Setiap orang mempunyai masalah kulit yang tersendiri sama ada kulit berminyak, kasar atau kulit kering. Bagi setiap masalah tersebut, terdapat pelbagai jenis krim yang telah dikeluarkan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut seperti krim atau cecair pelembap untuk kulit kering dan berminyak.

Di sini kami senaraikan 10 jenis pelembap atau moisturizer yang terbaik untuk kulit kering boleh anda dapati di Malaysia.

Safi – Krim Pelembap Muka Sari Pokok Lidah Buaya

Produk Safi sudah lama dikenali ramai sebagai satu produk halal terutamanya untuk rawatan penjagaan kulit. Ekstrak Lidah buaya yang terdapat dalam krim ini dapat menyejukkan kulit muka dan memberikan kelembapan yang sepenuhnya agar kulit muka kelihatan lebih segar dan lembap sepanjang masa.

Krim pelembap muka ini juga mampu mengeluarkan kesan-kesan hitam di muka sekaligus memberikan kulit muka yang sekata disamping merawat kulit kering. Ianya sangat sesuai bagi yang mencari krim pelembap yang mempunyai fungsi pelbagai selain dari untuk merawat kulit kering sahaja. Penggunaan krim ini secara berterusan dapat mengembalikan segala nutrien yang telah hilang pada kulit muka malah memberikan wangian yang berpanjangan.

Himalaya - Intensive Moisturizing Cream 50ml

Fungsi utama yang diperkenalkan oleh krim ini adalah untuk kelembapan, perlindungan dan penjagan kulit terutamanya bagi kulit yang kering. Krim Himalaya ini mampu melembapkan kawasan kulit anda yang sangat kering. Ianya mengandungi pelembap asli daripada minyak almond dan minyak jojoba yang dapat melembapkan kulit anda walaupun pada kawasan kulit anda yang sangat kering.

Krim ini mempunyai sumber vitamin E yang semulajadi bagi memberikan kesegaran dan kelembapan dalam mengekalkan kelembutan kulit anda. Ia juga dapat mengembalikan nutrien serta memberikan perlindungan kepada kulit anda daripada kerosakan berterusan pada kulit. Kepekatan lembapan krim membolehkan penggunaan yang berterusan untuk jangka masa yang panjang. Kepekatan tersebut juga memberikan lembapan yang lebih yang akan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari.

Organic Aid Vitamin-E Moisturizing Cream

Krim lembapan organic aid ini mengandungi asid amino yang memainkan peranan penting dalam melembapkan kulit. Vitamin E yang terkandung di dalam asid amino ini mampu melicinkan dan memberikan kesegaran berpanjangan kepada kulit anda terutamanya bagi yang mempunyai kulit kasar dan kering yang teruk.

Ianya melindungi kulit anda daripada cahaya matahari dan menjadikan kulit anda kelihatan lebih cantik dan bersinar. Krim ini tidak melekit dan berminyak, serta menjadikannya selesa untuk disapu sepanjang masa. Wangiannya yang harum mengekalkan kesegaran kulit anda. Parut-parut kecil juga dapat dihilangkan dengan penggunaan krim ini. Krim ini juga dapat membantu melegakan gatal-gatal yang disebabkan oleh penyakit ekzema.

Olay Total Effects 7 In One Day Cream Normal

Krim siang Olay Total Effects ini memberikan kulit seperti awet muda serta mengembalikan semula kesegaran, kelembutan dan kelembapan kulit. Ianya membantu menghidupkan semula kulit kusam bagi menampakkan semula kesegaran kulit dan mengurangkan garisan kedutan dan bintik-bintik hitam di muka.

Krim ini mengandungi ekstrak teh hijau and diperkayakan dengan vitamin B3, Pro-B5 dan E yang amat penting dalam melembapkan kulit kering, melindungi permukaan kulit daripada kerosakan radikal dan menegangkan kulit dengan memberikan hidrasi yang secukupnya. Olay Total Effects 7 dalam 1 ini juga dapat memberikan warna dan tona kulit yang sekata sambil mengurangkan bintik-bintik hitam di wajah. Anda juga dapat menikmati kelembutan tekstur kulit sepanjang masa.

The Body Shop Vitamin E Gel Moisture Cream

Pelembap Body Shop bersama Gel Vitamin E ini mengandungi 100% tumbuh-tumbuhan bagi melindungi kulit anda daripada penceroboh kuman luaran. Krim ini juga dapat mengekalkan kelembapan dan hidrasi kulit secara berterusan selama 48 jam. Pelembap tanpa minyak ini telah diformulasi dengan asid hyaluronic semulajadi.

