Kecantikan bagi wanita bukan sekadar bertujuan mahu menarik perhatian kaum Adam, tetapi sebagai simbol kekuatan dan kuasa serta bagi menambahkan lagi keyakinan diri si pemakai.

Dengan dunia serba canggih sekarang juga, bukan wanita berkerjaya sahaja yang berkeinginan dan pandai untuk bergaya dan bermekap seperti beberapa tahun dahulu. Kini, dengan lambakan capaian kepada kelas percuma atau video-video tutorial melalui laman web seperti YouTube, blog, mahupun kongsian laman sosial, anak-anak remaja sekarang pun sudah pandai menggunakan alat mekap persis MUA (Make-up Artist) dari Hollywood.

Lipstik, yang sinonim dengan warna merah yang juga adalah warna yang melambangkan kekuatan dan keberanian, menjadi keperluan asas bagi ramai wanita yang mementingkan penampilan diri. Sekarang pelbagai rona warna telah terhasil, dan dekad ini, penggemar mekap mula menyukai warna kusam (matte) berbanding warna yang terang.

Trend terkini juga memperlihatkan pengguna mula mencari produk yang tahan lebih lama dan tidak mudah tanggal supaya tidak perlu mengenakan mekap berulang kali. Sebagai contoh, dalam situasi cuaca panas terik, menyebabkan kebanyakan mekap biasa mulai “mencair”, dan kemudian si pemakai perlu mengenakan mekap kembali. Untuk mengelakkan situasi leceh sebegini, ramai pengeluar produk kosmetik mula menghasilkan lipstik yang bercirikan tahan lama.

Berikut adalah 7 lipstik tahan lama terbaik untuk naikkan seri wajah setiap hari.

MAC COSMETICS Retro Matte Liquid Lip Colour (5ml)

Jenama MAC sememangnya jenama terkenal di kalangan penggemar barangan kosmetik. MAC mengeluarkan banyak jenis lipstik. Selain daripada lipstik tradisional biasa, terdapat juga lipstik cecair. Terdapat 15 rona warna berbeza yang diberikan nama unik iaitu Dance With Me, Back In Vogue, Feels So Grand, Lady-Be-Good, To Matte With Love, Oh Lady, Fashion Legacy, Burnt Spice, Rich & Restless, High Drama, Topped With Brandy, Tailored To Tease, So Me, Carnivorous dan Quite The Standout.

Kebanyakan warna adalah variasi rona warna utama bagi merah, coklat dan ungu. Lipstik ini memberikan hasil cairan suede yang tahan lama.

MARC JACOBS BEAUTY Le Marc Liquid Lip Crayon (12.2g)

Lipstik krayon yang berkrim keluaran Marc Jacob ini boleh bertahan lama di bibir anda sehingga 16 jam lamanya! Inovasi “Ghost Pearl” yang memberi warna kusam berkilau. Kombinasi yang jarang dilihat pada produk lipstik lain. Dengan satu olesan sahaja, ia menghasilkan impak sensasi yang ketara serta tahan lama pada bibir mungil anda. Anda akan takjub dengan betapa ringannya ia terasa.

Membuatkan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa pada bibir anda. Tidak seperti kebanyakan produk lipstik lain yang anda akan selalu merasakan sesuatu tidak kena pada bibir. Tidak lipstik cecair ini, ia menceriakan wajah anda tanpa anda sedari.  

STILA Stay All Day Liquid Lipstick (3ml)

Dengan lambakan produk yang mempunyai bahan kimia kontroversi yang dikatakan berbahaya seperti paraben dan bahan berunsur sulfat, sememangnya wajar diambil langkah berhati-hati dalam pemilihan produk.

Jika anda bertekad mahu menghentikan penggunaan produk yang mempunyai unsur tersebut, sama ada demi kesihatan anda sendiri, keluarga, rakan ataupun alam semesta, maka ini adalah produk tepat buat anda, kerana pengeluarnya mengesahkan ketiadaan unsur-unsur kontroversi tersebut. Ianya diformulasi dengan pigmentasi tinggi, memerlukan hanya sedikit olesan tetapi mampu memberikan warna penuh yang sekata dan tahan lama.

GIVENCHY Rouge Interdit Marble (Limited Edition) (3.4g)

Kemasan marmar yang sangat dramatik ini adalah ciri karakter unik bagi produk Givenchy yang ramai daripada kita mungkin lebih terbiasa dengan produk minyak wanginya berbanding alatan soleknya. Lipstik edisi terhad ini hanya mempunyai dua warna iaitu merah dan merah jambu yang sangat terang menyala. Alami keajaiban genius ciptaan pigmen yang bertindak balas dengan tahap pH pada bibir anda untuk disesuaikan dengan semua jenis rona kulit.

REVLON Ultra HD Matte Lipcolor

Didatangkan dengan 9 pilihan warna pigmen berdimensi tinggi. Daripada warna yang biasa sehinggalah warna yang luar biasa menyerlah. Semuanya menaikkan seri wajah anda dan memberi keyakinan padu, sepadu warna-warna lipstik ini, dengan harga sangat berpatutan dan mampu milik untuk semua golongan.

Jangan tunggu lagi, dapatkan kesemua warna lipstik ini untuk koleksi peribadi lipstik terbaik kegemaran anda! Dengan teknologi terkini 100% gel bebas lilin, anda akan gembira kerana ia melembapkan bibir anda tanpa terasa terlalu berat dan mengganggu tumpuan anda kepada perkara lain dalam rutin seharian anda.

3INA The Longwear Lipstick (30ml)

Lipstik berkrim tanpa rasa terlalu melekit ini merupakan mutiara tersembunyi yang anda perlu belajar untuk menghargainya. Jenama generasi baru ini tidak terlalu dikenali, jika dibandingkan dengan jenama besar lain.

Tetapi semakin mendapat tempat di hati para peminat mekap di pelbagai negara, yang mencari produk yang menawarkan harga berpatutan, namun tetap berkualiti. Ia memberikan warna terang hebat yang kekal sebagai asalnya dan tidak akan pudar dari subuh sehinggalah senja.

NYX PROFESSIONAL MAKEUP Liquid Suede Cream Lipstick

Atasi keadaan wajah dan bibir kusam anda dengan mengenakan lipstik yang menghasilkan warna kusam (matte) ini. Hasil kusam yang lebih jitu ini menjadikan kekusaman sebagai suatu definisi kecantikan baru yang dinaikkan taraf. Lipstik NYX ini mempunyai seleksi 13 rona warna menarik yang bukan sahaja tahan lama dalam keadaan biasa tetapi sifatnya yang juga kalis air, membantu ia kekal bertahan walaupun bibir anda terkena air.