Jika anda baru saja melahirkan anak, salah satu perkara yang selalu bermain di fikiran anda adalah bagaimana untuk awasi bayi anda ketika anda membuat kerja seperti memasak, pergi ke tandas dan sebagainya.

Terdapat banyak kes yang terjadi melibatkan bayi dan kanak-kanak terjatuh dari katil, bangunan dan mendekati benda-benda bahaya tanpa kita disisi. Disebabkan kes-kes yang telah berlaku tersebut, ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk membeli kamera bayi yang membolehkan mereka untuk memantau segala gerak geri anak-anak mereka di dalam bilik ketika mereka menghabiskan kerja rumah mereka.

Namun begitu, terdapat banyak produk kamera bayi yang telah dikeluarkan yang berbeza dari segi harga dan fungsinya. Oleh itu, berikut kami senaraikan 6 kamera bayi terbaik untuk awasi keselamatan anak anda.

BESDER Yoosee CCTV IP Camera

Kamera keluaran Besder ini dilengkapi dengan fungsi rekod resolusi 1080p untuk gambaran yang lebih jelas ketika pengawasan anak anda. Bukan itu saja, kamera ini juga mempunyai audio jelas dua hala yang membolehkan anda merekodkan suara daripada bilik dan kawasan yang anda pasangkan kamera ini.

Ini akan memudahkan anda untuk mendengar tangisan atau panggilan anak-anak anda sekiranya berlaku kecemasan. Anda boleh masukkan kad mikro berkapasiti sehingga 128GB untuk simpanan yang lebih banyak tanpa kekerapan untuk memadamkannya daripada pusat data. Anda boleh kawalnya menggunakan telefon bimbit anda dan anda boleh gunakannya pada waktu siang dan malam terima kasih kepada kelengkapan sensor siang dan malam didalamnya. Harganya juga tidak terlalu mahal dan anda juga boleh memasangkannya sendiri jika anda mahu.

BELI SEKARANG

Wifi Smart Net Camera

Jika anda mempunyai bajet yang terhad, anda boleh cuba kamera Smart Net ini yang menggunakan wifi sebagai sambungan penyambung video. Ia juga mempunyai audio dua hala dan mempunyai resolusi video sehingga 1080p untuk gambaran yang lebih jelas untuk awasi keselamatan anak anda.

Kamera ini dilengkapi dengan fungsi rekod menggunakan kad sd sehingga 64GB sahaja. Bukan itu sahaja, fungsi menarik yang terdapat dalam kamera ini pengesan gerakan dimana ia akan mula merekod apabila terdapat pergerakan dalam kawasan rekod kamera ini. Kamera ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai pengawasan anak anda jika anda mempunyai bajet yang terhad.

BELI SEKARANG

Baby Monitor Camera Wireless Digital LCD Video/Audio VB601

Jika anda perlukan kamera bayi khas, anda boleh beli kamera bayi bersama monitor khas keluaran OEM. Kamera ini dilengkapi dengan alat kawalan bersama skrin tersendiri yang membolehkan anda untuk melihat keadaan bayi anda tanpa alat kawalan pihak ketiga seperti telefon bimbit.

Bukan itu saja, alat ini juga berfungsi sebagai pengesan suhu bilik anda supaya anda dapat melihat sama ada bayi anda berada dalam keadaan selesa atau tidak dengan berpandukan kepada tahap suhu biliknya. Ia boleh digunakan sehingga 8 jam dan jarak penggunaannya sehingga 260 meter. Kamera ini juga dilengkapi dengan 8 lagu bayi untuk mendodoikannya sehingga tidur.

BELI SEKARANG

YOOsee CCTV Camera WIFI HD

Yoosee CCTV kamera ini berfungsi sebagai kamera cctv biasa yang menggunakan Wifi sebagai penyambungnya ke telefon pintar. Ia mempunyai aplikasi persendiriannya tersendiri yang membolehkan anda untuk mengawal dan mengawasi subjek dalam video tanpa perlu tetapan sambungan yang merumitkan.

Hanya muat turun aplikasinya di Google Play store dan sambungkannya buat kali pertama sahaja. Ia boleh digunakan juga untuk memantau bayi anda dan kawasan sekelilingnya oleh kerana fungsi mobiliti pada kameranya yang boleh berpusing sehingga 355 darjah mendatar dan sehingga 120 darjah menegak. Kamera menyokong sehingga 128GB memori kad sd untuk simpanan video yang lebih lama.

BELI SEKARANG

BuzzTech Wireless Video / Audio

Buzztech video dan audio tanpa wayar ini merupakan kamera bayi yang direka khas untuk memantau dan mengawasi bayi anda ketika anda bekerja. Ia menawarkan sambungan 2.4Ghz yang membolehkan anda untuk menyambungkan video ke alat kawalan dengan lebih jelas dan lebih jauh sehingga 260 meter.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai penyukat suhu bagi membolehkan anda untuk mengetahui suhu bilik semasa bayi anda. Jika anda perlukan kamera bayi khas untuk bayi anda sahaja, Buzztech ini mungkin menjadi pilihan utama anda.

BELI SEKARANG

360 Degree Panoramic Wifi Camera HD

Sekiranya anda perlukan kamera untuk mengawasi bilik sehingga 360 darjah, anda boleh dapatkan Kamera HD 360 darjah ini. Ia boleh dilekatkan di siling rumah anda seperti sebiji mentol dan mempunyai gambaran seluas 360 darjah. Fungsi mikrofon dan pembesar suara juga dibina khas di dalam kamera ini supaya anda boleh mendengar apa yang berlaku akan keadaan bayi anda.

Ia datang dengan pemegangnya sendiri dan anda tak perlu gunakan langkah rumit untuk memasangkannya. Bukan itu sahaja, fungsi menarik yang terdapat dalam kamera ini pengesan gerakan dimana ia akan mula merekod apabila terdapat pergerakan dalam kawasan rekod kamera ini. Kamera ini sangat sesuai untuk digunakan sebagai pengawasan anak anda jika anda mempunyai bilik yang luas untuk anda awasi.

BELI SEKARANG

Kesimpulannya, terdapat pelbagai produk kamera bayi yang dikeluarkan di seluruh dunia. Anda hanya perlu bijak memilih kamera yang paling sesuai dengan keadaan bayi anda sendiri. Jika anda hanya perlukan kamera untuk memantau bayi anda dalam masa yang singkat, anda boleh dapatkan kamera Buzztech dan Baby Monitor dimana ianya datang dengan alat bersama skrinnya tersendiri. Sekiranya anda ingin mengawasi bilik tertentu di samping memantau bayi anda, anda boleh dapatkan kamera jenis CCTV yang mempunyai fungsi merekodkan audio dan video secara dua hala. Buatlah kajian yang mencukupi sebelum anda membelinya.