Sejurus dengan perkembangan ekonomi dunia, pelbagai produk sabun mandi terutamanya sabun mandi bayi telah dikeluarkan bagi memenuhi kesemua permintaan ibu bapa dan pengguna sedunia.

Namun  begitu, terdapat juga produk sabun mandi yang menggunakan bahan kimia yang tinggi dalam pemasaran produk mereka yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya terutamanya bayi mereka. Sabun mandi merupakan salah satu barangan penting yang perlu ada ketika memandikan bayi anda.

Jika anda sebagai ibu bapa tersalah pilih atau hanya melihat kepad harganya yang murah, maka anak anda mempunyai risiko untuk terdedah kepada masalah kesihatan daripada penggunaan sabun tersebut. Oleh itu, berikut kami senaraikan 6 sabun mandi bayi yang terbaik dan selamat digunakan oleh bayi anda.

Johnson's Milk + Rice Bath

Sabun mandian Johnson’s ini diperkayakan dengan kombinasi Susu Protein dan Nutrien Beras bersama pati vitamin yang memainkan peranan dalam melembapkan dan menyediakan nutrien pada kulit bayi anda di samping membersihkan badan mereka. Bukan itu sahaja, ramuan istimewa dalam sabun ini mengelakkan bayi anda daripada merasa pedih apabila sabun terkena pada matanya.

Ini membolehkan anda memandikan anak anda tanpa perlu risau bayi anda berada dalam kesakitan sekiranya sabun termasuk ke dalam matanya. Ianya telah diuji secara klinikal dan disyorkan oleh pakar dermatologi ke atas penggunaannya yang berterusan. Oleh itu, sabun mandian ini selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur terutamanya oleh bayi anda.

Carrie Junior Baby Hair & Body Wash

Carrie Junior merupakan jenama barangan bayi yang telah lama tersedia di pasaran dalam menyediakan barangan berkualiti tinggi daripada pakaian sehinggalah perkakas mandian untuk kegunaan bayi anda.

Sabun mandian 2 dalam 1 ini memberikan kemudahan kepada anda untuk membersihkan anggota badan dan kepala bayi anda dengan hanya menggunakan satu botol untuk semua basuhan. Anda tidak perlu membawa dua botol syampu dan mandian badan yang berasingan apabila hendak memandikan bayi anda.

Bukan itu sahaja, ramuan istimewa dalam sabun ini mengelakkan bayi anda daripada merasa pedih apabila sabun terkena pada matanya. Ini membolehkan anda memandikan anak anda tanpa perlu risau bayi anda berada dalam kesakitan sekiranya sabun termasuk ke dalam matanya.

Sebamed Baby Wash Extra Soft

Bagi bayi yang mempunyai kulit sensitif, ia adalah disyorkan supaya anda menggunakan Sebamed sebagai sabun mandian bayi anda. Ini kerana sebamed telah diformulasi khas untuk merawat bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit sensitif dan melindungi kulit mereka daripada irritasi dan kerosakan kulit yang berterusan.

Walaupun harganya agak mahal daripada produk mandian yang lain, ianya berbaloi sekiranya anak anda mempunyai masalah kulit sensitif yang teruk dan tidak boleh menggunakan sabun mandian yang lain. Lapisan kulit bayi dan kanak-kanak dapat dilindungi sepenuhnya oleh sabun mandian sebamed keluaran Jerman ini.

CETAPHIL Ultra Moisturising Bath & Wash

Sabun mandian keluaran Cetaphil ini mempunyai pelembap badan yang bukan sahaja berfungsi untuk membersihkan badan anak anda, malah juga dapat memberikan kelembapan yang penuh apabila berada dalam cuaca panas dan kering supaya kulit mereka dilindungi secara berterusan.

Sabun ini juga memainkan peranan dalam memberikan keseimbangan kandungan pH dalam kulit mereka supaya kekal sihat dan bersih. Kulit bayi anda juga akan menjadi lebih lembut dan segar disebabkan oleh kandungan ekstrak lidah buaya yang terdapat dalam mandian ini.

Bukan itu sahaja, sabun ini juga selamat digunakan kerana telah diformulasikan dengan ramuan yang mengelakkan bayi anda daripada rasa pedih apabila ianya terkena mata bayi anda. Mandian keluaran cetaphil ini disyorkan oleh pakar dermatologi dan ahli pediatrik.

Anakku Baby Bath & Shampoo

Jenama Anakku telah lama terkenal dengan produk pengeluaran barangan bayi daripada baju dan seluar sehinggalah perkakas mandian bayi. Sabun mandian keluaran Anakku mempunyai bauan yang wangi dan lembut yang berkekalan sekiranya digunakan ketika memandikan anak anda.

Bukan itu sahaja, ramuan istimewa dalam sabun ini mengelakkan bayi anda daripada merasa pedih apabila sabun terkena pada matanya. Ini membolehkan anda memandikan anak anda tanpa perlu risau bayi anda berada dalam kesakitan sekiranya sabun termasuk ke dalam matanya. Sabun ini juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

Pureen Baby Bath Aloe Vera with (Vitamin E)

Sekiranya anda sedang mencari sabun mandian yang mempunyai ekstrak lidah buaya bersama vitamin E, maka mandian keluaran Pureen ini mungkin sesuai untuk kegunaan harian bayi anda. Sabun mandian ini berfungsi untuk menyegarkan dan melindungi kulit bayi anda daripada kuman dan bakteria serta mengekalkan lagi kelembapan kulit bayi anda secara berpanjangan.

Ianya sekaligus akan mengurangkan iritasi dan kegatalan sekiranya berada dalam keadaan cuaca terlalu kering dan panas yang mengakibatkan kulit kering jika tidak menyapu pelembap khas pada kulitnya. Melalui penggunaan sabun ini, anda tidak perlu membawa apa-apa pelembap khas untuk bayi anda disebabkan oleh kandungan ekstrak lidah buaya dan vitamin E yang terkandung dalam sabun mandian ini.

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis sabun mandian yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat di pasaran. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dalam memilih sabun mandian yang terbaik untuk bayi anda oleh kerana kulit bayi yang sangat sensitif sekiranya anda tersalah pilih mandian yang tidak bersesuaian dengan anda. Pastikan anda pilih mandian yang tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang mungkin akan membahayakan kesihatan kulit bayi anda kelak.