Kini, sebuah penghawa dingin bukanlah hanya sebahagian daripada kemahuan tetapi juga merupakan sebagai keperluan bagi seisi keluarga.

Dengan cuaca panas yang berterusan melanda di Malaysia, ianya telah menjadi satu kewajipan bagi setiap keluarga untuk memasangkan penghawa dingin di dalam rumah mereka bagi mengeluarkan dan mengurangkan haba di dalam kediaman mereka. Bukan itu sahaja, bukan semua penghawa dingin adalah semahal dengan apa yang mereka fikirkan. Oleh itu, berikut kami senaraikan 6 aircond / penghawa dingin terbaik bawah RM1,000 untuk rumah anda.

DAIKIN 1.0HP R32

Daikin merupakan syarikat pengeluar penghawa dingin daripada Jepun yang sudah lama terkenal di Malaysia. Penghawa dingin model R32 keluaran Daikin ini mempunyai 1 kuasa kuda dan mampu untuk menyejukkan bilik-bilik kecil tanpa menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Model ini juga telah diiktiraf dengan Penjimatan Tenaga 3 Bintang.

Ini bermakna penggunaan penghawa dingin ini secara berterusan tidak akan menggunakan tenaga elektrik yang banyak dan sekaligus menjimatkan anda daripada membayar bil yang tinggi akibat daripada penggunaan penghawa dingin yang kerap. Penghawa dingin ini juga dilengkapi oleh sistem operasi yang senyap dimana apabila ianya dipasangkan, ia tidak akan mengeluarkan bunyi bising seperti penghawa dingin yang lain ketika menyejukkan rumah anda.

Sistem penghawa dingin ini juga dilindungi oleh perlindungan lonjakan tenaga berlebihan.  Alat kawalan jauh turut disertakan bersama penghawa dingin ini.

Acson A5WM10/A5LC10 1.0HP

Penghawa dingin Acson ini mempunyai 1 kuasa kuda dimana ianya cukup untuk memberikan kedinginan yang anda mahukan. Apa yang menarik tentang penghawa dingin ini adalah ianya telah diiktiraf sebagai penghawa dingin yang tidak akan membahayakan alam sekitar apabila digunakan.

Sekiranya anda mengambil berat tentang kesan penggunaan penghawa dingin terhadap alam sekitar, sudah tentu penghawa dingin jenama Acson ini patut dijadikan sebagai pilihan utama anda ketika hendak membeli sebuah penghawa dingin. Ianya mempunyai 3 mod utama iaitu mod tidur, mod turbo dan mod senyap.

Penghawa dingin ini mempunyai sistem pemeriksaan sendiri yang akan memberikan diagnosis sekiranya terdapat sebarang masalah di dalam sistemnya. Ia juga mempunyai tahap kesenyapan sehingga 25 desibel dimana akan memberikan keselesaan tanpa berbunyi bising ketika ianya dipasangkan.

Panasonic PV9TKH Standard 1HP

Panasonic bukan sahaja terkenal dalam mengeluarkan barangan elektronik seperti TV, mesin basuh, dapur dan lain-lain malah mereka juga telah mengeluarkan variasi penghawa dingin yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Penghawa dingin panasonic ini mempunyai 1 kuasa kuda dan kapasiti menyejuk sebanyak 9210 Btu sejam dimana proses penyejukan dapat dilakukan dalam masa yang singkat sahaja.

Penghawa dingin ini mempunyai teknologi keselesaan dimana akan sistemnya akan membuat ketetapan secara automatik mengikut suhu bilik semasa sekaligus memberikan keselesaan yang berterusan kepada anda. Penghawa dingin ini turut dilengkapi dengan 3 mod utama iaitu mod turbo, mod senyap dan mod tidur serta datang dengan alat kawalan jauh bagi memudahkan anda untuk memasangkannya pada jarak jauh.

Hisense HAC-09DJN 1.0HP

Penghawa dingin Hisense ini mempunyai reka bentuk kecil yang sesuai untuk dipasangkan di dalam bilik-bilik bersaiz kecil. Walaupun ia datang dengan saiz yang kecil, ia mempunyai sebanyak 1 kuasa kuda dalam proses menyejukkan bilik anda dalam tempoh yang singkat sahaja. Penghawa dingin ini dilengkapi oleh 3 mod utama iaitu mod pintar, mod tidur, dan mod pemula automatik.

Mod pintar merupakan ciri khas penghawa dingin ini dimana ianya akan membuat ketetapan secara automatik mengikut keselesaan anda di dalam bilik. Anda tidak perlu lagi mengubah suhu atau kelajuan kipas secara berterusan kerana ia akan lakukannya untuk anda mengikut keselesaan anda. Penghawa dingin ini boleh dibuka dan dicuci sendiri dengan mudah sekiranya ia berhabuk, kotor atau tersumbat disebabkan oleh habuk.

Ia juga mempunyai ciri mengimbangi ion di dalam bilik anda supaya udara lebih sihat dan nyaman.

MIDEA MSAE-10CRN1 1.0HP

Penghawa dingin Midea ini mempunyai ciri ionizer di mana akan memberikan keseimbangan ion di dalam bilik anda sekaligus memberikan keselesaan dan udara yang lebih nyaman kepada anda. Ia mempunyai kuasa penyejuk sebanyak 10,000 Btu sejam dimana mampu menyejukkan bilik dalam waktu yang singkat sahaja.

Bukan itu sahaja, penghawa dingin ini juga dilengkapi oleh tetapan masa mingguan melalui aplikasi telefon pintar, penapis dua hala dan mod pintar. Anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih pengawalan melalui WIFI sekiranya anda dalam perjalanan pulang ke rumah dan ingin menyejukkan penghawa dingin anda sebelum anda pulang. Penghawa dingin ini juga telah diiktiraf sebagai penghawa dingin yang tidak akan membahayakan alam sekitar apabila digunakan.

Sharp (AHA9UCD) 1HP

Sekiranya anda mencari penghawa dingin yang mempunyai sistem yang boleh mencuci penapis dan alatannya sendiri, maka Sharp mungkin yang anda carikan sebelum ini. Ciri pembersihan sendiri ini memudahkan ramai pengguna dalam memasangkan penghawa dingin secara berterusan tanpa memikirkan tentang pembersihan penapis dan alatannya terlalu kerap.

Penghawa dingin 1 kuasa kuda ini juga mempunyai penjimatan tenaga elektrik terutamanya apabila anda menggunakannya secara berterusan. Anda tidak perlu risau lagi tentang membayar bil elektrik yang tinggi kerana dengan sistem penjimatan elektrik tersebut, penggunaan tenaga secara relatifnya akan berkurang dan sekaligus mengurangkan kos pada bil elektrik bulanan anda.

Penghawa dingin ini juga dilengkapi dengan paparan LED bagi membolehkan anda untuk melihat suhu dan mod yang ditetapkan tanpa perlu mencari alat kawalannya.