Apabila anda hendak pergi melancong sama ada dalam jangka masa yang panjang atau pendek, anda pasti memerlukan beg atau dalam bahasa Inggerisnya luggage yang besar dan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk kemudahan semasa anda travel.

Kini, pelbagai jenis beg atau bagasi telah dikeluarkan oleh pelbagai jenama yang menawarkan ciri-ciri seperti keselamatan dan ketahanan yang tinggi bagi melindungi barang-barang dalam bagasianda daripada dicuri ketika memasuki kargo dan daripada rosak akibat daripada jatuh atau hentakan yang kuat.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 luggage yang terbaik sebagai teman sejati ketika anda travel dan berjalan melihat tempat orang.

[Stag-Out] Pacific Ultralight Protector ABS HardCase 24" Luggage

Stag-Out telah banyak mengeluarkan bagasi pelbagai saiz yang bercirikan sarung keras yang mampu untuk memberikan perlindungan maksimum kepada barang-barang peribadi anda terutamanya ketika bagasianda jatuh, dipijak dan menerima hentakan yang kuat.

Bahagian luarannya diperbuat oleh bahan ABS yang memberikan ketahanan dan keanjalan yang tinggi. Bagasi ini juga dilengkapi oleh pemegang yang boleh ditarik balik dan juga sistem pelbagai roda senyap yang mampu berpusing dalam 360 darjah bagi memudahkan anda untuk bergerak dalam pelbagai arah tanpa apa-apa halngan.

Ianya juga mempunyai kunci dail 3 kod angka bagi melindungi barang-barang daripada diambil dan dicuri tanpa pengetahuan anda. Bahagian dalam bagasi ini diperbuat oleh kain jenis poliester untuk memberikan perlindungan tambahan kepada barang-barang anda.

Sekiranya anda sedang mencari bagasi yang mempunyai ketahanan yang tinggi dan pada harga yang berpatutan, maka Stag-Out boleh menjadi pilihan pertama bagasi anda.

Urbanlite Iron-X 3in1 20"+24"+28" Hard Case Luggage

Bagasi 3 dalam 1 ini mampu menarik perhatian anda semua dengan kelengkapan keselamatan dan ketahanan yang tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

Urbanlite menawarkan tiga bagasi yang berlainan saiz sebagai kemudahan semasa anda travel. Roda 360 darjah membenarkan pergerakan yang senyap dan lembut atas pelbagai jenis permukaan sambil memastikan jumlah berat kandungan dalam bagasi di bahagikan dengan sempurna supaya roda tersebut tidak mudah patah atau rosak.

Luggage ini direka bentuk dengan corak timbul supaya dapat memberikan perlindungan dua kali ganda kepada barang-barang anda di dalamnya. Sistem pemegangnya juga boleh diubah mengikut ketinggian yang selesa dan membuatkan bagasi yang berat mudah untuk dikawal. Luggage ini sangatlah sesuai bagi yang mencari bagasi berlainan saiz dan pada harga yang berpatutan.

LA LIBERTA 20" High Quality ABS Hard Case Travel Luggage

Sekiranya anda mempunyai bajet kecil dan ingin mencari bagasi yang bersaiz kecil dan mepunyai ketahanan yang tinggi, maka bagasi la liberta yang sesuai untuk kegunaan anda. Bagasi ini dijual pada harga yang amat berpatutan dan menawarkan perlindungan berpanjangan dengan bahan-bahan luarannya yang diperbuat oleh ABS.

Ianya juga mempunyai roda yang boleh berpusing sehingga 360 darjah tanpa apa-apa halangan. Kunci keselamatan yang diperbuat dengan 3 kod kombinasi memberikan anda perlindungan berpanjangan terhadap barang-barang peribadi dan berharga anda. Bagasi ini merupakan bagasi yang mudah untuk dibawa dan sangat sesuai bagi anda yang tidak mempunyak bajet yang tinggi oleh kerana harganya yang ditawarkan pada yang harga yang murah dan berpatutan.

