Pada zaman sekarang, pemasangan kamera atau dash cam pada kereta anda memainkan peranan yang penting bagi merekodkan situasi-situasi yang berlaku di atas jalanraya terutamanya apabila berlakunya kemalangan.

Ia dapat menjadi satu bukti yang kukuh untuk melihat punca-punca kemalangan tersebut terutamanya dalam kes langgar lari. Pada asal pengenalan dash cam ini, ia tak dinafikan bahawa harga yang ditawarkan di pasaran sangatlah mahal dan hanya mampu dimiliki oleh segelintir masyarakat.

Akan tetapi, oleh kerana jumlah pengeluaran yang tinggi yang sejajar dengan permintaannya, terdapat banyak jenis dash cam mampu milik yang telah dikeluarkan oleh pelbagai pengeluar di seluruh Malaysia. Ia membuatkan anda lebih mudah untuk memasangkannya pada kereta anda terutamanya bagi individu yang memiliki jumlah kereta yang banyak. Oleh itu, di bawah kami senaraikan 6 dash cam di bawah RM150 yang terbaik untuk kereta anda.

Dash Cam 4 dalam 1

Jika anda sedang mencari dash cam yang berpatutan tetapi tahan lasak, anda boleh cuba dash cam 4 dalam 1 ini. Set dash cam ini menawarkan 3 camera termasuk kamera depan dan belakang untuk rakaman video yang penuh semasa anda memandu. Kameranya dilengkapi dengan kualiti definisi tinggi 1080p dan mampu berpusing sehingga 360 darjah.

Bukan itu saja, ia juga dilengkapi dengan ciri rakaman waktu malam untuk gambaran yang lebih jelas terutamanya di kawasan yang tidak mempunyai cahaya yang banyak. Kamera ini kalis air dan menyokong penggunaan kad TF dan rakaman ulangan. Ianya kamera yang sesuai jika anda sedang mencari dash cam yang berpatutan.

BELI SEKARANG

3.0" Vehicle 1080P Car Dashboard DVR Camera

Dash cam ini dilengkapi dengan skrin 3 inci untuk anda lihat gambar dan video yang telah dirakamkan dengan jelas. Ia hanya datang dengan kamera depan untuk membolehkan anda merakam sepanjang pemanduan anda. Rakamannya boleh dibuat sehingga 120 darjah yang membolehkan anda untuk rakam kawasan yang luas tanpa perlu mengubah kedudukan kamera anda.

Kualiti rakamannya juga mempunyai resolusi tinggi iaitu 1080p untuk rakaman video yang lebih jelas. Ciri utama dalam kamera ini adalah sensor graviti, pengesan pergerakan, mikrofon, anti-gegaran dan pengimbang warna automatik. Ianya dash cam yang baik bagi anda yang hanya mencari kamera hadapan untuk merakam pemanduan anda.

BELI SEKARANG

Touch Screen Camera Car Recorder

Bagi pemandu yang mencari sistem dash cam tanpa perlu pemasangan kamera tambahan, anda bolehlah pilih dash cam skrin sentuh ini. Ianya dipasangkan pada cermin pandang belakang supaya anda tak perlu membeli kamera berasingan untuk kegunaan dash cam anda.

Satu kamera berfungsi untuk semua termasuklah kamera belakang dan hadapan. Ianya mempunyai lensa bersaiz 12-megapiksel dan mampu mengelakkan daripada pantulan cahaya berlebihan dalam memberikan pandangan yang jelas dan tak terganggu ketika anda memandu. Ianya merupakan dash cam yang sangat sesuai digunakan untuk kedua-dua pemanduan waktu siang dan malam.

BELI SEKARANG

Mayi - 3 Lens Car Dash Cam HD Video Recorder

Dash cam keluaran Mayi ini menawarkan 3 lensa kamera termasuklah kamera dalaman, kamera hadapan dan kamera belakang. Skrinnya bersaiz 4 inci mampu memberikan kemudahan kepada anda untuk menyemak semula rakaman gambar dan video yang telah anda buat semasa anda memandu.

Bukan itu saja, rakaman tersebut dilengkapi dengan rakaman 170 darjah untuk membolehkan anda merakam kawasan yang luas tanpa perlu mengubah kedudukan kamera anda. Ianya akan dimatikan dan dihidupkan automatik selaras dengan enjin kereta, jadi anda tak perlu risau lagi akan mematikan atau menghidupkannya selepas dan sebelum anda memandu.

BELI SEKARANG

GOQ D200 Touch Screen Dual Lens Dash Camera

BELI SEKARANG

Xiaomi 70MAI 1S 1080P Car Recorder Dashcam

BELI SEKARANG

Kini, pelbagai jenis dashcam telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan pengguna di seluruh dunia. Dahulu anda perlu berbelanja lebih daripada RM300 untuk mendapatkan satu set kamera untuk kereta anda. Namun, kini anda hanya perlu keluarkan kurang daripada RM150 untuk satu set dash cam untuk kegunaan kereta anda. Anda hanya perlu memilih dengan bijak dan jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlampau murah berbanding dash cam yang lain.