Kini, dengan perubahan teknologi seluruh dunia, sistem kewangan juga telah dinaik taraf bagi melicinkan pembayaran dan pengurusan wang harian anda.

Sebuah kad kredit kini menjadi pilihan ramai pembeli sebagai mod pembayaran mereka oleh kerana ciri pembayarannya yang melebihi had tetapan kad kebit dan juga tawaran bayaran balik atau diskaun ketika menggunakan kad kredit di dalam talian.

Keselamatan wang anda juga selamat sekiranya anda menggunakan kad kredit kerana anda tidak perlu untuk membawa wang dalam jumlah yang banyak ketika anda membuat pembayaran dalam talian dan di pasaraya.

Pelbagai jenis kad kredit telah ditawarkan oleh pelbagai institusi bank bagi menarik minat para pengguna untuk melanggannya. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 kad kredit terbaik bagi mereka yang baru mula bekerja.

CIMB Cash Rebate Platinum

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum ini sangat sesuai untuk dilanggan bagi mereka yang mempunyai gaji minimum bulanan sebanyak RM2,000. Kad kredit CIMB ini membolehkan anda untuk menikmati bayaran balik bulanan sebanyak 10% bersama bunga bulanan dan 5% bayaran balik ketika anda membeli dalam talian.

Bukan itu sahaja, tiada caj atau bayaran tahunan yang dikenakan bagi mereka yang melanggan kad kredit CIMB ini. CIMB juga memberikan tawaran kepada anda melalui penggunaan kad kredit ini iaitu memberikan tawaran bayaran balik sebanyak 2% untuk perbelanjaan runcit di pasaraya, pengisian minyak di stesen minyak yang terpilih dan bayaran balik ke atas pembayaran bil bulanan termasuklah bil elektrik, bil air, dan lain-lain lagi.

Syarat langganan kad kredit ini hanyalah untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas. Pemegang kad kredit ini juga bebas daripada apa-apa caj tambahan seperti SST dan yuran tahunan.

Citi Cash Back Card

Bagi individu yang mempunyai gaji bulanan minimum sebanyak RM3,000, anda juga boleh melanggan kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Citi iaitu Kad kredit Citi Cash Back. Pemegang kad kredit ini tidak perlu membayar caj atau yuran tahunan yang sering dikenakan oleh institusi bank yang lain. Ia juga menawarkan kadar bunga biasa iaitu sehingga 15% setahun.

Semua pemegang kad kredit Citi Cash Back ini berhak menikmati bayaran balik sehingga 10% bagi perbelanjaan harian anda termasuklah untuk pembayaran di stesen minyak, pembelian barangan runcit di pasaraya dan untuk perkhidmatan pengangkutan GRAB. Bagi pembayaran bil bulanan dan pembelian di pasaraya beli belah, kad kredit ini juga menawarkan bayaran balik sehingga 0.2% bagi setiap bulan.

Bukan itu sahaja, diskaun juga diberikan kepada semua pemegang kad kredit ini ketika anda travel, menempah di restoran tertentu, dan juga untuk penggunaan di kelab golf. Kad Citi Cash Back ini juga memberikan tawaran sehingga 20% bagi pakej kesihatan termasuklah hospital ternama seperti KPJ.

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

Bagi individu yang mempunyai gaji bulanan minimum sebanyak RM3,000, anda juga boleh melanggan kad kredit yang ditawarkan oleh bank HSBC iaitu Kad kredit-i Amanah MPower Platinum. Pemegang kad kredit ini juga bebas daripada apa-apa caj tambahan seperti SST dan yuran tahunan dan sekaligus mengurangkan kadar bayaran dan perbelanjaan serta kos melanggan kad kredit ini.

Kad kredit HSBC ini memberikan tawaran kepada semua pemegang kad kredit Amanah Mpower Platinum sehingga 8% bayaran balik setiap hari ketika anda berbelanja ke atas pengisian minyak petrol dan barangan runcit anda. Bagi perbelanjaan untuk hiburan, pembelian di pasaraya beli belah dan pembayaran di restoran tempatan, kad kredit ini juga menawarkan bayaran balik sehingga 0.2% bagi setiap bulan.

Syarat langganan kad kredit ini hanyalah untuk individu yang berumur 21 tahun dan ke atas.

AmBank Carz Platinum MasterCard

Kad kredit AmBank Carz Platinum MasterCard ini sangat sesuai untuk dilanggan bagi mereka yang mempunyai gaji minimum bulanan sebanyak RM4,000. Kad kredit Carz Platinum ini membolehkan anda untuk menikmati bayaran balik bulanan sebanyak 5% ketika anda mengisi minyak di stesen-stesen minyak terpilih.

Bukan itu sahaja, tiada caj atau bayaran tahunan yang dikenakan bagi mereka yang melanggan kad kredit Carz Platinum ini. Bagi pembayaran untuk hiburan, barangan runcit, pembayaran di restoran tempatan, dan perbelanjaan di pasaraya beli belah, kad kredit ini menawarkan bayaran balik berbentuk mata atau Carz Point untuk setiap RM1 yang telah dibelanjakan oleh anda.

Ambank Carz Platinum ini juga memberikan perlindungan insuran kepada anda sehingga RM1 juta sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal. Bagi pemilik kenderaan kereta dan motosikal, kadar bunga sebanyak 0% juga ditawarkan untuk pelan pembayaran mudah bagi cukai jalan dan pembaharuan insuran AmGeneral.

Hong Leong Platinum Card

Bank Hong Leong menawarkan perkhidmatan kad kredit yang memberikan bayaran balik sebanyak 2% setiap bulan daripada perbelanjaan anda di pasaraya dan kedai barangan tertentu. Kad kredit ini sesuai bagi individu yang mempunyai gaji pokok sebanyak RM5000. Mereka juga menawarkan had kredit sehingga RM300,000 bagi tujuan perniagaan yang membolehkan anda memberikan barangan perniagaan anda dengan mudah tanpa membuat pinjaman luaran.

Bukan itu sahaja, kad kredit platinum ini memberikan keistimewaan khas ketika anda melancong dan menawarkan perlindungan insuran kepada anda sekiranya anda terlibat dalam kemalangan ketika anda melancong. Bayaran balik sebanyak 2% yang ditawarkan termasuklah perbelanjaan yang dibuat di stesen minyak, kedai makan, beli-belah, dan di pasaraya. Kad kredit ini mengenakan sehingga 15% tahunan dan juga yuran tahunan sebanyak RM400. Bayaran balik yang ditawarkan juga adalah tanpa had.