Penduduk di Asia Tenggara sinonim dengan rambut yang tipis dan lembut. Berbeza dengan penduduk di negara lain seperti India yang rata-rata memiliki rambut lebat manakala orang Eropah pula memiliki rambut yang lurus tetapi kasar.

Atas perbezaan ini, formula syampu juga dirumus bersesuaian dengan jenis rambut dan keadaan persekitaran.

Masalah utama rambut pula adalah kelemumur yang biasanya terjadi akibat kulit terlampau kering, atau terlampau berminyak, penyakit kulit (eczema), kulit sensitif mahupun terlampau kerap mensyampu kepala.

Bagi kita rakyat Malaysia pula, dengan cuaca panas dan lembab sepanjang tahun juga menjadi faktor kelemumur. Maka, apakah shampoo kelemumur yang paling sesuai untuk orang Malaysia?

SACHAJUAN Scalp Shampoo 250ml - RM113.00

Sachajuan Scalp Shampoo adalah produk syampu salon yang dirumus khas oleh saintis Sweden untuk merawat kulit kepala. Ia direka menggunakan  Teknologi Ocean Silk, asasnya adalah adunan bahan-bahan utamanya iaitu ekstrak dua jenis alga yang dituai terus daripada laut: Rhodophycea dan Chondrus Crispus. Chondrus Crispus mengandungi kandungan kalsium dan zink yang tinggi menjadikan rambut lebih bersinar dan melindungi rambut daripada kerosakan luaran.

Manakala, Rhodophycea berfungsi menguatkan dalaman rambut. Ia menguatkan rambut, meningkatkan tahap elastiknya dan menambahkan kelembapan. Hasilnya dapat dilihat dalam basuhan pertama. Rambut terasa ringan dan tiada bauan ubat yang kuat seperti mana kebanyakan produk syampu salon yang lain. Harga yang sangat berbaloi!

CHRISTOPHE ROBIN Purifying Shampoo with Jujube Bark Extract – RM174.00

Dengan bahan-bahan 100% semula jadi, syampu ini sesuai dengan kebanyakan jenis rambut tidak kira anda berambut lurus, lebat atau afro! Ia dihasilkan dengan ekstrak kulit kurma yang menyingkirkan kelemumur serta-merta dan mengawal penghasilan sebum berlebihan, juga menghilangkan kegatalan. Mengandungi juga ekstrak bunga ceri yang menenangkan kulit kepala untuk keselesaan berpanjangan. Sesuai untuk kulit kepala yang sensitif kerana ia sangat lembut dan tidak mengiritasikan kulit kepala anda. Baunya yang harum menceriakan hari-hari anda!  

VERB Hydrating Shampoo 355ml – RM71.00

Produk salon berkualiti tinggi yang direka oleh penggaya rambut yang inginkan produk bagus yang mampu milik oleh semua orang. Syampu ini datang dalam variasi tiga jenis botol yang berlainan saiz iaitu 68 ml, 335ml dan 950 ml. Jadi, jika anda ingin mencuba dahulu syampu ini, anda boleh membeli botol yang paling kecil yang juga sesuai sebagai kit untuk dibawa dalam perjalanan.

Ia dibuat di California dan diformulasikan bebas daripada parabens, sulfat, phthalates dan gluten yang merbahayakan kesihatan. Kandungan protein Quinoa membantu merapikan dan menyegarkan semula rambut. Syampu ini tidak begitu kuat dan sesuai digunakan setiap hari!

HIMALAYA Anti Dandruff Shampoo Gentle Clean 600ML - RM26.90

Murah bukan bererti tidak berkualiti! Syampu Himalaya boleh didapati hampir di kesemua kedai, pasar raya dan juga kompleks membeli-belah berhampiran anda. Dan juga secara dalam talian. Dapatkannya sekarang! Sangat ekonomi untuk anda yang mempunyai gaya hidup aktif dan memerlukan cucian rambut kerap, setiap hari. Kandungan utamanya minyak pokok teh, biji centella dan biji anggur adalah agen anti kelemumur semula jadi.

Ia membantu mengurangkan serpihan yang nampak, kegatalan, rambut gugur, serta menghalang kelemumur datang kembali. Kandungan rosemary-nya pula menyuburkan dan melembapkan rambut.

