Ianya memang tak dapat dinafikan betapa terujanya anda sebagai seorang ayah atau ibu apabila menanti-menantikan kelahiran anak anda sama ada lelaki atau perempuan.

Disebabkan oleh penantian tersebut, ramai pasangan akan membuat persediaan secukupnya dari segi penyediaan pakaian dan juga pembelian barangan bayi seperti lampin. Kini, oleh kerana saiz lampin berbeza mengikut tumbesaran bayi dan kanak-kanak, pelbagai jenama lampin telah mengeluarkan lampin khusus untuk bayi yang baru lahir.

Hampir kesemua tanda lampin bayi baru lahir akan ditandakan sebagai NB iaitu newborn atau dalam istilah Melayunya adalah bayi baru lahir. Tak semua jenama menawarkan saiz khas yang sesuai dengan bayi anda yang baru lahir. Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 jenama lampin terbaik untuk bayi baru lahir anda di Malaysia.

Drypers Wee Wee Dry Newborn

Drypers sememangnya jenama lampin yang terkenal di seluruh Asia. Bagi lampin pengeluaran khas untuk bayi baru lahir, Drypers telah menambahbaik ciri lampin mereka supaya ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah bayi yang mempunyai kulit kering dan sensitif.

Penutupnya juga diperbuat daripada 100% kain yang membolehkan aliran udara yang lancar terhadap bayi yang memakainya. Jika bayi anda kerap kencing, jangan risau kerana ia mempunyai lapisan penyerap yang lembut yang dapat menyerap najis dan air kencing tanpa melekit di kulit bayi. Ini akan membolehkan bayi anda berada dalam keadaan selesa walaupun telah lama memakai lampinnya.

BELI SEKARANG

Pampers Baby Dry Tape Diapers New Born

Jenama Pampers kini diperbuat dari Jepun. Ia mempunyai kadar penyerapan yang sangat tinggi dimana boleh tahan sehingga 12 jam tanpa bayi anda rasa melekit dan gatal di kulit mereka. Lampin ini juga dibuat secara khas bagi memberikan aliran udara sepenuhnya untuk mengelakkan daripada kemerahan dan kegatalan di samping memberikan keselesaan kepada bayi anda.

Ia juga mempunyai lapisan penyerap yang lembut yang dapat menyerap najis dan air kencing tanpa melekit di kulit bayi. Ini akan membolehkan bayi anda berada dalam keadaan selesa walaupun telah lama memakai lampinnya. Kulit bayi anda yang lembut juga akan terjaga terima kasih kepada penutup kapasnya yang sangat lembut. Ia sememangnya lebih ringan dan selesa berbanding daripada lampin Pampers yang sebelumnya.

BELI SEKARANG

MamyPoko Organic Cotton Extra Dry Skin Tape NB

Jika anda inginkan lampin yang mampu memberikan keselesaan yang berpanjangan tanpa perlu risau menukar lampin sepanjang masa, anda boleh cuba lampin bayu baru lahir keluaran MamyPoko ini. Lampin ini mempunyai ciri gelombang penyerapan pantas bagi penyerapan air kencing yang lebih cepat dan juga memberikan pengudaraan yang baik untuk mengelakkan daripada kegatalan.

Lampin ini diperbuat daripada kapas organik jadi anda tak perlu risau akan menjejaskan kulit bayi baru lahir anda yang lembut. Bukan itu saja, ia juga mempunyai perlindungan kebocoran dimana ianya mampu menyerap sehingga 12 jam tanpa sebarang masalah. Jika anda ingin tahu sama ada lampin bayi anda sudah penuh atau tidak, terdapat satu tanda basah yang diletakkan khas sebagai petunjuk kepada ibu bapa bahawa lampin anak mereka perlu ditukar.

BELI SEKARANG

Huggies Dry Diapers NB

Lampin keluaran Huggies telah digunakan ramai sejak dahulu lagi. Kini, dengan kemajuan teknologi, Huggies telah menghasilkan lampin keluaran khas untuk bayi baru lahir yang mempunyai 1000 lubang kecil bersaiz mikro yang membantu meningkatkan kadar serapan air kencing dan najis. Ia sekaligus mengelakkan bayi anda daripada rasa tidak selesa apabila memakainya dalam jangka masa yang lama.

Bayi yang cirit-birit juga akan menjadi lebih selesa terima kasih kepada sistem pengasingan najis yang dibuat dalam lampin ini. Sistem ini dapat mengelakkan najis cair keluar semula daripada lampin dan terkena kulit bayi dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada kulit gatal. Seperti lampin yang lain, Huggies juga mempunyai aliran udara 100% supaya bayi anda akan menjadi lebih selesa memakainya dalam jangka masa yang panjang.

BELI SEKARANG

PETPET Jumbo Pack NB

Petpet juga salah satu daripada jenama lampin yang kerap digunakan di Malaysia. Kini, dengan keluaran khas untuk bayi baru lahir, Petpet menawarkan keselesaan yang tinggi kepada bayi anda terutamanya dalam penggunaan jangka masa panjang.

Ianya diperbuat daripada kapas lembut supaya dapat memastikan bayi anda lebih selesa dan dapat mengelakkan daripada kulit gatal dan kasar apabila memakainya terlalu lama. Lampin ini juga dilengkapi dengan sistem kadar penyerapan yang pantas supaya air kencing bayi anda dapat diserap sepenuhnya tanpa melekat di kulit bayi anda. Petpet ini merupakan lampin berkualiti yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.

BELI SEKARANG

MIKUBI Diapers - New Born

Jika anda sedang mencari lampin yang murah dan berpatutan kerana anda mempunyai kekangan wang, anda boleh cuba lampin jenama Mikubi untuk bayi anda. Ianya ditawarkan pada harga yang murah untuk ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan.

Walaupun harganya murah, ia tetap menawarkan ciri penyerapan pantas dan aliran udara yang baik seperti jenama lampin yang lain. Bukan itu saja, ianya juga sangat lembut dan selesa untuk pemakaian jangka masa panjang. Anda bolehlah mencubanya jika anda tak mampu untuk membeli lampin jenama lain.

BELI SEKARANG

Offspring Featherlite Ultra-Thin Newborn Diapers

Bagi ibu bapa yang risau akan kulit bayi mereka yang lembut dan licin, anda bolehlah cuba lampin keluaran Offspring ini. Ianya diperbuat daripada bahan yang sangat nipis tapi lembut untuk kulit bayi baru lahir anda yang sensitif dan licin. Walaupun ianya nipis, lampin ini juga mampu menyerap air kencing bayi anda dengan pantas tanpa menampakkan ketulan pada lampin anak anda. Ia juga diperbuat daripada bahan organik tanpa menggunakan haiwan atau pokok.

BELI SEKARANG

Akhir kata, terdapat banyak jenis keluaran lampin pada masa kini. Anda hanya perlu bijak memilih dan mencuba satu per satu sebelum anda membeli dalam kuantiti yang banyak untuk bayi anda. Ini untuk memastikan lampin yang anda belikan itu sesuai dengan kulit anak anda.