Zaman berteknologi moden ini telah membenarkan ramai penonton televisyen untuk menikmati pelbagai siaran televisyen walaupun siaran yang tidak terdapat di Malaysia sendiri.

Sekarang, satu peranti yang dikenali sebagai Android TV Box telah menjadi tumpuan ramai penduduk di Malaysia dimana ianya digunakan untuk menyiarkan pelbagai siaran TV dari seluruh dunia tanpa apa-apa caj tambahan.

Oleh kerana pengenalan TV Box itu, banyak jenama TV Box yang telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan para pengguna terutamanya di Malaysia. Di sini kami senaraikan 7 Android TV Box yang terbaik di Malaysia.

TX3 Mini Android TV Box S905W 2G

Android TV Box TX3 mini ini telah direka khas untuk pengguna yang tinggal di Asia. Ianya telah diprogramkan untuk mengemaskini semua filem dan drama televisyen terkini secara automatik. Android TV Box TX3 mini ini mempunyai saiz simpanan sebanyak 16GB bagi membolehkan anda untuk menyimpan ratusan filem dan drama televisyen yang anda minati.

Kuasa memori sebanyak 2GB juga memberikan anda peluang untuk melayari filem dan siaran tersebut tanpa sebarang gangguan. Ia juga mempunyai ciri kualiti gambar tertinggi yang boleh dipilih iaitu 4K Ultra HD untuk memberikan anda kepuasan maksimum dalam menyediakan gambaran yang sangat jelas yang sama seperti menonton filem di wayang.

Ianya merupakan Android TV Box yang paling berpatutan harganya di pasaran.

MXQ Pro 4K Smart Android TV Box

MXQ Pro 4K Smart Android TV Box ini mampu menyiarkan lebih daripada 10,000 siaran bagi menambahkan pilihan siaran yang sedia ada. Android TV Box ini juga mempunyai ciri kualiti gambar tertinggi iaitu 4K dalam memberikan gambaran yang sangat jelas kepada anda sekaligus meningkatkan kepuasan untuk menonton filem dan siaran televisyen yang anda minati. Android TV Box ini datang bersama dengan simpanan sebanyak 8GB dan kuasa memori sebanyak 1GB.

Harganya yang murah membuatkan MXQ Pro 4K Smart ini salah satu Android TV Box yang berpatutan di pasaran dan mampu dibeli oleh semua pengguna.

X92 TV Box Octa-core Wi-Fi HD

X92 TV Box merupakan salah satu TV Box yang diminati ramai oleh kerana kuasa memori dan simpanannya yang agak tinggi iaitu masing-masing sebanyak 3GB dan 16GB. Kuasa memorinya sebanyak 3GB membolehkan TV Box ini untuk menyiarkan filem dan siaran televisyen dalam kualiti yang tinggi dan dalam masa yang singkat tanpa menunggu terlalu lama.

Simpanan sebanyak 16GB ini pula memberikan anda pilihan untuk menyimpan puluhan dan ratusan filem-filem dan siaran-siaran yang anda minati sekiranya anda tidak sempat untuk menontonnya pada masa itu. Android TV Box ini juga mempunyai kuasa memproses maklumat sebanyak 8 kali ganda berbanding Android TV Box yang biasa sekaligus dapat menyiarkan pelbagai filem dan siaran dengan lebih pantas lagi.

X92 Amlogic S912 3GB RAM 32GB ROM TV Box

X92 Amlogic S912 merupakan Android TV Box yang diperbaharui daripada model X92 biasa. Kuasa memorinya dikekalkan sebanyak 3GB dan hanya memori simpanan yang telah ditambah daripada 16GB kepada 32GB bagi membolehkan anda untuk menyimpan lebih banyak siaran dan filem yang anda minati. Android TV Box ini juga mempunyai ciri kualiti gambar tertinggi iaitu 4K dalam memberikan gambaran yang sangat jelas kepada anda sekaligus meningkatkan kepuasan untuk menonton filem dan siaran televisyen yang anda minati.

Ciri pemproses grafiknya yang tinggi membolehkan anda untuk bermain permainan tanpa sebarang gangguan dan sekatan sambil mengekalkan kualiti gambaran yang sangat jelas. Harganya agak mahal daripada S92 TV Box biasa tetapi masih dikira sebagai berpatutan jika hendak dibandingkan dengan spesifikasinya yang tinggi.

Huawei EC6108V9 STB Android Quadcore TV BOX

Jenama Huawei sudahpun dikenali ramai terutamanya dalam pasaran telefon pintar pada masa kini. Huawei Android TV Box ini telah diberikan kepada TM unifi bagi penggunaan HyppTV dan sekaligus kita dapat menyimpulkan bahawa TM sendiri percaya akan kualiti TV Box ini. Ciri utama Huawei TV Box ini adalah ianya mempunyai kuasa pemprosesan sebanyak 4 kali ganda iaitu ARM Quad Core Cortex A7 yang membolehkan untuk para pengguna menyiarkan pelbagai siaran dan filem tanpa sebarang gangguan.

Dengan perkhidmatan AirPlay dan DLNA juga, anda dapat menjadikan telefon pintar anda sebagai pengawal siaran bagi TV Box ini. Saiz simpanan sebanyak 8GB ini juga membolehkan anda menyimpan lebih banyak siaran dan filem yang anda minati untuk tontonan masa hadapan. Harganya sangat murah dan berpatutan serta mampu untuk diperoleh dan dibeli oleh semua orang.

Original Xiaomi Mi Box 3 4K Android TV Box

Sekiranya anda sedang mencari Android TV Box yang berkualiti tinggi tanpa menghiraukan harganya, jadi pilihlah Xiaomi Mi Box 3 Android TV Box. TV Box buatan Xiaomi ini menyediakan siaran 4K 60fps dalam memberikan anda kualiti gambaran yang jelas dan tinggi sekaligus meningkatkan kenikmatan ketika menonton filem dan siaran televisyen yang anda minati.

TV Box ini juga membolehkan anda untuk menyiarkan siaran dan filem di televisyen anda yang bersaiz besar tanpa mengurangkan kualiti dan kejelasan gambaran tersebut. Kuasa memori sebannyak 2GB juga membenarkan anda untuk melayari filem dan siaran televisten dalam talian tanpa sebarang gangguan.

Tanix TX2-R2 RK3229 KODI 4K with Android 6.0

Tanix Android TV Box ini mempunyai system operasi android yang terkini iaitu Android 6.0 bersama kuasa pemprosesan ARM Cortex A7. Ia juga mempunyai kuasa memori sebanyak 2GB dan simpanan memori sebanyak 16GB. Ini bermakna anda boleh menonton filem dan siaran televisyen dalam talian pada kualiti yang tinggi tanpa sebarang gangguan dan mampu untuk menyimpan puluhan dan ratusan siaran dan filem untuk tontonan pada masa hadapan.

Satu slot kad memori tambahan juga disediakan di dalam android TV Box ini sekiranya simpanan memori yang sedia ada tidak mencukupi dan penuh. Tanix ini juga memberikan kepuasan maksimum kepada pengguna apabila mereka dapat memilih kualiti gambaran yang tertinggi iaitu 4K yang menggantikan 1080p dalam memberikan gambaran tontonan yang sangat jelas kepada para penonton.