Bibir yang kering bukan saja memberi kesan kepada penampilan wajah kita malah kita akan berasa sakit apabila kulit bibir kita terkoyak. Bibir yang kering sering dikaitkan dengan pengambilan air yang sedikit, kekurangan kelembapan, ketidakcukupan nutrien pada bibir dan lain-lain.

Namun begitu, tak semua punca bibir kering datang daripada sumber yang sama. Perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan anda untuk mencegah terlebih dahulu supaya bibir kita sentiasa lembap dan mengurangkan risiko untuk menjadi kering. Terdapat banyak produk lip balm yang dikeluarkan di pasaran untuk mengatasi masalah bibir kering.

Kita perlu pilih dengan betul produk tersebut supaya ianya tak mengandungi bahan kimia yang berbahaya yang boleh merosakkan lagi kulit bibir kita. Oleh itu, di bawah kami senaraikan 7 lip balm terbaik untuk atas masalah bibir kering dan sensitif.

NIVEA Lip Care Caring Lip Balm

Nivea merupakan produk kecantikan yang dikenali ramai. Ia bukan saja mengeluarkan produk rambut dan badan malah juga terlibat dalam pengeluaran lip balm khas untuk pengguna yang mempunyai masalah bibir kering dan sensitif. Lip balm ini sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan oleh kedua-dua lelaki dan perempuan.

Penjagaan bibir ini menyediakan kelembapan yang berpanjangan kepada bibir anda supaya bibir anda kelihatan lebih sihat dan segar. Ia tidak mengandungi apa-apa bahan kimia berbahaya dan ramuannya membantu melindungi bibir anda daripada sinaran UVA dan UVB yang merbahaya. Berikan hidrasi sepenuhnya terhadap bibir anda dengan lip balm keluaran Nivea ini.

BELI SEKARANG

VASELINE Lip Balm Therapy Rosy

Jika anda ingin mendapatkan produk yang kebanyakannya mengeluarkan produk melembapkan kulit dan badan, maka vaseline mungkin jenama yang anda cari selama ini. Vaseline telah banyak mengeluarkan pelbagai produk kulit dan kini lip balm keluaran terbarunya menjadi tumpuan ramai dalam usaha untuk mengatasi bibir kering.

Ianya merupakan terapi bibir dalam memperbaiki kulit bibir anda daripada kehitaman dan merekah akibat daripada kulit bibir yang kering. Penggunaan lip balm ini secara berpanjangan akan memberikan sinar dan warna lembut kepada bibir anda.

BELI SEKARANG

Yves Rocher Shea Butter Lip Balm

Bagi pengguna yang mempunyai kesan bibir kering yang teruk, anda boleh dapatkan lip balm keluaran Yves Rocher ini. Ia mengandungi ekstrak mentega Shea yang memainkan peranan untuk memperbaiki bibir yang rosak dan hitam. Penggunaan lip balm ini dapat memberikan keselesaan yang berpanjangan kepada anda kerana bibir anda yang kering akan menyerap kelembapan dengan pantas disebabkan oleh penggunaan ramuan ekstrak mentega shea ini.

Kesan untuk menghilangkan kulit bibir kering pada wajah anda adalah serta merta manakala proses pembaikan sepenuhnya memerlukan penggunaan yang berterusan. Bukan itu saja, ia juga mempunyai wangian menarik supaya anda berasa lebih selesa dan tenang apabila anda menghidunya.

BELI SEKARANG

Aloe Vera Lipstick 99%

Seperti yang kita sudah tahu, aloe vera atau ekstrak lidah buaya memberikan kelebihan yang banyak terhadap kelembapan kulit seluruh badan. Kini, ekstrak aloe vera ini datang dalam bentuk lipstik supaya anda lebih mudah membawanya dalam usaha untuk memperbaiki bibir kering anda.

Salah satu kebaikan yang dapat kita terima apabila menggunakan lipstik ini adalah bibir anda akan menjadi lebih segar dan sihat disebabkan oleh kandungan berkhasiat dan pelembap yang terdapat dalam gel aloe vera tersebut. Aliran darah di bibir anda juga akan berjalan dengan lebih lancar sekaligus menjadikan bibir anda menjadi merah jambu dan lebih bersinar.

BELI SEKARANG

KKOT Essence Lip Tint Balm

Lagi satu pelembap bibir anda yang berkesan adalah lip balm keluaran KKOT. Ianya sesuai digunakan oleh individu yang mempunyai masalah bibir kering dan ingin melembapkannya sepanjang masa tanpa perlu menyapunya setiap jam. Bukan itu saja, lip balm ini juga mengeluarkan bauan bunga yang harum di samping memberikan nutrien dan perlindungan kepada bibir anda.

Bibir anda akan terasa lebih lembut dan lembap tanpa berasa melekit atau berminyak. Perubahan warnanya bergantung kepada suhu badan anda yang berubah daripada merah jambu ke warna merah. Produk ini selamat untuk digunakan dan tidak mempunyai bahan kimia berbahaya.

BELI SEKARANG

Burt's Bees Natural Hydrating Colored Lipstick

Burt’s Bees juga telah mengeluarkan lipstik berwarna yang bertujuan untuk memberikan kelembapan penuh kepada bibir anda. Lipstik ini diperbuat oleh ramuan semulajadi seperti madu lebah, minyak bunga matahari dan mentega shea. Kesemua bahan-bahan ini direka khas untuk membantu anda mengatasi masalah bibir kering dan sensitif dengan lebih berkesan.

Ekstrak tumbuhan yang terdapat dalam ramuan ini juga dapat mengelakkan anda daripada gatal dan rasa tak selesa apabila menggunakan lipstik ini. Ia merupakan produk pelembap bibir yang sangat berkhasiat untuk kesihatan bibir anda.

BELI SEKARANG

Innisfree Canola Honey Lip Balm Intensive Moisture

Bagi individu yang mempunyai bibir sensitif, anda boleh dapatkan lip balm keluaran innisfree ini bagi kesegaran kelembapan bibir yang berpanjangan. Ianya mengandungi ekstrak madu kanola jeju dan minyak bunga matahari bagi membantu bibir anda menyerap nutrien penting dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan bibir anda. Bahan-bahan berkhasiat di dalam lip balm ini membuat lapisan tersendiri bagi mengelakkan daripada bibir anda menjadi kering. Bibir anda akan berasa lebih segar dan sihat apabila menggunakan lip balm keluaran Innisfree ini.

BELI SEKARANG

Akhir kata, terdapat banyak lagi produk lip balm yang kami tak senaraikan di atas dijual di pasaran Malaysia. Anda dinasihati supaya memilih produk yang mempunyai kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bagi mengelakkan daripada kulit bibir anda rosak akibat bahan kimia berbahaya. Anda juga perlu dapatkan nasihat daripada doktor pakar anda jika bibir anda masih tak berubah atau menjadi rosak.