Sibuk dengan tugasan seharian sama ada sebagai pelajar, pekerja atau pun juga suri rumah, kadang-kadang kita terlupa untuk menjaga kulit kita sehingga ianya kelihatan kusam dan tidak bermaya.  

Pencemaran udara sekarang juga ditahap kritikal sehingga memberi kesan kepada kesihatan kulit. Bagi melindungi kulit, disarankan untuk menggunakan moisturizer ataupun pelembab yang sesuai dengan kulit anda.

Selepas menarik perhatian dunia dengan muzik KPOP dan drama mengusik kalbu sejak beberapa dekad yang lalu, Korea kini diangkat sebagai ikon baru kecantikan dunia. Masyarakat sejagat semakin berminat dengan gaya hidup serta trend di Korea menyebabkan produk-produk Korea termasuk produk kecantikan mendapat permintaan ramai orang dari serata ceruk dunia.

Berikut adalah 7 moisturizer dari Korea yang terbaik untuk anda cuba!

LANEIGE Water Bank Gel Cream 50ml (RM 146.00)

Laneige adalah antara jenama produk kecantikan Korea Selatan yang agak terkenal. Ironiknya, perkataan Laneige diambil daripada bahasa Perancis yang bermaksud salji. Produk yang diberi nama Water Bank Gel Cream ini, mampu memberikan kesan lembut dan melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit apabila dipakai.

Ia berfungsi dengan mengaktifkan gen pelembapan yang berada di lapisan ke-20 kulit untuk meningkatkan penghasilan Faktor Kelembapan Semula Jadi (NMF) serta menguatkannya. Dengan penambahan dua formula baru iaitu Mini-hyaluronate dan Air-wetting yang mana menembus masuk ke dalam kulit dan menghalang lembapan daripada meninggalkan lapisan kulit itu serta memerangkap lembapan yang baru terbentuk dan mengikat lembapan dalam udara untuk membawanya kepada kulit. 24 jam kelembapan yang menyegarkan!

BANILA CO. Dear Hydration Balancing Moisturizer 70ml (RM 78.93)

Pelembab ini terus meresap ke dalam kulit, memberi kesan gebu melalui manfaat ekstrak buluhnya. Selain itu, ia mempunyai konsistensi seperti serum yang seterusnya membantu proses pelembapan yang lebih mendalam. Dear Hydration Balancing Moisturizer melindungi dan membersihkan dengan tetap mengekalkan keseimbangan lembapan dan minyak semula jadi pada kulit anda.

Ia juga direka bentuk bagi membantu asas mekap anda supaya lebih tahan lama. Anda akan sukakan produk ini sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, tekstur kulit tidak sekata dan kulit berminyak.

COSRX Oil-Free Ultra-Moisturizing Lotion (RM 69.00)

Losyen tanpa minyak yang sangat melembapkan kulit. Krim ini dibangunkan untuk membolehkan ianya digunakan bersama produk yang mempunyai kandungan BHA, AHA atau vitamin C lain tanpa mengakibatkan iritasi kulit. Produk ini mengandungi 70% birch sap iaitu satu bahan yang menenangkan dan mampu merawat kulit yang mengalami iritasi serta kulit sensitif.

Ia juga meningkatkan penghasilan semula kulit. Produk pelembab COSRX ini paling sesuai untuk anda yang mengalami kekeringan kulit akibat dari proses pengubatan jerawat, cuaca tidak menentu yang terlampau sejuk atau panas, serta kondisi kulit yang sensitif. Cara penggunaannya juga sangat mudah sesuai untuk penggunaan siang dan malam.

Mula-mula pakaikan penyegar dan kemudian sapukan produk ini ke serata bahagian yang dikehendaki, kecuali mata dan bibir, dengan menjadikannya satu lapisan nipis. Sapu sekali lagi pada bahagian yang mengalami kekeringan teruk.

COSRX Aloe Vera Oil Free Moisture Cream 100ml (RM 65.00)

Satu lagi produk moisturizer terhebat dan ekonomi daripada COSRX yang dihasilkan dengan intipati Aloe Vera atau bahasa Melayunya ialah lidah buaya. Ianya juga adalah produk bebas minyak. Lidah buaya sememangnya dikenali sebagai agen pelembab dan digunakan oleh orang-orang tua lama dulu dalam menangani isu kekeringan kulit.

Bagi produk ini, pati lidah buayanya adalah 200 kali pekat. Jadi, anda akan benar-benar dapat merasakan kesan penggunaan satu bahan bernama lidah buaya ini. Lidah buaya juga mempunyai nutrien seperti vitamin dan asid amino yang membantu kulit melecur dan melindungi kulit dari pancaran sinaran UV. Krim ini boleh disapukan ke wajah dan badan.  

THE FACE SHOP Dr. Belmeur Clarifying Moisturizer 120ml (RM 99.90)

Produk ini adalah salah satu daripada variasi pelembap dari jenama The Face Shop. Bagusnya tentang produk ini adalah produk penjagaan kulit hipoalergenik yang diformulasikan bagi membantu mengawal penghasilan sebum dan membantu mengekalkan keseimbangan air-minyak. Ringkasnya, ia adalah moisturizer yang dikhaskan untuk kulit bermasalah dan sangat sensitif.

Ini disebabkan oleh produk ini diformulasikan dengan bebas daripada 10 aditif kimia yang diketahui merbahaya atau bereaksi alahan dengan mereka yang berkulit sensitif. Antara aditif tersebut ialah paraben, pewarna sintetik, pewangi sintetik, trietanolamina, minyak mineral, Benzofenon-3, bahan haiwan, propilena glikol, talkum dan asid benzoik.

TONY MOLY Green Tea Watery Cream 60ml (RM 65.90)

Bahan utama dalam produk ini adalah ekstrak tulen tea hijau yang ditapai iaitu dalam bahasa asalnya dipanggil Chung Tae Jeon. Ia ditapai lebih daripada setahun yang membentuk satu bahan yang sangat mujarab dalam meningkatkan manfaat pada kulit. Sangat antioksidan, dan membantu melindungi dari unsur pencemaran dan kerosakan dari sinaran UV. Ia juga bersifat antibakteria.

23 YEARS OLD C-Tragel Cream 50g (RM101.00)

Diformulasikan daripada minyak sea buckthorn dan pelbagai minyak bijian lain yang berkesan membantu menguatkan kulit dan membentuk lapisan lembapan segar pada kulit dan mengekalkan tekstur dan kelembapan kulit.