Televisyen dahulu dan sekarang memang jauh berbeza. Anda mungkin sempat menonton siaran TV tanpa warna ketika kecil sewaktu ke rumah datuk dan nenek di kampung. Perkembangan revolusi TV sangat drastik dari tahun ke tahun.

Selepas TV menjadi berwarna, kemudian TV di reka bentuk menjadi semakin nipis. Dan sekarang, TV juga boleh didapati untuk versi pintar, seperti telefon pintar anda, tetapi ia adalah sebuah TV.

Apa itu Smart TV?

Smart TV atau TV pintar, secara umumnya adalah TV biasa dengan fungsi tambahan sambungan Internet. Ia mempunyai sistem pengendalian dan juga pemproses seperti komputer atau peranti mudah alih. Teknologi baru semestinya berharga agak mahal.

Bagi memudahkan anda, di bawah disenaraikan 10 TV pintar yang boleh didapati di bawah harga RM1,000.

TOSHIBA Smart TV 40L5650VM Full HD 40" (RM980)

TV pintar 40 inci ini didatangkan dengan Wi-Fi dalaman dan mempunyai resolusi paparan HD lengkap 1920x1080. Ianya lebih mudah dengan penggunaan platform berasaskan Cloud, kandungan senantiasa dikemas kini tanpa perlu lagi anda mengawasi atau membuat tetapan manual.

Toshiba juga telah melancarkan akses ke laman web, antara muka YouTube, dan App Store dalam bentuk 'butang sekali tekan' pada alat kawalan jauh anda. Seperti TV biasa di mana anda boleh menukar siaran TV ke saluran-saluran lain menerusi alat kawalan jauh, begitu jugalah akses ke bahagian TV pintar ini juga dapat dilaksanakan semudah dan secepat itu.

DAEWOO 32" Smart Android TV L32S790VNA (RM745)

Mempunyai sistem pengendalian Android 5.0 dan sistem Wi-Fi di dalaman. Port untuk sambungan juga disediakan untuk pelbagai penyambungan seperti VGA, USB (2 port) dan HDMI (3 port).  Dengan port HDMI yang semakin diperlukan sekarang, akan dapat menghubungkan TV anda dengan peranti lain seperti komputer riba anda bagi tujuan pencerminan.  Nilai sangat hebat serta berpatutan untuk saiz skrin 32 inci.

SHARP 32" Easy SMART HD TV LC32LE375X (RM908)

Salah satu daripada produk TV pintar jenama popular Sharp yang berharga di bawah RM 1,000. Platform pintarnya iaitu Easy Smart memberikan anda kepelbagaian hiburan yang luas dengan 3 aplikasi asas yang telah pra-pasang — YouTube, enjin carian Google dan Netflix.

TV ini dibina atas prinsip Japan Quality 7 Shields — jadi anda tidak perlu risau, TV ini bukan sahaja pintar tetapi tahan lasak. Selain itu, dengan menggunakan produk ini, anda akan secara tidak langsung membantu pemuliharaan alam sekitar, ataupun paling tidak menambahkan masalah kepada alam sejagat.

Bahan yang digunakan adalah daripada bahan mudah dikitarkan semula, direka kurang penggunaan tenaga, tidak menggunakan merkuri yang meracun persekitaran kita.

New Curved Surface Ultra-clear Smart TV 32" (RM405)

Teknologi skrin lengkung memberikan anda kepuasan dalam menonton. Bentuk lengkungnya adalah lebih semula jadi sesuai dengan visi mata bulat manusia, memberikan pengalaman lebih  mengasyikkan. Didatangkan dengan beberapa variasi iaitu edisi karaoke (mendapat mikrofon serta lampu disko percuma) dan edisi biasa serta dua saiz berbeza iaitu 32” dan 40”, semuanya masih di bawah RM1,000

ROYALSTAR Smart Network TV 32” RM417

Satu lagi produk ekonomi daripada jenama ROYALSTAR. Produk keluaran China ini adalah yang termurah. Dengan RM417 anda akan mendapat TV 32" yang cukup besar untuk kegunaan harian dengan teknologi terkini.

Didatangkan dengan pilihan jenis lengkung dan juga nipis biasa. Ada juga pilihan kawalan jauh suara yang dijual berasingan.

SANYO LED TV HD SAN LE24S8000 24” RM 558

Pilihan menarik TV pintar dengan saiz yang agak kecil iaitu 24”, dengan keseimbangan baik antara harga dan kualiti. Mempunyai port sambungan standard, termasuk juga HDMI dan input PC, serta USB untuk filem.  

SAMSUNG HD Flat Smart TV UA32J4303  32" RM865

TV LED pintar daripada Samsung ini antara produk yang dipercayai mutu dan kualitinya bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Dengan teknologi algoritma penambahbaikan kualiti gambar lanjutan, sistem Wide Color Enhancer yang didatangkan bersama memberi lebih warna terang semula jadi.

PANASONIC TH-40ES501K Smart LED TV 40” RM 990

Reka bentuk mudah dan nipis, menjadikannya sesuai untuk dilekatkan pada dinding atau cuma letakkan di atas perabot TV biasa. Anda boleh menyambungkannya dengan peranti anda lain untuk tujuan pencerminan. Ciri menariknya ialah perkongsian cara leret (swipe), di mana anda hanya perlu leret kandungan dalam peranti lain anda ke atas dan ia akan muncul di TV.

Xiaomi Mi Smart TV 4A with WiFi 32” RM 858

Xiaomi antara jenama dipercayai oleh rakyat Malaysia melalui kejayaan penjualan telefon pintar. Namun, TV pintar adalah sesuatu baru untuk diterima. Secara keseluruhan, ia adalah bagus dan mempunyai beberapa ciri menarik seperti darjah penglihatan pada 178o. Namun, sayangnya bahasa UI-nya adalah terhad kepada bahasa Cina sahaja.

PANASONIC Viera LED TV TH-32D400K 32˝ RM 986

Satu lagi produk Panasonic bersaiz 32” dengan ciri tersendirinya. Ia dilengkapi dengan sistem BMR (Backlight Motion Rate) yang menyelesaikan masalah kebanyakan LCD TV iaitu kehilangan resolusi dan gegaran apabila menunjukkan pergerakan. Tempoh waranti bagi TV ini hanyalah setahun.