Air boleh mengandungi pelbagai kotoran seperti tanah, mineral, dan kotoran lain yang menjadikannya berbau dan rasa tidak enak. Bukan itu sahaja, kandungan bahan kimia yang tinggi seperti klorin dalam sistem perpaipan dalam rumah boleh menjejaskan kesihatan isi rumah anda sekiranya diminum tanpa melalui apa-apa proses penapisan.

Penapis air membantu menapis kotoran dan bahan kimia tersebut supaya air yang telah ditapis itu selamat untuk diminum oleh anda sekeluarga. Terdapat pelbagai jenis penapis air telah dikeluarkan oleh pelbagai syarikat yang menawarkan fungsi dan ciri-ciri berbeza mengikut model dan harga sesebuah penapis tersebut.

Walaupun hampir kesemua penapis air memberikan fungsi yang sama iaitu untuk membersihkan air daripada sebarang kotoran, tetapi bukan semua kotoran dan bahan kimia dapat dibersihkan sepenuhnya dengan penapis air yang tertentu. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 penapis air terbaik untuk kemudahan seisi keluarga anda.

Penapis Air Cuckoo Model Iris

Cuckoo sudah lama terkenal di Malaysia sebagai jenama yang menyediakan produk penapis air yang berkualiti tinggi dalam menjaga kesihatan keluarga anda. Model Iris merupakan model penapis air yang terbaru mereka yang setanding dengan model ICON iaitu model mereka yang lebih berkualiti tinggi.

Penapis air model Iris ini mempunyai saiz tangki sebesar 2L bagi air sejuk, 1.4L untuk air panas dan 1.8L bagi air suhu bilik. Bukan itu sahaja, penapis air ini juga dilengkapi oleh sistem tapisan nano positif yang dapat memberikan air yang lebih berkualiti tinggi disamping hanya menapis dan membersihkan air tersebut untuk diminum.

Tangkinya juga diperbuat oleh keluli tahan karat (stainless steel) yang akan melambatkan proses pembiakan kuman berbanding dengan penggunaan tangki plastik seperti di dalam kebanyakan penapis air. Bagi pengguna yang mempunyai anak kecil, penapis ini juga menawarkan ciri keselamatan iaitu child safety lock yang akan menghalang kanak-kanak kecil bermain dengannya terutamanya apabila berkaitan dengan penggunaan air panas.

Joven JP200 Water Purifier

Bagi pengguna yang mencari penapis air biasa dan tidak terlalu mahal, penapis air jenama Joven ini menawarkan ciri penapisan dan pembersihan air yang hampir sama dengan produk penapis air yang lain supaya ianya selamat untuk diminum.

Saiznya yang kecil menjadikan penapis ini tidak memerlukan ruang besar untuk dipasang. Penapis ini juga menawarkan fungsi injap dwi-pilihan iaitu tapis atau tidak tapis ketika anda hendak menggunakan sama ada air paip atau air yang sudah ditapis bagi penggunaan harian anda. Paip keluarnya diperbuat oleh keluli tahan karat (stainless steel) yang akan menghalang karat daripada terjadi dan seterusnya mengalirkan air yang bebas daripada karat.

Sistem tapisan 3 lapisan yang berkesan ini mampu menghilangkan bau tidak enak pada air, bahan kimia seperti klorin, kotoran dan karat. Ianya penapis air yang amat berpatutan bagi seisi keluarga.

Penapis Air Bio Aura

Sistem penapis air Bio Aura menawarkan pelbagai kelebihan kepada kesihatan anda disamping menyediakan anda bekalan air yang bersih. Sistem tapisannya diperbuat dengan 5 tahap sistem tapisan nano yang mampu menghasilkan komponen nano dan kandungan oksigen yang tinggi seterusnya menggalakkan pertumbuhan sel-sel badan yang sihat.

Sistem tapisannya juga dapat menghilangkan bau yang tidak enak, menjadikan air tersebut lebih sedap diminum dan menhapuskan kotoran, toksin, kuman dan logam berat yang terdapat di dalam air supaya ianya lebih selamat untuk diminum.

Molekul nano yang tersedia di dalam penapis ini membolehkan penyerapan nutrien yang lebih pantas di dalam badan yang dibekalkan oleh penapis ini untuk keperluan kesihatan tubuh badan anda. Kecantikan kulit anda juga akan terjamin disebabkan oleh pengambilan bekalan air yang bersih yang ditawarkan oleh sistem penapis air Bio Aura ini.

Bio Pure Water Filter K-300

Bio Pure K-300 ini menggunakan sistem pembersihan osmosis terbalik 5 tahap yang akan menghilangkan semua jenis bahan cemar termasuklah kuman dan virus untuk menghasilkan air minuman yang bersih. Ia mempunyai kapasiti air sehingga 10 liter dan reka bentuk menaranya amatlah sesuai untuk kegunaan di pejabat.

Penapis ini juga dapat mengeluarkan air pada 3 suhu berbeza iaitu air sejuk, panas dan mengikut suhu bilik. Penapis yang terdapat dalam sistem penapis air ini mampu menghapuskan partikel sekecil 5 mikron bagi meningkatkan jangka hayat penapis dan membran tersebut. Sistem tapisannya juga dapat menghilangkan bau yang tidak enak, menjadikan air tersebut lebih sedap diminum dan menhapuskan kotoran, toksin, kuman dan logam berat yang terdapat di dalam air supaya ianya lebih selamat untuk diminum.

Bagi pengguna yang mempunyai anak kecil, penapis ini juga menawarkan ciri keselamatan iaitu child safety lock yang akan menghalang kanak-kanak kecil bermain dengannya terutamanya apabila berkaitan dengan penggunaan air panas.

Coway Water Filter

Penapis air Coway kini semakin terkenal di seluruh Malaysia oleh kerana harga dan ciri spesifikasi penapis air yang berpatutan yang ditawarkan oleh mereka. Ia dilengkapi dengan kapasiti tangki sebesar 6.4 liter untuk air suhu bilik, 3.7 liter untuk air sejuk dan 1.2 liter untuk air panas.

Sistem tapisannya juga mengikut kaedah Osmosis Terbalik yang meningkatkan kualiti air itu sendiri terutamanya apabila ia diminum. Sistem tapisannya dapat menghilangkan bau yang tidak enak, menjadikan air tersebut lebih sedap diminum dan menhapuskan kotoran, toksin, kuman dan logam berat yang terdapat di dalam air supaya ianya lebih selamat untuk diminum.

Bagi pengguna yang mempunyai anak kecil, penapis ini juga menawarkan ciri keselamatan iaitu child safety lock yang akan menghalang kanak-kanak kecil bermain dengannya terutamanya apabila berkaitan dengan penggunaan air panas.

Kesimpulannya, pengambilan air yang bersih dalam kehidupan seharian kita mampu memberikan kesihatan yang baik kepada kita kerana kesihatan tubuh badan kita bukan hanya bergantung kepada gaya hidup sihat tetapi juga berpandukan kepada pengambilan makanan dan minuman yang bersih bagi produktiviti kesihatan dalaman badan kita.