Jean Francois Cosmo 24" 4 Wheels Trolley Hard Case Luggage

Bagasi berkualiti tinggi mempunyai permukaan keras dan anti-calar bagi melindungi barang-barang berharga anda sambil mengekalkan kecantikan dan keunikan bagasi tersebut. Bahagian luarannya diperbuat oleh bahan ABS yang mampu meningkatkan ketahanan dan keanjalan bagasi tersebut terutamanya ketika jatuh, terhentak ataupun dipijak.

Bahan-bahan yang dapat menyerap gegaran impak menjadikannya bagasi yang amat sesuai untuk semua jenis kegunaan. Bagasi ini dilengkapi oleh tali pengikat dan zip pengasing bagi mengelakkan pergerakan bebas barang-barang di dalam beg dan sekaligus memberikan kekemasan sepenuhnya kepada baju dan pakaian anda.

Ianya juga dilengkapi dengan roda yang boleh berpusing sehingga 360 darjah dengan senyap dan lembut. Bagi yang mempunyai bajet yang tinggi, bagasi Jean Francois Cosmo ini semestinya dijadikan pilihan utama anda.

Travel Star SD Series 2 in 1 Luggage

Travel anda akan menjadi lebih mudah dan teratur dengan bagasi Travel Star 2 dalam 1 ini. Bagasi bercorak berlian ini datang dalam dua jenis warna iaitu hitam atau ungu bagi memudahkan anda untuk mengetahui yang mana satu bagasi kepunyaan anda terutamanya ketika berada dalam kelompok umum yang ramai di lapangan terbang nanti.

Ia mampu memuatkan semua barang-barang berharga anda dan saiz 20 incinya boleh dibawa menaiki lapangan terbang kerana ianya mematuhi saiz yang dibenarkan di dalam kabin. Dengan kelengkapan pemegang kuat bersama 4 roda senyap pada bagasi tersebut, anda kini boleh menarik bagasi anda dalam pelbagai arah dengan lebih yakin lagi.

Beratnya yang ringan membolehkan anda untuk membawa malah mengangkatnya dengan lebih mudah.

Danny Bear Travel Series 20" / 24" Luggage

Danny Bear travel series ini menawarkan bagasi jenis lembut sebagai kemudahan ketika anda travel. Ianya juga dilengkapi oleh kunci keselamatan TSA yang bercirikan 3 kod angka dan kunci untuk perlindungan maksimum terhadap barang-barang peribadi dan barang berharga anda.

Kain bagasi ini diperbuat oleh poliester yang mampu bertahan dalam pelbagai situasi dan tidak mudah koyak. Bagasi ini juga dilengkapi oleh empat roda 360 darjah yang boleh berpusing dan bergerak ke pelbagai arah dengan mudah dan lembut. Ia menjadikannya sebagai salah satu bagasi yang amat sesuai digunakan untuk travel oleh kerana beratnya yang ringan dan ketahanannya yang tinggi.

Lotus Abs Hardcase Luggage Set (2 in 1) LT6111

Bagasi Lotus Abs ini dilengkapi dengan ruangan luas yang membolehkan anda untuk mengisikan bagasi anda dengan pelbagai barang termasuklah pakaian dan barang berharga anda dengan mudah. Ianya datang dengan kunci kombinasi yang memberikan perlindungan berpanjangan terhadap barang-barang berharga anda.

Bahagian luarannya juga diperbuat oleh bahan ABS dan mampu bertahan terhadap jatuh, hentakan, dan pijakan oleh kerana cirinya yang boleh menyerap impak gegaran luaran. Rodanya yang boleh berpusing sehingga 360 darjah membolehkan anda untuk bergerak dengan mudah dalam pelbagai arah tanpa apa-apa halangan.

Harganya yang berpatutan menjadikan bagasi ini salah satu bagasi yang harus dimiliki oleh semua.