Serum merupakan satu produk rawatan penjagaan kulit yang boleh disapu pada kulit anda untuk kesan secara langsung terhadap penyerapan nutrien ke dalam kulit. Kebiasaannya, pengguna yang menggunakan serum ini mempunyai masalah kulit seperti kedutan, jerawat, bintik-bintik hitam dan liang-liang roma yang jelas nampak pada umum.

Serum muka terutamanya diperbuat dengan molekul-molekul kecil yang boleh menembusi ke bahagian kulit yang dalam. Kulit muka kita merupakan salah satu kawasan kulit yang sensitif dan perlu dijaga dengan rapi. Jenama-jenama terkenal seperti L’oreal, Sk-II, Estee Lauder dan banyak lagi menawarkan set penjagaan kulit termasuklah serum yang sangat berkualiti tetapi pada harga yang mahal.

Kini, ramai pengeluar produk kecantikan telah berjaya mengeluarkan set penjagaan kulit termasuklah serum pada harga yang lebih berpatutan. Oleh itu, berikut kami senaraikan 6 serum muka terbaik di Malaysia yang boleh didapati dengan hanya bawah RM50 sahaja.

Sunsilk Natural Serum Almond Honey

Sunsilk Natural Serum dengan Almond Honey yang penuh dengan nutrien semulajadi ini bertujuan untuk-meningkatkan semula seri pada kulit kusam dan matang seterusnya memberikan kesan awet muda pada muka anda. Serum ini memberikan kesuburan dan kelembapan kulit bersama kandungan asid lemak yang diambil daripada minyak primrose, minyak jojoba dan minyak biji anggur untuk mengembalikan seri dan awet muda pada wajah anda.

Kandungan antioksida seperti vitamin E dan minyak biji anggur semulajadi melindungi kulit anda daripada radikal bebas yang berbahaya di samping merangsang pengeluaran kolagen. Bahan-bahan ini memainkan peranan dalam meningkatkan keanjalan kulit anda. Serum ini juga boleh digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit ekzema.

BELI SEKARANG

Safi Rania Gold Eliksir Keremajaan

Safi terkenal dengan pengeluaran produk kecantikan yang halal lagi bersih sesuai untuk semua muslimah. Kini, dengan serum Safi Rania Gold Eliksir Keremajaan ini, anda boleh tampil dengan lebih menawan tanpa perlu risau kebersihan dan keselamatan penggunaannya di sisi syariat agama. Salah satu kandungan penting dalam serum ini adalah madu lebah yang berfungsi untuk memberikan keanjalan semulajadi dan untuk melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal  pada wajah anda.

Bukan itu saja, Beetox yang terkandung dalam serum ini bertindak seperti sengatan lebah dalam membantu proses pembaharuan kulit secara semulajadi. Seperti produk Safi Rania Gold yang lain, serum ini juga mengandungi Nano Gold 24K untuk mengukuhkan lagi struktur dalaman lapisan epidermis kulit anda supaya wajah anda kelihatan lebih anjal dan awet muda sepanjang masa.

BELI SEKARANG

Bioaqua 24K Gold Anti Ageing Whitening Serum

Bioaqua bukan saja mengeluarkan pembersih muka dan krim yang berkesan, malah ia juga mengeluarkan serum muka pada harga yang sangat berpatutan. Serum keluaran Bioaqua ini mempunyai Emas 24K yang aktif sebagai pencerah wajah untuk kecerahan yang tahan lebih lama, mengurangkan kedutan wajah, bintik-bintik hitam dan kulit kusam akibat kekurangan air.

Serum ini selamat digunakan kerana mempunyai bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak ginseng, minyak jojoba, kolagen dan lain-lain. Bagi wanita yang sudah berumur, mereka juga boleh gunakan serum ini kerana ianya mempunyai ciri anti-penuaan yang membantu menghilangkan kedutan dan kulit rosak akibat daripada kekurangan nutrien sihat.

BELI SEKARANG

Whitening Essence : Nurish Organiq

Nurish merupakan produk penjagaan kulit keluaran tempatan yang berpatutan. Ia mengandungi ekstrak timun, bunga raya, daun-daun herba dan lain-lain yang mampu membaiki kerosakan kulit yang anda sedang alami. Serum ini telah diformulasikan dengan bahan-bahan ekstrak oganik berintipati tinggi yang mengandungi 500,000 ekstrak Frangipani untuk membantu mengelakkan kemunculan bintik-bintik hitam dan pigmentasi seterusnya memberikan keserian wajah yang anda inginkan.

Kulit  anda menjadi lebih sekata, berseri, licin dan lembut dengan tona kulit yang seimbang. Serum ini adalah ringan dan bukan daripada tekstur yang melekit untuk meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam kulit anda.

BELI SEKARANG

Vitamin C Face Serum

Vitamin C seperti yang kita tahu mempunyai kebaikan yang sangat banyak untuk kulit dan wajah kita. Kini, dengan serum intipati vitamin C ini, anda boleh hilangkan parut jerawat dan jeragat anda dengan lebih berkesan terima kasih kepada kekuatan vitamin C 10 kali ganda di dalam serum ini. Bukan itu saja, serum dapat mengecilkan liang pori terbuka, melembapkan dan memberikan keanjalan sempurna kepada kulit anda serta mencerahkan kulit yang kusam dan sekatakan tona kulit anda.

Serum ini juga selamat digunakan untuk semua jenis kulit dan diluluskan oleh KKM. Ia tak mengandungi alkohol dan pewarna tiruan yang dapat menjejaskan kulit muka anda.

BELI SEKARANG

ROREC - White Rice Serum

Petua orang zaman dahulu untuk kembalikan keserian dan kecerahan wajah adalah dengan menggunakan air beras. Serum Beras Putih keluaran Rorec ini mempunyai tujuan dan fungsi yang sama dalam menggunakan kelebihan nutrien dalam beras untuk mencantikkan dan mengembalikan kesihatan kulit wajah anda. Penggunaan serum ini secara berterusan akan memberikan kelembapan yang berpanjangan pada kulit anda dan seterusnya menjadikan wajah anda lebih lembap dan lembut sepanjang masa. Harganya juga sangatlah berpatutan untuk kesan yang efektif terhadap kesihatan wajah anda.

BELI SEKARANG

Kesimpulannya, terdapat banyak produk kecantikan dan penjagaan kulit muka telah dikeluarkan pada zaman sekarang. Ada yang murah dan ada yang mahal. Akan tetapi, anda perlulah bijak dalam memilih supaya tak tertipu dengan produk dan barangan palsu yang akan merosakkan kulit wajah anda kelak. Jangan hanya melihat pada harga, tetapi lihatlah juga pada pengeluar dan kandungannya supaya wajah anda kekal sihat dan cantik.