FOLLOW ME Dandruff Control Shampoo 960ml – RM 14.90

Syampu yang membantu pengawalan kelemumur dan kegatalan. Membersih rambut dan kulit kepala dengan baik. Menjadikan rambut bersinar, lembut dan senang diuruskan. Ia juga memberikan rasa segar dan nyaman selepas penggunaannya. Harga yang sangat murah untuk nilai yang hampir sama dengan produk salon.

REJOICE Shampoo Anti Dandruff 3-in-1 600 ml – RM 14.50

Anda akan mendapat tiga kali ganda kesan menakjubkan pada rambut anda. Syampu yang pakar dalam melembutkan rambut, hebat dalam melawan kelemumur dan pengalaman kesegaran yang mengasyikkan. Dengan syampu ini, anda tidak perlu menggunakan perapi rambut untuk melembutkan rambut.

Kerana kandungannya memang berfungsi untuk membersihkan rambut sekaligus melembapkan. Kandungan metholnya pula memberikan rasa nyaman berpanjangan.  

CLEAR MEN Cooling Itch Control Anti-Dandruff Shampoo 350 ml - RM18.40

Dirumus khas untuk lelaki, menjauhkan anda daripada kelemumur dan memberikan anda kesegaran 24 jam. Diformulasikan dengan Nutrium 10, iaitu adunan 10 nutrien penting serta bahan botani aktif bagi membantu kulit kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih cantik. Kandungan menthol-nya juga memberi rasa nyaman ais dan menghilangkan kegatalan kepala serta merta.

Ia mengaktifkan lapisan perlindungan semulajadi kulit kepala dan memastikan anda bebas kelemumur. Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda menggunakan jumlah yang secukupnya untuk diratakan ke seluruh rambut, kemudian, urut kulit kepala bagi mendapatkan kesan lengkap, dan guna sekerap yang mungkin.  

HEAD & SHOULDERS Apple Fresh Shampoo 480ML - RM 23.49

Syampu anti kelemumur dengan sensasi bauan dan nutrien epal. Sebagai salah satu syampu kegemaran rakyat Malaysia, Head & Shoulder tidak pernah menghampakan peminatnya dengan variasi jenis produknya. Untuk anti kelemumur, ada juga jenis yang lain seperti sensasi lemon dan kesan nyaman.

Teknologi Haruman Segar meningkatkan not bauan untuk memberi pengalaman mandi yang lebih baik. Ia lembut dan mempunyai pH yang seimbang untuk kegunaan sehari-hari, walaupun untuk rambut yang dirawat dengan bahan kimia. Hasil 100% bebas serpihan kelemumur.

MARINI NATURALEMAGIC Shampoo Pandan & Lemongrass (250ml) - RM 35.00

Produk 100% buatan Malaysia ini menampilkan bahan-bahan organik semulajadi tempatan sebagai kandungan utamanya iaitu pati pandan dan serai. Ia adalah bebas bahan kimia dan membantu rambut menjadi lebih sihat. Selain daripada menghapuskan kelemumur, ia juga membantu pertumbuhan rambut serta mengurangkan keguguran rambut. Ia diformulasikan untuk membantu rambut berkelemumur akibat terlampau kering dan juga kulit kepala yang sensitif.

Sebagaimana yang diketahui, kulit kepala yang sensitif membawa kepada mudah terasa gatal-gatal. Dan apabila digaru, sel-sel kulit akan tertanggal dan ini juga menjadi punca kepada kelemumur. Syampu ini kaya dengan pati herba dan minyak semula jadi membantu meyelesaikan masalah rambut anda itu serta melembapkan rambut menjadikannya lebih sihat, berkilat, lembut dan bersinar.

BIOAQUA Natural Olive Oil Charming Shampoo 400ML

Formulasi bahan semula jadi berasaskan minyak zaitun sesuai untuk kegunaan lelaki dan wanita. Dari dahulu kala lagi, minyak sememangnya digunakan untuk pelbagai tujuan kesihatan termasuk menghilangkan kelemumur. Ia memberi kelembapan semula jadi kepada kulit dan rambut serta manjadikan rambut tumbuh lebih panjang.

Apabila minyak zaitun diurutkan ke kepala, ia membantu pengaliran darah serta nutrien ke serata bahagian, juga dapat meredakan kerinting supaya rambut menjadi lurus. Ia boleh dipakai setiap hari, dan hasilnya anda akan dapat lihat setelah 2-3 minggu.