Rambut merupakan salah satu aset lelaki dalam mencerminkan ketampanan dan gaya mereka yang menarik. Namun begitu, masih ramai lelaki yang mengalami masalah kesihatan rambut seperti rambut gugur, rambut kasar dan yang paling utama masalah kelemumur.

Tidak semua syampu di pasaran menawarkan produk yang berkesan dalam merawat masalah kelemumur yang dihadapi oleh golongan lelaki. Oleh itu, berikut kami senaraikan 6 shampoo terbaik untuk lelaki atasi masalah kelemumur.

Kerasys Anti Dandruff & Sebum Control Shampoo

Kerasys merupakan produk rawatan rambut yang sangat berkesan dalam merawat masalah kelemumur yang masih lagi tidak diketahui ramai. Syampu ini mengandungi ekstrak menthol dan peppermint bagi menyediakan kesan yang sama seperi aroma terapi rambut yang akan memberikan kesegaran kepala secara berpanjangan apabila anda menggunakannya.

Syampu ini telah diformulasi secara khas untuk lelaki yang mempunyai masalah kulit kepala berminyak yang akan membantu mengawal kadar minyak yang berlebihan sekaligus menghindarkan daripada kulit kepala gatal dan kelemumur.  Bukan itu sahaja, syampu kerasys ini juga mampu memberikan anda rambut yang lembut dan wangi apabila digunakan secara berterusan.  

Syampu ini mengandungi bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan oleh semua lelaki. Harganya yang berpatutan menjadikannya salah satu rawatan rambut untuk lelaki yang terbaik di pasaran.

Bioaqua Polygonum Anti Dandruff Herbal Shampoo

Syampu keluaran Bioaqua ini diperbuat oleh 100% herba daripada poligonum yang berfungsi untuk merawat kesihatan rambut. Syampu ini sesuai untuk lelaki yang mempunyai rambut kering dan berminyak disamping berfungsi untuk menghilangkan kelemumur pada kulit kepala.

Bahan-bahan semulajadi yang terkandung di dalam syampu ini menjadikannya selamat untuk digunakan secara berpanjangan dan tidak akan memberikan apa-apa kesan sampingan kepada para pengguna. Fungsi utama polygonum yang terdapat di dalam syampu ini adalah sebagai pelembap rambut semulajadi supaya rambut anda sentiasa segar dan kelihatan lebih lembap sepanjang masa.

Di samping itu, syampu ini juga amat sesuai untuk para lelaki yang inginkan rambut yang lebih hitam kerana ia mampu membantu meningkatkan kehitaman rambut sepanjang masa. Harganya yang agak murah juga menjadikannya mampu dimiliki oleh semua lelaki.

Select Amino Scalp Mint Treatment

Rawatan rambut jenama Select dari Jerman ini diperbuat oleh bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk digunakan oleh semua lelaki. Syampu ini menjadikan rambut anda kelihatan lebih berkilat, sihat, lembut dan memberikan keseimbangan kulit kepala.

Ekstrak peppermint akan diserap masuk ke dalam kulit kepala bagi meningkatkan kesegaran kepala terutamanya apabila berada dalam cuaca panas. Ekstrak peppermint ini juga memberikan perlindungan bakteria kepada kulit kepala sekaligus mengelakkan pertumbuhan kuman yang seterusnya akan membawa kepada masalah kelemumur.

Syampu ini telah direka khas bagi memberikan perlindungan terhadap haba dan sinaran ultra ungu secara berkesan supaya rambut anda tidak terjejas apabila berada di bawah sinaran matahari berpanjangan. Rawatan rambut ini sesuai untuk lelaki yang mempunyai masalah rambut seperti kelemumur, rambut gugur, rambut rosak dan rambut berminyak.

Hanz De Fuko - Natural Shampoo

Syampu semulajadi  Hanz De Fuko merupakan sebuah pembersih rambut mewah yang mengekalkan kesihatan rambut dan menjadikan rambut kelihatan lebih bersinar dengan sangat berkesan. Syampu ini telah diformulasikan dengan lebih daripada 16 ekstrak tumbuhan tulen semulajadi yang mempunyai lebih daripada 10 asid amino untuk pertumbuhan rambut yang lebih optimum.

Ia juga membantu memberikan kulit kepala yang lebih sihat dan bebas daripada masalah rambut seperti rambut kering, kelemumur dan lain-lain. Syampu ini mengandungi campuran herba dan tumbuhan yang berfungsi sebagai pelembap rambut yang akan mengelakkan kulit kepala daripada menjadi terlalu kering dan gatal. Campuran herba dan tumbuhan tersebut juga membolehkan ekstrak minyaknya untuk diserap ke dalam kulit kepala secara semulajadi dan memperbaiki kesihatan rambut dan kulit kepala yang bermasalah.

Christophe Robin - Purifying Shampoo with Jujube Bark Extract

Christophe Robin telah mengeluarkan syampu pembersih yang mempunyai ekstrak pokok Jujube yang memainkan peranan dalam merawat rambut dan kulit kepala yang bermasalah. Kelemumur akan terhapus serta merta terima kasih kepada ekstrak Jujube yang terdapat di dalam syampu ini yang membantu mengawal kadar minyak pada kulit kepala dan menghilangkan kegatalan sekaligus menghalang daripada kelemumur berlaku.

Bukan itu sahaja, ekstrak bunga ceri di dalamnya juga memberikan hidrasi sepenuhnya kepada kulit kepala dan seterusnya menjadikan rambut anda lebih ringan dan berkilat. Wangian syampu ini juga mampu memberikan anda kesegaran yang berpanjangan kepada anda setiap hari.

Jason Dandruff Relief Treatment Shampoo

Bagi lelaki yang mencari syampu khas untuk digunakan di bawah cuaca di Malaysia, syampu keluaran Jason mungkin yang dicari-carikan kerana ianya sesuai digunakan untuk cuaca yang panas dan lembap seperti Malaysia. Syampu ini merawat dan mengawal kelemumur secara tradisional dan bahan-bahan semulajadinya menjadikannya selamat untuk digunakan secara berterusan.

Ianya tidak mempunyai bahan kimia yang berbahaya seperti Paraben, SLS, Petrolatum, Pewarna, dan Phthalates. Penggunaan sebanyak tiga kali seminggu mampu mengurangkan kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit kepala. Syampu ini akan memberikan kelembapan berpanjangan tidak seperti syampu anti kelemumur di pasaran yang lain.

Bukan itu sahaja, penggunaan syampu ini secara berterusan juga mampu menyembuhkan penyakit kulit kepala yang kronik seperti Dermatitis Seborea sekaligus meningkatkan kesihatan rambut anda.