Orang selalu cakap dari mata turun ke hati. So, kalau ikutkan mata antara orang akan tengok dulu. Kalau bercakap pun mesti kita akan tengok mata orang tersebut.

Untuk kaum wanita di luar sana, mesti ramai yang cemburu tengok bulu mata Che Ta. Memang la Che Ta pakai bulu mata palsu, tapi nampak macam real!

Ini antara tips mudah yang korang boleh cuba kalau nak cantik macam Che Ta!

TIPS 1

Bagi penampilan seharian, elak penggunaan bulu mata dramatik (berwarna, feathers ataupun bertekstur) supaya tidak kelihatan terlalu over. Cukup sekadar yang biasa supaya kelihatan lebih natural.

TIPS 2

Untuk memasang bulu mata, sebaik-baiknya gunakan gam berwarna hitam ataupun yang transparent untuk memudahkan touch up. Ia kelihatan lebih kemas berbanding gam putih yang mudah kelihatan sememeh.

TIPS 3

Ukuran bulu mata palsu perlu disukat tepat dengan saiz bulu mata asli supaya ia lebih sepadan dan tidak kelihatan terlalu panjang ataupun pendek, lebih-lebih lagi apabila dipadankan dengan bulu mata asli. Pastikan anggaran anda tepat.

Dapatkan barangan kelengkapan dari Sephora untuk gaya mata yang anggun dan bulu mata yang lentik bak seorang selebriti hari ini.

TIPS 4

Bulu mata palsu ada yang untuk pakai buang dan ada juga yang boleh diulang penggunaannya. Sekiranya tekstur plastik, ia boleh diulang pakai manakala tekstur bulu atau benang perlu dibuang selepas digunakan.

TIPS 5

Tundukkan mata ke bawah semasa memasang bulu mata untuk hasil lebih sempurna. Sekiranya dipasang dengan keadaan mata terbuka atau memandang ke atas, bulu mata palsu akan menegak ke atas (teknik yang salah).