Jangan abaikan penggunaan moisturizer atau pelembap walaupun kulit anda sangat berminyak (oily skin). Melembapkan kulit adalah satu bahagian penting dalam setiap rutin penjagaan kulit.

Salah tanggap umum yang biasa ramai orang di luar sana pegang adalah pelembap hanyalah untuk kulit yang kering. Itu tidak benar! Kulit jenis berminyak juga memerlukan pelembap.

Walaupun minyak yang dirembes oleh kulit anda adalah bahan pelembap semula jadi, ia masih perlu dibersihkan dengan kerap bagi membuang segala toksin yang dirembes bersama serta kekotoran luaran yang melekat saat kulit anda terdedah kepada persekitaran yang kurang bersih.

Sejurus dibersihkan, kulit anda akan kering. Dan inilah masanya pelembap perlu memainkan peranannya. Penggunaan pelembap memberi isyarat kepada kelenjar minyak kulit anda supaya tidak perlu menghasilkan minyak yang banyak seperti kebiasaan kulit anda. Lama-kelamaan, ianya akan secara automatik dapat membantu mengawal pengeluaran minyak berlebihan.

Berikut adalah 10 moisturizer atau pelembap untuk kulit jenis berminyak (oily skin) yang anda pasti dapat membantu masalah kulit anda. Anda pasti akan sukakannya!

SHISEIDO Waso Quick Matte Moisturizer Oil-free

Pelembap dari jenama Shiseido ini khusus untuk kulit berminyak. Ia berfungsi dengan menyeimbangkan penghasilan minyak, menyebabkan kulit berminyak anda tidak lagi kelihatan terlalu berkilat. Sangat membantu dalam menjadikan anda kelihatan muda dan segar.

Juga sesuai untuk kulit jenis biasa, kombinasi dan kering, serta selamat digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif. Berbaloi untuk disebutkan juga, adalah reka bentuk botolnya yang unik dan mudah di bawa ke mana-mana. Sesuatu yang... ekstra!

MARIO BADESCU Oil Free Moisturizer

Memberi anda rasa kelembapan berpanjangan tanpa meninggalkan kesan rasa melekit pada kulit anda. Selain itu, ia membantu melindungi kulit anda daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya.

Produk keluaran jenama Mario Badescu yang berusia sekitar 50 tahun ini sememang dipercayai ramai terutama mereka yang mengambil berat soal penjagaan kulit.

PHILOSOPHY Take A Deep Breath Oil-Free Oxygenating Gel Cream

Dunia akan kelihatan lebih jelas apabila anda berhenti sejenak dan bernafas. Produk yang membantu kulit anda bernafas walaupun dengan lapisan krim pelembapnya. Formulasi hebat yang dirumus khas serta dioksigenkan secara saintifik dengan teknologi terkini, bagi mengembalikan wajah berminyak anda yang kusam akibat daripada kurangnya aliran oksigen yang sihat disebabkan oleh liang-liang pori yang tersumbat dengan sebum minyak berlebihan anda.  

Produk Philosophy ini adalah khas bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, juga bagi mereka yang suka berfalsafah.

PETER THOMAS ROTH Intensive Anti-aging Cellular Creme

Antara produk yang berharga agak tinggi jika dibandingkan dengan kebanyakan produk buatan luar Malaysia yang lain. Namun, mungkin anda boleh letakkan sedikit kepercayaan kerana ianya adalah produk penjagaan kulit klinikal.

Teknologi PTR Firma-CELL-4 peptide yang digunakan menjadikannya bukan pelembap kulit biasa anda, kerana krim ini juga membantu menegangkan kembali kulit anda, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan garis halus pada kulit. Tidak semestinya bagi mereka yang sudah berumur sahaja.

Jika anda masih muda, ia dapat membantu mencegah tanda-tanda tua kulit anda membuatkan keremajaan kulit anda bertahan lebih lama dan awet muda.

CLINIQUE For Men Oil Control Mattifying Moisturizer

Semua orang daripada pelbagai lapisan generasi pasti sudah ramai yang mendengar tentang jenama Clinique. Jenama yang dipercayai ramai rakyat Malaysia ini juga menghadirkan produk yang khas untuk lelaki macho seperti anda.

Penghidratan terbaik yang menguatkan kulit anda. Bagi anda-anda yang gadis-gadis pula, yang mungkin merasakan ini tidak adil, pun tidak salah jika mahu mencuba produk ini.

COSRX Oil-Free Ultra-Moisturizing Lotion with Birch Sap

Produk pelembap losyen ini direka khas bagi memberikan kualiti hebat keserataan krim yang menyeluruh serta  kompak kepada kulit berminyak anda. Sangat berkesan membaiki kulit yang rosak dan meningkatkan penampilan anda menjadi lebih berseri tanpa minyak berlebihan. Harga berpatutan dalam botol pek 100ml.

Naruko Raw Job’s Tears Supercritical CO2 Brightening Moisturizer

Pelembap dengan formulasi bahan-bahan yang menarik serta kondusif terhadap rawatan kulit berminyak anda. Metodologi 3 dalam 1 mampu membantu anda mengekalkan kelembapan kulit dengan asid Hyaluronic,  penyerapan berganda daripada teknologi Pengekstrakan CO2 Superkritikal dan pemutihan kulit mulus bersih dengan nutrisi ekstrak daun anggurnya.

NIVEA Face Care Q10 Plus Anti Wrinkle Moisturizer Night Cream

Krim malam yang melembapkan serta membaiki kulit anda yang bermasalah minyak berlebihan, saat anda lena dibuai mimpi. Kesan tambahan anti kedutnya lebih berkesan dengan cara menyapu krim menggunakan hujung jari dan membuat pergerakan sapuan dalam bentuk pusingan kecil ke atas.

B.liv Oil Leviate [oil control gel]

Pelembap dalam bentuk gel membantu mengawal penghasilan minyak terutamanya di bahagian zon-T wajah anda. Sangat sesuai digunakan sebagai asas untuk rutin mekap wajah anda.

Dermalogica Oil Clearing Matte Moisturizer SPF15

Mengandungi bahan khas penyerap minyak botanik dengan kesan tindakan mengurangkan kilat sambil mengekalkan kelembapan kulit anda. Antara bahan botaniknya ialah ekstrak Akar Manis, Kayu Birch dan Kayu Willow yang sememangnya terkenal kerana sifatnya yang melembut dan melindungi kulit.