Foundation merupakan satu alat solek yang membantu menutupi segala cela pada muka termasuklah jerawat, parut dan bintik-bintik hitam supaya wajah kelihatan lebih cantik dan sempurna.

Kini, foundation telah dikeluarkan dalam bentuk bedak asas (cushion foundation) bagi memudahkan para wanita menyapunya pada kulit wajah pada kuantiti yang sekata tanpa perlu mengambil masa berjam-jam ketika bersiap. Bedak asas ini membenarkan anda memakainya dengan lebih semulajadi iaitu dimana ianya lebih ringan daripada foundation biasa anda.

Pelbagai jenis cushion foundation atau bedak asas telah dikeluarkan bagi memenuhi permintaan wanita ke arah wajah yang lebih cantik dan menawan. Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 cushion foundation atau bedak asas yang terbaik untuk kulit kering.

The Face Shop - Oil Control Water Cushion SPF50+

The Face Shop merupakan pengeluar produk kecantikan dan kesihatan wajah yang terkenal di seluruh dunia. Kini, mereka telah mengeluarkan satu bedak asas jenis lembap yang mampu mengawal kadar minyak pada wajah anda.

Ia menawarkan penutupan penuh pada muka dan mampu menutup apa-apa jenis cela dengan sempurna tanpa perlu membeli produk sapuan tambahan. Bukan itu sahaja, bedak asas ini juga mengandungi SPF50+ yang dapat melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan. Tambahan pula, ciri kelembapan dalam bedak asas ini menjadikannya amat sesuai untuk digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah kulit kering.

Some By Mi Cover Killing Cushion 2.0

Produk foundation daripada Korea ini mengandungi campuran 20 tumbuhan yang akan memberikan penutupan kulit penuh yang lebih kuat dan lembut. Produk Some by Mi ini juga telah memasukkan cecair Daun Pokok Teh yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan kelembapan wajah ketika menyapunya.

Foundation ini juga mengandungi SPF50+ yang dapat melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, bedak asas ini juga selamat untuk digunakan kerana telah diuji oleh pakar dermatologi dan tidak akan memberikan apa-apa kegatalan dan iritasi kulit kepada penggunanya. Ianya satu foundation yang selamat untuk kulit sensitif terutamanya bagi wanita yang mempunyai masalah kulit kering.

Laneige BB Cushion Whitening EX

Bagi wanita yang inginkan kesan foundation yang mampu mencerahkan kulit wajah, Laneige telah mengeluarkan produk bedak asas yang mampu memberikan kesan cerah ketika anda memakainya. Bukan itu sahaja, bedak asas ini juga dapat melembapkan kulit wajah anda, meningkatkan tempoh pencerahan dan mengurangkan kusam selama 12 jam pemakaian foundation ini.

Ramuan teknologi khusus yang terkandung dalam produk ini menjadikannya sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa. Reka bentuknya yang kecil bersama ciri kalis air yang terdapat dalam bedak ini membuatkannya sesuai untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.

SILKY GIRL Magic BB Cushion

Silky Girl telah pun terkenal sebagai pembekal alat solek berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan di Malaysia. Bedak asas yang dikeluarkan oleh Silky Girl ini mengandungi SPF50+ yang memainkan peranan dalam melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan.

Ia telah diformulasi khas dan sesuai digunakan untuk orang Asia berikutan dengan cuaca panas yang mereka alami setiap hari. Bukan itu sahaja, foundation ini juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya wanita yang mempunyai kulit kering terima kasih kepada ciri kelembapan yang terkandung di dalam bedak ini.

3CE - Fitting Cushion Foundation

Kekalkan kesegaran wajah anda bersama cushion foundation keluaran 3CE yang membantu mengelakkan bintik-bintik hitam dan kulit kusam. Formula khas yang terkandung dalam foundation ini melekat kepada kulit serta-merta dan dengan mudah di samping memberikan penutupan cela sepenuhnya sama seperti produk foundation cecair.

Ia juga membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan penampakan kedutan dan garisan muka supaya wajah anda kelihatan lebih cerah dan muda sepanjang masa. Bedak asas ini juga menyediakan perlindungan sinaran ungu yang memainkan peranan dalam melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan.

LANCÔME - Teint Idole Ultra Cushion Foundation

Foundation bebas minyak LANCÔME ini merupakan foundation yang berinovatif dalam memberikan penutupan penuh pada semua cela pada wajah anda secara berpanjangan. Teknologi uniknya yang telah dipatenkan membantu mengurangkan kadar pemakaian foundation ini dengan meningkatkan tempoh ketahanan sapuan foundation ini pada wajah anda.

Bukan itu sahaja, foundation ini juga mampu memberikan kelembapan yang tinggi kepada wajah anda dan sangat sesuai digunakan oleh wanita yang mempunyai masalah kulit kering. Saiznya yang kecil memudahkannya untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi.

Mamonde - Brightening Cover Watery Cushion

Foundation tahan lama ini telah dikeluarkan bertujuan untuk mencerahkan kulit wajah anda dengan formulanya yang unik. Dengan menggunakan teknik pudar, ia akan mengurangkan penampakan cela dan pori-pori dan seterusnya menjadikan kulit wajah lebih cantik dan sempurna.

Foundation ini juga mengandungi SPF50+ yang dapat melindungi kulit wajah anda daripada kerosakan kulit akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan di samping kelihatan lebih cantik setiap hari. Bukan itu sahaja, foundation ini juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutamanya wanita yang mempunyai kulit kering terima kasih kepada ciri kelembapan yang terkandung di dalam bedak ini.

Kesimpulannya, walaupun terdapat banyak jenis produk bedak asas telah dikeluarkan di pasaran, berhati-hatilah ketika memilih bagi mengelakkan daripada terbeli produk yang palsu yang mungkin akan menjejaskan kesihatan kulit wajah anda oleh kerana harganya yang terlampau murah daripada yang tulen.