Krim harian yang pantas menyerap ini diperbuat daripada gandum bio-fermentasi dari Pomacle, Perancis dan ekstrak raspberry, yang mengandungi Vitamin E, untuk menyegarkan dan mengembalikan kelembapan kulit. Ia juga mengandungi ekstrak lidah buaya yang organik daripada Mexico bagi membantu menyelesaikan masalah kulit kering di permukaan wajah. Krim ini tidak berminyak dan ianya telah diuji secara dermatologi. Kulit akan kelihatan lebih bersinar, segar dan lembap sepanjang masa.

Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g

Masalah kulit yang serius memerlukan produk penjagaan kulit yang berkesan. Losyen harian Cetaphil ini sangat sesuai untuk individu yang mempunyai masalah kulit yang sensitif. Losyen pelembap ini mampu memberikan kelembapan dan hidrasi yang maksimum bagi seseorang yang menghadapi masalah kulit yang serius termasuklah yang menderita daripada penyakit ekzema atau jeragat gatal.

Ciri-ciri istimewa losyen ini telah dibuktikan secara klinikal melalui teknologi rawatan penjagaan kulit yang maju dalam mengatasi masalah kulit yang degil. Ia juga dapat memberikan kelembapan berpanjangan selama 24 jam dan tidak berminyak apabila disapu pada kulit. Pelembap ini tidak mempunyai sebarang wangian dan ini bersesuaian dengan individu yang inginkan pelembap kulit tanpa bau-bauan.

Innisfree Aloe Revital Soothing Gel

Innisfree Aloe Revital Soothing Gel mengandungi ekstrak aloe vera yang memainkan peranan bagi merawat kulit kering dan mengekalkan kelembapan kulit yang berpanjangan. Ekstrak aloe vera ini mengandungi asid amino dan kelembapan yang tinggi bagi membantu melembapkan semula kulit kering.

Gel ini sangat menarik dimana ianya bukan sahaja untuk kegunaan pada muka malah juga untuk disapu pada keseluruhan anggota badan bagi mengekalkan kelembapan dan kesegaran tubuh badan yang berpanjangan. Ekstrak aloe vera tersebut juga dapat membantu melembapkan kulit yang terdedah daripada cahaya sinaran ultra-ungu dan haba yang berterusan.

Aloe vera tersebut juga menguatkan perlindungan kulit dan membantu menyegarkan kulit sepanjang masa. Produk ini bebas daripada pewarna, minyak, wangian buatan dan lemak haiwan.

Neutrogena - Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Gel air Neutrogena ini merawat kulit kering serta-merta dan mengekalkannya supaya kelihatan lembut dan hidrasi secukupnya sepanjang masa. Pelembap ini tidak mengandungi minyak dan anda dapat gunakannya seorang diri atau sebelum bersolek sebagai asas yang lembut. Gel ini tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan ianya 100% bebas daripada alkohol.

Ia juga mengandungi asid hyaluronik yang memberikan hidrasi sepenuhnya dan ianya bertindak sebagai satu spons, yang secara semula jadi dapat menyerap sehingga 1000 kali ganda beratnya dalam air. Formula ini memberikan kulit yang lebih lembut dan licin. Gel ini sangat sesuai digunakan bagi seseorang yang mempunyai masalah kulit kering yang kronik.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream

Berikan keselesaan serta-merta yang berpanjangan bersama krim pelembap Garnier Sakura White Pinkish Radiance bagi kulit kering. Krim ini dicipta khas untuk kulit yang sangat sensitif. Ia mempunyai SPF21 dimana anda boleh berdiri di bawah sinaran matahari 21 kali ganda lebih lama tanpa menjejaskan kulit anda.

Krim ini juga mempunyai campuran ekstrak bunga Sakura, vitamin B3 dan Vitamin C. Ketiga-tiga bahan ini amatlah penting bagi melindungi lapisan kulit untuk kelembutan yang berpanjangan, menghapuskan kedutan, mengurangkan bintik-bintik hitam dan membantu menghilangkan jerawat.

Kemerah-merahan juga dapat dikurangkan. Ekstrak vitamin C pula bukan sahaja membantu untuk memutihkan kulit malah ia dapat menghalang daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran ultra-ungu. Penggunaan berterusan selama 4 minggu, kulit anda akan menjadi 60% lebih gebu dan berwarna merah jambu.

Nivea Express Hydration Body Lotion 400ml

Losyen Nivea Express yang diperkayakan dengan mineral laut dapat membantu dalam memperbaiki 8 tanda-tanda kulit kering. Kepekatan Hydra IQ yang tinggi membenarkannya untuk meresap masuk ke bahagian dalam lapisan kulit bagi proses hidrasi yang berterusan.

Krim ini juga mengandungi bauan bunga teratai biru yang akan menyegarkan lagi kulit dan mengekalkan lembapan kulit berpanjangan. Krim ini amatlah sesuai digunakan oleh setiap individu yang mempunyai masalah kulit kering yang berbeza. Kulit anda akan mendapat bekalan lembapan tanpa henti dari dalam kulit dan ianya kerana bantuan yang diberikan oleh losyen badan Nivea Express Hydration ini.