Pada masa kini, tidak kiralah sama ada anda pelajar lepasan sekolah atau di universiti, sebuah komputer riba atau laptop merupakan salah satu alat atau gajet yang paling penting dalam proses pembelajaran anda.

Kebanyakan daripada tugasan sama ada kerja rumah yang diberikan oleh pihak sekolah atau kerja kursus yang diwajibkan oleh pensyarah universiti, semuanya memerlukan penggunaan sebuah komputer atau laptop.

Kini, harga sebuah laptop tidaklah terlalu mahal seperti dahulu di mana anda perlu membayar dengan harga yang sangat tinggi hanya untuk mendapatkan sebuah laptop. Namun begitu, anda juga perlu membuat pilihan bijak apabila hendak memilih sebuah laptop yang berada di bawah bajet anda sebagai seorang pelajar universiti dan kolej.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 laptop bajet terbaik untuk pelajar universiti dan kolej.

LENOVO 110-14IBR 80T600AEMJ

Jenama Lenovo sudah dikenali ramai bukan sahaja dalam bidang telefon bimbit malah ianya juga dikeluarkan dalam jenis komputer termasuklah laptop. Lenovo merupakan salah satu laptop yang berpatutan di pasaran sambil menawarkan ciri-ciri yang tinggi untuk kegunaan yang pantas dan tanpa gangguan dalam menyiapkan segala tugasan anda.

LENOVO 110-14IBR ini dikeluarkan bersama sistem pemproses atau lebih dikenali sebagai ‘processor’ Intel Celeron dengan kelajuan 1.6 GHz sehingga 2.48 GHz. Walaupun processornya tidaklah begitu maju seperti intel i3, i5 dan i7, tetapi ianya lebih daripada mencukupi untuk digunakan dalam kerja-kerja menaip dan melayari internet. Ianya dilengkapi dengan skrin 14 inci yang agak besar untuk kegunaan harian anda.

Laptop ini mempunyai saiz RAM sebanyak 4GB dan saiz storan sebanyak 500GB. Bukan itu sahaja, sistem operasinya juga telah dikemaskinikan kepada Windows 10 Home untuk penggunaan yang lebih pantas dan terkini daripada versi yang sebelumnya ini. Secara keseluruhannya, laptop jenama Lenovo ini merupakan salah satu laptop bajet yang terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh pelajar universiti dan kolej.

ASUS X441M-AGA043T


Asus sudah terkenal dengan jenama laptop dan PC gamingnya iaitu ROG yang menawarkan kepantasan dan kemajuan terkini dalam arena perkomputeran. Di samping pengeluaran laptop ROG di mana harganya yang agak mahal, Asus juga mengeluarkan laptop bajet yang sesuai digunakan untuk pelbagai tugasan termasuklah menaip, menonton filem, mendengar lagu dan untuk melayari internet.

Laptop Asus X441M ini mempunyai ‘processor’ Intel Celeron dengan kelajuan  sehingga 2.6 GHz. Ianya juga mempunyai Kad Grafik Intel untuk penggunaan yang lebih lancar terutamanya ketika anda menonton filem atau hendak bermain permainan yang tidak memerlukan kuasa pemprosesan grafik yang tinggi. Laptop ini dilengkapi dengan skrin 14 inci dan mempunyai kamera VGA yang boleh digunakan sebagai kamera web.

Memori yang terbina di dalam laptop ini adalah sebanyak 4GB daripada versi DDR4 yang terkini. Pembesar suaranya juga adalah berkualiti tinggi yang menawarkan kejelasan dan kepuasan suara yang tinggi apabila anda menggunakannya. Selain itu, sistem operasinya juga telah dikemaskinikan kepada Windows 10 Home untuk penggunaan yang lebih pantas dan terkini daripada versi yang sebelumnya ini.

STORMBOOK 14 Pro SB1401


Sekiranya anda sedang mencari laptop yang mempunyai kualiti yang tinggi seperti laptop yang berjenama di pasaran, Stormbook mungkin berada dalam senarai pilihan laptop yang anda perlu lihat sebelum membeli sebuah laptop.

Laptop Stormbook 14 Pro ini mempunyai skrin 14.1 inci bersama resolusi skrin 1366x768 sebagai gambaran yang lebih jelas ketika anda menonton filem dan melihat foto. Ia mempunyai sistem operasi Windows 10 yang terkini untuk penggunaan harian anda yang lebih optimum. Laptop ini dilengkapi dengan processor Intel Quad-Core dengan kelajuan sehingga 1.84 GHz untuk memastikan anda mendapat kepuasan yang tinggi apabila anda menggunakannya tanpa apa-apa gangguan.

Ia juga mempunyai kamera hadapan yang mempunyai resolusi sebanyak 0.3MP jika anda bercadang untuk membuat panggilan video bersama keluarga tersayang. Memori dalamannya sebanyak 32GB menjadikan laptop ini hanya sesuai untuk digunakan untuk kerja menaip dan bukan untuk perkara lain. Baterinya yang bersaiz 8000mAh membolehkan laptop ini untuk digunakan secara berterusan pada jangka masa panjang selama 7 jam tanpa ada gangguan.

HP 14-Ck0097TU

HP merupakan jenama yang banyak mengeluarkan barangan berkaitan perkakasan komputer termasuklah printer, komputer dan laptop. HP 14-Ck0097TU ini mempunyai skrin sebesar 14 inci dan dilengkapi dengan Kad Grafik Intel untuk gambaran yang lebih jelas pada skrin laptop ini.

Ia juga datang dengan sistem operasi Windows 10 yang terkini. Saiz RAM yang terbina di dalam laptop ini adalah sebanyak 4GB yang merupakan lebih daripada mencukupi untuk digunakan sebagai kerja-kerja menaip, pelayaran internet dan tontonan filem dan video. Saiz simpanan hardisknya yang besar iaitu sebanyak 500GB membolehkan anda untuk menyimpan barangan peribadi anda dengan banyak tanpa mengeluarkan kos yang lebih.

Laptop ini mempunyai ‘processor’ Intel Celeron yang sesuai untuk digunakan dalam kerja-kerja ringan seperti menaip, menonton filem, mendengar lagu dan melayari internet.

Acer One 10 S1003-1671

Jenama Acer merupakan salah satu jenama yang paling digemari oleh para pengguna disebabkan oleh harganya yang berpatutan dan kualitinya yang tinggi. Acer One ini berbeza dengan laptop biasa dimana ciri utamanya ialah ia boleh digunakan sebagai tablet sekiranya anda tidak mahu menaip guna papan kekunci yang disediakan.

Skrin 10.1 incinya yang fleksibal dan mempunyai ciri skrin sentuh membolehkan anda untuk melipat skrin laptop ini dan menggunakannya sama seperti tablet. Laptop ini mempunyai Kad Grafik Intel HD Graphics yang pantas untuk kualiti gambaran yang lebih tinggi terutamanya ketika anda bermain ‘game’ atau menonton filem. Ia juga mempunyai 2 kamera dimana satu dibina di hadapan skrin dan satu lagi dibina di belakang skrin laptop tersebut.

Acer One ini mempunyai ciri bluetooth 4.0 dan jaringan LAN tanpa wayar sebagai sambungan ke peranti lain dan internet dengan lebih laju. Saiz baterinya sebanyak 5910mAh membolehkan anda untuk menggunakannya secara berterusan selama 10 jam berturut-turut tanpa henti dan tanpa sebarang gangguan.