Laptop gaming sudah semestinya menjadi idaman setiap lelaki terutamanya bagi pelajar yang lebih mengutamakan penggunaan laptop berbanding menggunakan komputer peribadi.

Laptop gaming adalah lebih mahal berbanding laptop biasa kerana ianya telah direka khas untuk bermain game yang memerlukan kualiti spesifikasi yang tinggi seperti kapasiti memori yang tinggi, saiz penyimpanan yang besar, skrin yang lebih besar dan jelas dan lain-lain.

Namun begitu, bukan semua keluaran laptop gaming menyediakan spesifikasi yang mengikut permintaan ramai pengguna. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 laptop gaming terbaik untuk tahun 2018.

Asus ROG GL502V-MFY290T

Salah satu keluaran laptop gaming yang terkenal dalam dunia perkomputeran adalah Republic of Gamers (ROG) oleh Asus.  ROG merupakan model yang dikhaskan untuk gaming dan telah direka dengan ciri-ciri tertentu seperti lampu-lampu unik, reka bentuk yang cantik, dan saiz badan yang agak besar bagi memasangkan pelbagai alatan yang sesuai dengan spesifikasi gaming itu sendiri.

Asus ROG GL502V-MFY290T ini mempunyai paparan skrin yang agak besar iaitu sebesar 15.6” untuk keselesaan dan kepuasan yang maksimum apabila anda bermain game. Ia dilengkapi dengan ciri pemprosesan intel i7 generasi yang ke 7 bersama kuasa pemprosesan sehingga 3.8GHz dalam memberikan gambaran yang lebih jelas dan meningkatkan kelajuan penggunaan supaya ia tidak menjadi lambat atau ‘lag’.

Di samping itu, laptop ini juga mempunyai kad grafik nvidia GTX 1060 bersama VRAM 6GB yang akan memberikan kualiti gambaran yang sangat jelas tanpa meninggalkan apa-apa maklumat penting. Ia mempunyai memori sebanyak 8GB dan saiz storan sebesar 1TB untuk HDD dan 128GB M.2 untuk SSD. Kamera hadapan HD & sistem audio berkualiti tinggi juga dipasangkan di dalam laptop ini.

Lenovo Legion Y520-15IKB

Jenama Lenovo sudah dikenali ramai bukan sahaja dalam bidang telefon bimbit malah ianya juga dikeluarkan dalam jenis komputer termasuklah laptop. Lenovo merupakan salah satu laptop yang berpatutan di pasaran sambil menawarkan ciri-ciri yang tinggi untuk kegunaan yang pantas dan tanpa gangguan dalam menyiapkan segala tugasan anda.

Kini, lenovo  telah mengeluarkan satu lagi model laptop iaitu Lenovo Legion yang direka khas untuk gaming. Laptop ini dilengkapi oleh ciri pemprosesan intel i7 generasi ke 7 bersama kuasa pemprosesan sehingga 3.8GHz bagi mengelakkan laptop anda menjadi ‘lag’ atau lambat terutamanya ketika bermain game yang memerlukan spesifikasi pemprosesan yang tinggi.

Kapasiti RAM yang disediakan adalah sebanyak 4GB dan mempunyai ruangan kosong yang boleh ditambah oleh pengguna sehingga 16GB. Lenovo Legion ini mempunyai saiz simpanan sebesar 1TB HDD supaya anda boleh menyimpan fail-fail peribadi dan boleh pasangkan lebih banyak aplikasi dan game ke dalam laptop anda. Ia juga dilengkapi oleh kad grafik nvidia GTC 1050 sebesar 2GB dalam memberikan kualiti gambaran yang sangat jelas kepada anda ketika bermain game.

HP OMEN 15-ax221TX

HP merupakan jenama yang banyak mengeluarkan barangan berkaitan perkakasan komputer termasuklah printer, komputer dan laptop. HP Omen ini mempunyai reka bentuk yang nipis dan ringan berbanding dengan model laptop gaming yang lain. Walaupun saiz badannya agak kecil, tetapi ia juga dilengkapi oleh ciri pemprosesan intel i7 generasi ke 7 bersama kuasa pemprosesan sehingga 3.8GHz bagi mengelakkan laptop anda menjadi ‘lag’ atau lambat terutamanya ketika bermain game.

Bukan itu sahaja, saiz paparan skrin sebesar 15.6 inci juga dapat memberikan anda kepuasan dan keselesaan yang optimum apabila anda bermain game, menonton filem dan dalam penggunaan harian biasa. HP Omen ini juga dilengkapi oleh memori atau RAM jenis DDR4 sebesar 16GB supaya anda tidak perlu lagi menambah RAM atau memori kerana ianya sudah lebih daripada mencukupi untuk digunakan dalam bermain game.

Laptop ini telah dipasangkan kamera HD pandangan luas supaya anda boleh menikmati ketika membuat panggilan video bersama yang tersayang. Ia juga mempunyai saiz storan sebesar 1TB untuk HDD dan 128GB M.2 untuk SSD.

MSI GE63VR

MSI merupakan syarikat pemasar barangan komputer yang berpatutan berbanding dengan jenama komputer yang lain. MSI GE63VR ini mempunyai ciri pemprosesan intel i7 generasi ke 7 bersama kuasa pemprosesan sehingga 3.8GHz dalam memberikan anda pengalaman yang hebat ketika anda bermain game.

Laptop ini dilengkapi oleh RAM sebesar 8GB dan boleh ditambah sehingga 32GB mengikut permintaan pengguna itu sendiri. Kad grafik yang disediakan kepada pengguna adalah Nvidia GTX 1060 sebesar 6GB bagi memberikan kualiti gambaran yang tertinggi kepada para pengguna apabila menonton filem atau ketika bermain game. Ia juga mempunyai sistem pembesar suara yang sangat jelas dan saiznya telah ditambah sehingga 5 kali ganda berbanding saiz pembesar suara yang sebelum ini.

Selain itu, ia juga mempunyai saiz storan sebesar 1TB untuk HDD dan 128GB NVMe untuk SSD supaya sistem operasi dan aplikasi-aplikasi yang terpasang dapat dibuka dengan lebih pantas dalam masa yang singkat.

Acer Nitro 5

Jenama Acer merupakan salah satu jenama yang paling digemari oleh para pengguna disebabkan oleh harganya yang berpatutan dan kualitinya yang tinggi. Acer Nitro 5 ini dilengkapi oleh kad grafik nvidia GTC 1050 sebesar 4GB dalam memberikan kualiti gambaran yang sangat jelas dan pemprosesan grafik yang lebih laju ketika anda bermain game.

Laptop acer ini  juga datang dengan pemprosesan Intel i7 generasi ke 7 bersama kuasa pemprosesan sehingga 3.8GHz bagi mengelakkan laptop anda menjadi ‘lag’ atau lambat terutamanya ketika bermain game. Di samping itu, saiz paparan skrin sebesar 15.6 inci yang disediakan juga dapat memberikan kepuasan dan keselesaan yang tinggi kepada para pengguna terutamanya apabila mereka bermain game dan menonton filem.

Selain itu, ia juga mempunyai saiz storan sebesar 1TB untuk HDD dan 128GB M.2 untuk jenis SSD supaya lebih banyak fail dapat disimpan dan sistem operasi dan aplikasi-aplikasi yang terpasang dapat dibuka dengan lebih pantas dalam masa yang singkat.