrah dan Ibadah Haji. Kebanyakan hotel-hotel lama yang mengelilingi Masjidil Haram telah digantikan dengan hotel-hotel baharu yang lebih selesa dan cantik.

Kini, kebanyakan hotel-hotel tersebut telah dibina dengan ciri-ciri hotel 5 bintang dan berdekatan dengan Masjidil Haram bagi memudahkan perjalanan ke Masjid.

Berikut kami senaraikan 6 hotel terbaik untuk keselesaan anda ketika kunjungan ibadah anda di kota Mekah.

Hotel Sheraton Makkah Jabal Al Kaaba

Hotel bertaraf 5 bintang ini dilengkapi dengan restoran dan perkhidmatan bilik serta satelit TV. Ianya terletak 800 meter dari Masjidil Haram dan ianya menawarkan kaunter penerimaan tetamu 24-jam serta WiFi percuma. Di hotel ini, semua tetamu boleh menikmati boleh menikmati bufet sarapan percuma setiap hari.

Di samping itu, tempat-tempat menarik seperti Gua Hira hanya terletak 5KM dari hotel ini. Ianya salah satu hotel yang terbaik di kota Mekah bagi tetamu yang mempunyai wang lebih dan mementingkan keselesaan di hotel.

Hotel Al Marwa Rayhaan

Hotel bertaraf 5 bintang ini merupakan salah satu hotel mewah yang amat dekat dengan Masjidil Haram iaitu dengan hanya beberapa minit berjalan kaki. Hotel ini terletak di hadapan pintu Raja Abdul Aziz di Masjidil Haram.

Hotel ini juga mempunyai sarapan pagi bufet yang dapat dinikmati secara percuma oleh semua tetamunya. Hotel ini amat sesuai bagi tetamu yang tidak kisah tentang harganya dan mencari keselesaan serta kemudahan untuk ke masjid.

Hotel Makkah Millennium Towers

Sekiranya anda pernah ke Mekah sebelum ini sama ada untuk mengerjakan ibadah Umrah atau Haji, anda mungkin pernah lihat hotel mewah ini yang berada berdekatan dengan Masjidil Haram. Hotel 5 bintang ini telah menjadi pilihan ramai tetamu disebabkan oleh pelbagai perkhidmatan yang ditawarkannya termasuklah penyaman udara, sarapan pagi bufet percuma, Wi-Fi percuma, tempat main kanak-kanak dan lain-lain lagi. Ianya sesuai bagi yang mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram.

Hotel Raffles Makkah Palace

Hotel ini terletak dalam kompleks ikonik Abraj Al Bait dan bertentangan dengan Masjidil Haram. Ia menawarkan laluan mudah ke masjid melalui Pintu Raja Abdul Aziz iaitu pintu masuk utama Masjidil Haram. Ianya juga mempunyai ciri perkhidmatan yang begitu banyak seperti Bilik Senaman atau Gym, restoran, penyaman udara, Wi-Fi percuma, pengangkutan ke lapangan terbang dan tempat letak kereta percuma. Semua ciri tersebut amatlah sesuai dengan harganya yang agak mahal berbanding dengan hotel lima bintang yang lain.

Hotel Swissotel Al Maqam Makkah

Hotel ini merupakan mercu tanda bagi kota suci Mekah dimana ianya mempunyai menara jam yang amat tinggi yang sering dijadikan panduan oleh semua pengunjung. Hotel ini juga sebahagian daripada kompleks Abraj Al Bait yang terkenal dan ianya berhadapan pintu utama Masjidil Haram. Ia juga menawarkan perkhidmatan penyaman udara, Wi-Fi percuma dan sarapan pagi percuma sepanjang anda berada di hotel ini.

Hotel Jabal Omar Hyatt Regency Makkah

Hotel ini merupakan hotel mewah yang bertaraf 5 Bintang dan terletak berhampiran dengan Masjidil Haram dimana hanya memerlukan 1 minit untuk berjalan kaki. Ia menawarkan banyak perkhidmatan seperti penyaman udara, bilik senaman atau Gym, Wi-Fi percuma, sarapan pagi, peti sejuk dan lain-lain. Harganya juga lebih murah berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh Hotel Raffles Makkah Palace. Hotel ini telah dianugerahkan sebagai Pemenang dalam Pilihan Pengunjung pada tahun 2018 oleh TripAdvisor.