Bagi pelajar lepasan ijazah atau master, sebuah kereta merupakan aset pengangkutan penting untuk mereka terutamanya bagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Namun begitu, memilih kereta yang sesuai dan mempunyai harga yang berpatutan bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi mereka.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pilihan kereta dari kereta import mewah sehinggalah kereta tempatan biasa yang dijual pada harga yang berbeza mengikut spesifikasi yang diminta. Oleh itu, sebagai panduan untuk memilih kereta pertama anda, berikut kami senaraikan 5 kereta mampu milik terbaik untuk fresh graduate.

Perodua Axia


Perodua Axia merupakan sebuah kereta hatchback yang dijual pada harga yang sangat berpatutan iaitu serendah RM25,000. Axia juga sudah dikenali ramai pemandu sebagai sebuah kereta yang sangat menjimatkan minyak terutamanya ketika anda menggunakannya untuk perjalanan jauh.

Saiz enjinnya hanyalah sebesar 1000cc tetapi lebih daripada mencukupi untuk digunakan sebagai mod pengangkutan perjalanan dekat atau jauh. Saiz keretanya yang kecil memudahkan para pemandu untuk meletakkan kereta mereka di tempat letak kereta tertentu tanpa apa-apa halangan.

Walaupun pada luaran Perodua Axia nampak seperti kecil, namun dalamannya mempunyai keluasan yang agak luas berbanding dengan kereta kecil keluaran Perodua sebelum ini seperti Kancil dan Kelisa. Model Perodua Axia kini datang dengan ciri tekan butang untuk menghidupkan enjin dimana anda hanya perlu membawa kunci dan meletakkannya di dalam poket tanpa perlu menggunakan kunci itu sendiri untuk menghidupkan enjin.

Dari segi penjimatan minyak, anda tidak perlu risau lagi kerana Perodua Axia mempunyai sistem eco dimana akan mengurangkan pembakaran minyak semasa memandu dan sekaligus akan menjimatkan minyak ketika anda memandu.

Perodua Myvi


Jika anda sedang mencari sebuah kereta yang mempunyai saiz seperti Perodua Axia tetapi memiliki saiz enjin yang lebih besar, maka Perodua Myvi mungkin adalah yang anda sedang carikan sebelum ini. Perodua Myvi datang dengan dua jenis saiz enjin iaitu 1,300cc atau 1,500cc.

Harganya pula mengikut saiz enjin yang dipilih dan pada variasi 1,300cc, harganya yang paling rendah ditawarkan oleh Perodua adalah sebanyak RM44,000. Kereta Myvi ini telah menjadi pilihan ramai disebabkan oleh kemampuannya untuk dipandu dengan laju seperti kereta import mewah yang lain dan juga saiznya yang kecil yang memberikan kemudahan kepada semua pemandu untuk meletakkan kereta tanpa berfikir panjang.

Perodua Myvi kini juga datang dengan ciri tekan butang untuk menghidupkan enjin dimana anda hanya perlu membawa kunci dan meletakkannya di dalam poket tanpa perlu menggunakan kunci itu sendiri untuk menghidupkan enjin.

Dari segi penjimatan minyak, anda tidak perlu risau lagi kerana Perodua Myvi mempunyai sistem eco dan ciri mematikan enjin secara automatik ketika anda berhenti di lampu isyarat atau ketika menunggu di dalam kereta dimana akan mengurangkan pembakaran minyak semasa memandu dan sekaligus akan menjimatkan minyak ketika anda memandu.

Proton Saga


Proton merupakan pengeluar kereta tempatan yang pertama di Malaysia. Saga ini merupakan model Saga yang terkini daripada model Saga yang sebelum ini. Ia datang dengan enjin yang bersaiz 1332cc dan mampu membawa sehingga 4 penumpang dan 1 pemandu terutamanya ketika melakukan perjalanan jarak jauh.

Oleh kerana saiz Proton Saga ini bercirikan variasi jenis sedan, harga yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sebanyak RM30,000 iaitu mahal sedikit daripada Perodua Axia dan lebih murah berbanding Perodua Myvi.

Saiz dalamannya yang luas menjadikannya pilihan ramai terutamanya untuk digunakan ketika perjalanan jarak jauh. Dari segi penjimatan minyak pula, ia tidaklah memberikan penjimatan yang tinggi seperti Perodua Myvi dan Perodua Axia, tetapi masih lagi menjimatkan kerana hanya menggunakan 5.7L minyak untuk perjalanan 100KM. Ianya merupakan sebuah kereta sedan yang amat berpatutan di Malaysia.

Proton Iriz


Iriz merupakan sebuah kereta hatchback keluaran Proton bagi menyaing keluaran Perodua Axia dan Perodua Myvi di pasaran tempatan. Ia mempunyai variasi enjin sebesar 1332cc membolehkannya untuk dipandu dengan agak laju oleh kerana saiznya yang kecil dan enjin yang agak besar. Saiz dalamannya juga agak luas sama seperti Perodua Axia dan Perodua Myvi.

Walaupun Proton Iriz hanya diklasifikasikan sebagai kereta hatchback, tetapi harganya yang ditawarkan pada RM38,000 membuatkannya agak mahal berbanding dengan kereta sedan keluaran Proton iaitu Proton Saga. Ini kerana Proton Iriz menawarkan ciri-ciri terkini yang lebih banyak seperti Airbag, Sensor HHC, Tekan Butang untuk Menghidupkan Enjin dan lain-lain lagi.

Jika anda inginkan kelainan dan pada harga tang lebih murah berbanding Perodua Myvi, Proton Iriz mungkin merupakan sebuah kereta hatchback impian anda sebelum ini.

Perodua Bezza


Bezza merupakan kereta sedan pertama keluaran Perodua yang bukan sahaja menawarkan penjimatan minyak yang tinggi malah enjin dan ruang dalamannya yang luas menjadikan Perodua Bezza ini salah satu kereta sedan yang terbaik di pasaran. Ia menawarkan 2 variasi saiz enjin iaitu bersaiz 998cc dan 1329cc serta mampu membawa sehingga 4 penumpang dan 1 pemandu terutamanya ketika melakukan perjalanan jarak jauh.

Perodua Bezza kini juga datang dengan ciri tekan butang untuk menghidupkan enjin bagi model tertentu dimana anda hanya perlu membawa kunci dan meletakkannya di dalam poket tanpa perlu menggunakan kunci itu sendiri untuk menghidupkan enjin. Dari segi penjimatan minyak, anda tidak perlu risau lagi kerana Perodua Bezza mempunyai sistem eco dimana akan mengurangkan pembakaran minyak semasa memandu dan sekaligus akan menjimatkan minyak ketika anda memandu.

Harga yang ditawarkan oleh Perodua Bezza ini adalah sebanyak RM 35,000 untuk 998cc dan RM43,000 bagi 1329cc.