Dengan adanya banyak pulau pulau cantik dalam negara mahu pun negara jiran – fikir Bali, Phuket, Langkawi, Perhentian, Redang, Lombok dan banyak lagi – yang menjadi tumpuan pelancong serata dunia.

Sewajarnya kita yang mahu bercuti ke pulau mahupun pantai peranginan mempunyai kelengkapan khas kalis air (waterproof atau water resistance) untuk percutian kita lebih mudah.

Kami senaraikan 5 kelengkapan pilihan yang mempunyai ciri ciri kalis air untuk anda bawa pergi bercuti.

Telefon Pintar iPhone X

Banyak pengeluar telefon pintar sudah memperkenalkan peranti yang kalis air namun iPhone X menjadi pilihan kami kerana fungsi kameranya yang sangat mesra untuk percutian selain fungsi kalis air yang sangat baik.

Garmin Forerunner 210

Ini merupakan peranti penting untuk dibawa jika anda gemarkan aktiviti larian dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Mudah untuk digunakan ketika hujan atau pun berdekatan dengan punca air tanpa perlu menanggalkan terlebih dahulu.

SAFEBET Waterproof Dry Bag 20L

Kalau anda pergi ke pantai mahu pun air terjun, beg kering kalis air ini sangat membantu menjaga kelengkapan anda yang lain daripada basah hujan – ianya juga hadir dalam pelbagai saiz.

ASICS Gel Cumulus

Tidak semua kasut sukan kalis air, namun kasut sukan atau sneakers pilihan kami ini memang pantas untuk kering selain melindungi kaki anda jika melakukan aktiviti lasak termasuk ketika menyelam melihat terumbu karang.

UE Wonderboom Portable Speaker

Sambil mandi pantai, boleh anda layan lagu kegemaran di Spotify menerusi pembesar suara (speaker) mudah alih yang kalis air ini. Tanpa wayar ianya boleh disambungkan dengan menggunakan Bluetooth, mudah!