Anda mesti pernah dengar tentang produk Qu Puteh atau Terlajak Laris yang menjanjikan bukan sahaja rawatan kesihatan dalaman seseorang yang menggunakannya malah memberikan kulit yang cantik, berseri dan menampakkan kulit yang lebih cerah.

Produk tersebut merupakan produk kolagen yang telah diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan, herba dan lain-lain yang direka khas untuk memberikan kesihatan yang baik disamping mencantikkan kulit muka dan badan anda.

Ianya merupakan salah satu produk yang digemari ramai oleh penduduk Malaysia. Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 minuman kolagen terbaik dan terlaris ketika ini di Malaysia.

Lennox Firm Up Forte Collagen Drink

Minuman kolagen Lennox ini mempunyai antioksida OPC dimana 50 kali ganda lebih berkuasa daripada Vitamin E dan 20 kali ganda lebih baik daripada Vitamin C. Ianya sesuai digunakan untuk memberikan ketegangan kepada kulit anda supaya anda kelihatan lebih muda dan cantik.

Antioksida memainkan peranan penting dalam menyediakan nutrien-nutrien istimewa untuk kesihatan kulit anda. Kolagen ini juga mengandungi bioflavonoid yang terdapat dalam ekstrak biji anggur untuk menguatkan sel-sel dalam kulit yang rosak akibat daripada kotoran dan pancaran sinaran matahari yang berpanjangan. Pengambilannya juga amatlah mudah. Anda hanya perlu masukkan serbuk kolagen dalam botol, goncangkan dan minum. Ianya begitu mudah untuk cantik dan sihat.

Suriku Collagen Jelly

Kolagen Suriku ini telah direka khas bagi membantu menghilangkan jeragat pada muka anda. Bukan itu sahaja, ianya juga bertindak dalam mencerahkan kulit anda dari dalam dan sekaligus menghilangkan segala bintik-bintik hitam yang terdapat pada kulit anda. Harganya yang berpatutan juga menjadikannya salah satu produk kolagen yang diminati ramai terutamanya oleh pihak gadis yang inginkan kulit muka tanpa cela dan jerawat.

Kolagen ini direka dalam bentuk jeli dan mudah untuk dibawa ke mana-mana kerana ianya disediakan dalam bentuk sachet. Kesan yang paling pantas adalah seawal 7 hari selepas pengambilan setiap hari secara berterusan.

SophieKolly Collagen

Sekiranya anda sedang mencari kolagen yang berkesan dan harga berpatutan untuk mengekalkan kecantikan kulit anda, anda boleh cuba kolagen SophieKolly bagi mendapatkan kesan kecantikan seawal 14 hari setelah mengambilnya secara berterusan.

Kolagen ini mengandungi kandungan kolagen yang tinggi supaya dapat memberikan anda kesan yang lebih pantas berbanding produk kolagen di pasaran yang lain. Ianya tidak mempunyai perasa, pemanis atau pewarna tambahan dan dijamin lebih berkualiti dari segi kandungan kolagen yang dapat mengatasi semua masalah kesihatan kulit yang anda sering hadapi seperti jerawat, jeragat, bitnik-bintik hitam, kulit kusam dan lain-lain.

Minuman kolagen ini dapat mencerahkan kulit wajah anda, menjadikan kulit lebih tegang supaya keremajaan kulit anda dapat dikembalikan dan dapat mengatasi masalah jerawat dan jeragat yang anda sering hadapi sebelum ini. Ianya mudah untuk diambil dan satu botol mampu bertahan sehingga 44 hari.

Aurawhite Beauty - New Collagen Plus+

Produk kecantikan Aurawhite telah mengeluarkan minuman kolagen baru dimana akan memberikan pencerahan kulit sehingga 50% dalam hanya 1-2 minggu penggunaan. Di samping itu, kolagen ini juga dapat memberikan kesihatan dalaman yang baik seperti mengurangi sakit radang atau sendi, meningkatkan sistem imunisasi badan, memulihkan sel-sel kulit dan badan serta lain-lain lagi. Ianya merupakan minuman kolagen yang sesuai diminum oleh semua peringkat umur dan sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Dengan pengambilan minuman kolagen ini secara konsisten, anda dapat rasa lebih bertenaga sepanjang hari dan juga dapat meningkatkan kualiti tidur anda supaya anda dapat tidur dengan lebih nyenyak pada waktu malam.

Toujours Advanced Collagen

Produk Toujours ini sering diiklankan di kaca TV dan juga di papan iklan di lebuhraya PLUS. Namun begitu, tidak semua tahu akan kebaikan yang terkandung di dalam minuman kolagen ini. Produk Toujours ini diperbuat 100% daripada bahan-bahan semulajadi dan tanpa campuran bahan kimia yang menjadikannya selamat untuk diambil pada bila-bila masa oleh semua peringkat umur.

Kolagen ini dikeluarkan sebagai agen anti-penuaan supaya anda kelihatan lebih muda dan cantik. Kesan terawal penggunaan boleh dilihat sepantas 3 hari penggunaan. Ianya sesuai bagi yang mencari produk kolagen untuk memutihkan, mencerahkan dan menegangkan kulit muka dan badan.

Kinohimitsu Collagen Diamond

Kinohimitsu sudah terkenal sebagai pengeluar barangan kesihatan malah telah mengeluarkan produk minuman kolagen yang membantu memberikan kesihatan yang optimum kepada anda. Kolagen ini datang dalam bentuk botol kecil yang mudah untuk diambil dimana sahaja anda berada.

Ia mempunyai ekstrak jus buah plum yang dapat membantu melegakan pergerakan usus sekaligus mengelakkan daripada berlakunya sakit perut apabila anda meminumnya. Kolagen ini mengandungi kolagen diamond (berlian) sebanyak 5300mg yang akan memberikan kesan yang lebih pantas kepada anda dari segi mencerahkan kulit dan menegangkan sel-sel seluruh badan supaya anda kelihatan lebih cantik dan menawan.

Walaupun harganya agak mahal berbanding produk kolagen yang lain, namun ia menjadi tarikan semua wanita oleh kerana kesan yang diberikan amatlah pantas dan berkualiti tinggi.

Satin Skinz

Satin Skinz sudah lama berada di pasaran sebagai produk yang menjanjikan kepada kulit yang lebih cerah seawal 7 hari penggunaan. Bukan itu sahaja, satin skinz telah mengeluarkan produk kolagen baharu yang bukan sahaja mampu memutihkan kulit anda, malah dapat merawat kesihatan kulit seperti menghilangkan kedutan, menghilangkan bintik-bintik hitam dan memperbaiki tekstur kulit dengan menggantikan kulit mati dengan kulit yang baru. Kolagen keluaran Satin Skinz ini juga mampu menyekat pembentukan jerawat serta menghilangkan parut sekaligus menampakkan wajah lebih licin dan gebu.  

Semakin hari, semakin banyak produk kolagen yang dikeluarkan di Malaysia sama ada buatan tempatan atau luar negara. Pastikan produk kolagen yang anda berikan terdapat pengesahan dan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan kesan-kesan buruk yang tidak diingini.