Bagi kaum lelaki yang hendak pastikan mereka lakukan penjagaan muka yang rapi, sabun biasa tak mencukupi apabila hendak membersihkan muka anda daripada segala kotoran dan minyak.

Seperti golongan wanita yang memerlukan pembersih muka bagi menghilangkan kesan solekan dan makeup, kaum lelaki juga perlu memilih pembersih muka yang berkesan dalam memastikan wajah anda dapat dijaga dengan rapi dan mengelakkan daripada kemunculan sebarang jerawat dan jeragat timbul di wajah anda.  

Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 produk penjagaan muka terbaik untuk lelaki moden.

NIVEA MEN Cleanser

NIVEA sudah terkenal sebagai pengeluar barangan kesihatan dan kosmetik yang berkualiti tinggi untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Pembersih muka NIVEA Men ini khas untuk kaum lelaki dalam mengawal kadar minyak di wajah dan memberikan perlindungan yang berpanjangan terhadap kotoran, minyak dan habuk.

Semakin kurang kadar minyak di wajah anda, semakin rendah peluang untuk jerawat timbul di wajah anda. Di samping itu, pembersih ini juga dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan supaya wajah anda kelihatan lebih cerah, lembap dan menarik. Kesan penggunaan pembersih ini juga dapat dilihat seawal 7 hari dalam menampakkan wajah anda yang lebih tampan dan kacak.

Nanowhite Men Brightening Foam Cleanser

Pembersih Nanowhite Men ini mengandungi pelbagai vitamin bagi membantu membersihkan wajah anda sehingga ke liang pori bagi mengurangkan kadar minyak dan kotoran yang melekat pada permukaan kulit wajah anda. Bukan itu sahaja, pembersih muka ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri pemutih yang akan memberikan kulit wajah yang lebih berseri dan cerah secara berpanjangan.

Ianya juga sesuai untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan selamat digunakan oleh semua jenis kulit. Kulit anda akan berasa lebih nyaman dan segar setelah menggunakan pembersih muka nanowhite ini.

SK-II - MEN Moisturizing Cleanser

SK-II bukan sahaja pengeluar barangan kosmetik untuk wanita malah mereka juga telah mengeluarkan pelbagai produk kecantikan dan rawatan kulit untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.

Pembersih muka SK-II yang dilengkapi dengan pelembap ini mengandungi pati Pitera yang memainkan peranan dalam memberikan kelembapan kulit wajah secara berpanjangan dan mampu membersihkan wajah anda sehingga ke liang pori supaya semua kotoran, habuk dan minyak dapat dihilangkan sepenuhnya daripada wajah anda.

Pembersih ini juga mengandungi menthol yang akan memberikan kesegaran yang berpanjangan kepada wajah anda di samping membersihkan dan melembapkan wajah sepenuhnya. Pembersih ini sesuai dan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Erno Laszlo - Sea Mud Deep Cleansing Bar

Sekiranya anda lebih selesa menggunakan sabun pembersih berbentuk ketulan berbanding pembersih cecair, maka sabun keluaran Erno Laszlo ini sesuai untuk anda. Sabun ini bertindak sebagai lulur yang akan membuang semua kulit mati dan melembutkan permukaan kulit anda.

Ianya diperbuat oleh 97% bahan-bahan semulajadi yang akan meningkatkan kualiti kulit anda dengan terapi lumpur Laut Mati. Sabun ini juga mampu membersihkan permukaan kulit wajah anda dengan membuang kotoran, bintik-bintik hitam, dan blackhead sehingga ke liang pori tanpa menipiskan kulit wajah anda daripada nutrien semulajadi kulit anda. Sabun ini selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur dan juga boleh digunakan oleh golongan wanita.

Clinique - Clinique For Men Face Wash

Pembersih keluaran Clinique ini amatlah sesuai untuk digunakan bagi lelaki yang mempunyai masalah kulit biasa sehinggalah kulit kering. Ia berfungsi sebagai pembersih yang lembut bagi menghilangkan segala kotoran di wajah anda supaya kelihatan lebih bersih dan bersinar.

Wajah anda akan berasa lebih segar dan selesa setelah menggunakan pembersih ini kerana ianya tidak akan menjadikan kulit anda kering atau kesat dan sekaligus memberikan proses mencukur yang lebih selesa. Anda hanya perlu gunakannya 2 kali sehari bagi menikmati keselesaan dan kesegaran yang berpanjangan.

Clinelle Purifying Cleanser & Toner Set

Set pembersih Clinelle ini mampu menghilangkan kemerahan yang disebabkan oleh bakteria dan melegakan keradangan. Pembersih ini amatlah sesuai bagi individu yang mempunyai kulit yang sensitive. Ini kerana pembersih ini mengandungi bahan-bahan kompaun aktif seperti minyak pokok teh, asid salicylic dan polyphenol bagi membantu mengurangkan kemerahan, mengelakkan kemunculan jerawat dan jeragat, dan mengurangkan keradangan kulit.

Bukan itu sahaja, set ini datang dengan toner yang akan memberikan kelembapan kulit wajah anda secara maksimum dan membantu untuk membersihkan dan mengawal masalah jerawat disamping mempromosikan pembaharuan sel-sel dalam wajah anda. Kulit anda akan menjadi lebih bersih dan bersinar.

Garnier Men Turbolight Oil Control 3 In 1

Garnier merupakan jenama produk kecantikan dan kesihatan yang sudah dipercayai ramai. Pembersih muka yang mengandungi ekstrak arang 3 dalam 1 ini membantu mengawal kadar minyak selama 12 jam pada wajah anda supaya wajah anda kelihatan lebih segar dan sihat sepanjang hari.

Ianya amat sesuai digunakan bagi lelaki yang risau akan kulit mereka yang berminyak terutamanya selepas menjalankan aktiviti senaman yang intensif yang akan menyebabkan liang-liang pori tersumbat disebabkan oleh minyak berlebihan. Bukan itu sahaja, kadar kemunculan jerawat dan jeragat pada wajah anda juga dapat dikawal sepenuhnya kesan daripada pengurangan minyak pada wajah anda.

Pada zaman moden ini, terdapat banyak produk pembersih muka khas untuk lelaki telah dikeluarkan. Namun, pastikan produk-produk tersebut tidak mempunyai kandungan kimia yang berbahaya untuk kulit anda dan pilihlah produk yang sesuai dengan wajah anda sendiri.