Korea bukan sahaja terkenal dengan K-POP dan kawasannya yang cantik, malah ianya juga terkenal dengan pelbagai produk kecantikan yang berpatutan.

Sama seperti orang lain, salah satu perkara yang mencabar dalam melaburkan diri dalam produk kecantikan adalah kosnya. Dengan produk kecantikan daripada Korea ini, anda tidak perlu lagi membayar produk kecantikan yang mempunyai bahan-bahan berkualiti tinggi dengan harga yang terlalu mahal seperti yang ditawarkan oleh pelbagai jenama barat yang lain.

Oleh itu, disini kami senaraikan 6 produk kecantikan Korea yang berkesan pada harga yang berpatutan untuk anda miliki.

Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence 100ml

Cosrx Advanced Snail ini mengandungi 96% rembesan siput babi yang telah ditapis bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit wajah anda secara berpanjangan. Bahan yang terkandung dalam Cosrx Advanced Snail ini juga dapat memberikan ketegangan pada kulit wajah anda supaya kulit anda kelihatan lebih sihat dan muda.

Intipati siput babi ini juga dapat memperbaiki kulit yang rosak pada peringkat selular dan ini bermakna kulit anda bukan sahaja diperbaiki pada permukaan kulit malah ianya juga diperbaiki sehingga bahagian dalam kulit. Ini kerana lendir siput babi semulajadi mampu menembusi kulit anda sehinggalah ke peringkat selular dan seterusnya juga mampu menghilangkan kesan pigmentasi yang tinggi.

Produk ini selamat untuk digunakan kerana tidak mempunyai bahan-bahan merbahaya seperti paraben, pewarna buatan, bahan sintetik, wangian buatan, phthalate dan triethanolamine yang mampu menjejaskan kesihatan kulit anda.

Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask 100ml

Topeng muka tanah liat ini merupakan pemenang 22 anugerah kecantikan global yang telah diformulasikan dengan scoria iaitu salah satu bahan gunung berapi dalam memainkan peranan untuk mencuci dan menghapuskan minyak sebum di wajah anda. Topeng penjagaan pori 6 dalam 1 ini juga dapat membuang sel-sel kulit mati supaya wajah anda kelihatan lebih berseri dan licin.

Topeng ini juga mampu menyejukkan kulit muka anda dan seterusnya mengekalkan kelembapan kulit wajah anda daripada menjadi terlalu kering akibat daripada cuaca sejuk atau ketika berada di dalam penghawa dingin terlalu lama.

Ianya mengandungi bahan semulajadi yang terbentuk akibat daripada letusan gunung berapi di Pulau Jeju. Hapuskan kulit berminyak dan berhabuk dengan Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask ini.

Missha Perfect Cover B.B Cream SPF 42++ 50g

Missha Perfect Cover ini merupakan antara salah satu foundation Korea yang terbaik di pasaran dan dijual pada harga yang sangat berpatutan. Foundation ini mampu menutupi segala cela bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna seperti menghilangkan kedutan, mencerahkan kulit dan memberikan perlindungan terhadap sinaran ultra-ungu matahari.

Antara kelebihan apabila menggunakan foundation ini adalah ianya dapat memberikan kulit wajah yang berseri dan cantik. Penutupan segala kecacatan di muka anda sekaligus meninggalkan kulit anda kelihatan dengan lebih sempurna dan cantik. Asid Hyaluronic dan Ceramide yang terkandung di dalam foundation ini mampu mengekalkan kelembapan kulit dan memberikan ketegangan kepada kulit wajah anda.

Foundation ini sangat sesuai bagi yang mencari untuk menutup kecacatan di wajah mereka, mengurangkan kedutan dan memberikan perlindungan terhadap sinaran ultra-ungu matahari yang berlebihan.

Pyunkang Yul Cosmetic Essence Toner 200ml

Bagi yang mencari toner untuk memberikan kelembapan wajah yang pantas, Toner Pyunkang Yul merupakan toner yang paling sesuai bagi memberikan penyerapan dan hidrasi yang tinggi kepada kulit anda. Toner ini tidak melekit dan mampu menghapuskan sisa yang dikeluarkan oleh kulit anda.

Intipati yang sangat likat ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit anda dan seterusnya menjadikan kulit anda lebih lembap dan lembut sepanjang masa.

Ekstrak akar susu vetch yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral lain membantu meningkatkan suhu kulit anda yang akan membantu dalam meningkatkan kesihatan kulit anda.

Ekstrak Akar Astragalus Membranaceus dan Arginine yang terkandung di dalamnya dapat memberikan perlindungan kepada kulit anda terhadap habuk, kekeringan melampau dan kerosakan kulit anda.

Benton Aloe Propolis Soothing Gel 100ml

Gel kelegaan benton ini mengandungi Aloe Vera yang diperkayakan dengan ekstrak Polisakarida dan madu yang dapat memberikan kelegaan untuk kulit anda. Gel ini mengandungi 200 kali ganda Serbuk Jus Daun Aloe Barbadensis yang dikisarkan dengan Air Daun Aloe Barbadensis dan ekstrak daun daripada versi lamanya sekaligus menjadikan gel baru ini memberikan lebih hidrasi kepada kulit anda.

Gel Benton ini mengandungi unsur anti-bakteria and unsur penyembuhan yang akan membantu melegakan kulit sensitif, menghilangkan parut jerawat dan jeragat, mencerahkan tona kulit disamping mengekalkan tahap hidrasi pada kulit anda sepanjang hari.

Gel ini telah diuji dibawah pengawalan dermatologi dan ianya menjamin keselamatan kesihatan kulit anda sekiranya anda menggunakan produk ini.

Cosrx Galactomyces 95 Tone Balancing Essence 100ml

Mahukan kulit wajah yang sempurna dan cantik tanpa perlu menggunakan SK-II yang mahal? Cubalah Intipati Keseimbangan Tona Cosrx Galactomyces 95 di mana ianya mengandungi 95% tapisan penapaian galactomyces bagi memberikan hidrasi kulit yang berpanjangan dan mencerahkan kulit anda supaya lebih sekata.

Intipati ini digunakan untuk menghilangkan kedutan wajah sekaligus supaya kulit anda sentiasa kelihatan seperti awet muda. Ia juga memberikan kulit anda kelembapan yang berpanjangan dan meningkatkan pembaharuan kulit anda supaya kulit anda kelihatan lebih tegang dan cantik.