Bagi seorang wanita, penjagaan penampilan wajah amatlah penting terutamanya apabila sedang berada dengan orang yang tersayang atau apabila berada di sesuatu majlis yang penting.

Namun begitu, bukan semua produk penjagaan wajah menawarkan perlindungan dan pembersihan lengkap yang termasuk dalam penjagaan bibir supaya dapat mengelakkannya daripada kering dan hitam. Tidak ada yang lebih teruk daripada kulit bibir kering dan pecah yang boleh mengakibatkan bibir menjadi hitam dan pudar.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 scrub bibir terbaik untuk elak bibir kering dan hitam.

Lemon & Raspberry Lip Scrub

Scrub bibir semulajadi ini diperbuat daripada ekstrak minyak almond dan minyak kelapa muda bagi membantu mengembalikan kelembapan pada kulit bibir anda supaya bibir anda dapat dielakkan daripada menjadi terlalu kering akibat daripada cuaca  terlampau panas dan cuaca terlalu sejuk.

Scrub ini juga mempunyai minyak jojoba yang memainkan peranan penting dalam menambah kelembapan bibir anda manakala kandungan gula tersebut membantu mengeluarkan kulit dan sel mati daripada bibir anda sambil meningkatkan peredaran darah ke bibir anda. Scrub ini mampu bertahan sehingga 6 bulan sekiranya digunakan secara berterusan.

Ekstrak buah lemon dan raspberi pula memberikan bauan buah-buahan yang wangi apabila anda memakainya. Scrub ini selamat untuk digunakan bagi lelaki dan perempuan kerana ianya hanya diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Dead Skin Scrubs Gel Lip Care

Gel scrub bibir ini telah direka khas untuk membuang kulit dan sel mati pada bibir anda. Sekiranya kulit permukaan bibir anda hitam disebabkan oleh kulit-kulit mati dan kusam, maka gel scrub inilah yang sesuai untuk anda dalam mengembalikan warna bibir jambu yang cantik seperti dahulu.

Ianya membantu untuk meningkatkan peredaran darah pada bibir anda sekaligus membolehkan sel-sel kulit bibir anda untuk diperbaiki sekaligus membuang warna-warna hitam dan pudar pada bibir anda. Scrub ini juga berfungsi untuk meningkatkan kelembapan bibir anda supaya tiada lagi kulit kering apabila anda memakainya sepanjang hari. Ianya juga selamat digunakan untuk lelaki dan perempuan.

Naam Strawberry Lip Scrub

Scrub bibir jenama Naam ini diperbuat oleh bahan-bahan organik seperti ekstrak strawberry dan minyak zaitun bagi melindungi dan mencerahkan bibir anda dengan lebih selamat. Vitamin C yang terdapat di dalam scrub ini bukan sahaja membantu mencerahkan bibir yang gelap, malah ianya membantu untuk melindungi kulit bibir anda daripada sinaran ultra ungu yang berterusan apabila anda berada di bawah sinaran matahari dalam tempoh yang panjang.

Minyak zaitun sebagai antioksida semulajadi ini pula membantu mengekalkan kelembapan pada bibir anda sekaligus melindungi bibir anda daripada kulit kering dan kulit kusam. Bau buah strawberi yang kuat memberikan anda kesegaran dan wangian yang berpanjangan apabila anda menggunakan scrub ini.  Bahan-bahan semulajadi yang terkandung didalamnya menjadikan scrub ini selamat untuk digunakan oleh lelaki dan perempuan.

Mary Kay® Satin Lips

Mary Kay merupakan satu jenama pengeluar barang-barang solek yang terkenal di Malaysia. Kini, Mary Kay juga telah mengeluarkan satu produk scrub bibir bagi membantu anda membuang sel-sel kulit mati pada bibir supaya bibir anda kelihatan lebih cantik dan menarik.

Ekstrak Shea Butter yang terdapat di dalam scrub ini memudahkan anda untuk membuang sel-sel kulit mati pada bibir anda sekaligus memberikan kulit bibir yang lebih cerah dan cantik seperti yang baru. Bukan itu sahaja, ekstrak buah citrus dan teh putih membantu memberikan kesegaran dan kelembapan yang berpanjangan pada bibir anda supaya anda tidak perlu risau lagi dengan kulit bibir kering apabila berada di dalam cuaca panas atau sejuk.

Bubblegum Lip Scrub

Scrub bibir keluaran Lush memberikan kesan sensasi pada bibir anda dengan meninggalkan rasa manis dan wangian menarik setelah anda menggunakannya pada bibir anda. Scrub ini mengandungi minyak Jojoba yang membantu memberikan kelembapan yang berpanjangan pada bibir anda.

Scrub gula pula membolehkan anda untuk mengeluarkan dan membuang sel-sel kulit mati supaya warna kehitaman pada bibir anda dapat dihilangkan dan dihapuskan sekaligus memberikan penampakan bibir yang lebih menarik dan cantik. Setelah anda mengeluarkan sel-sel mati tersebut, anda boleh merasai rasa manis dan wangi yang melekat pada bibir anda walaupun setelah anda basuh.

Gula dan manisan yang terdapat di dalam scrub ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak akan membahayakan anda sekiranya anda menelannya.

Fresh - Sugar Lip Polish

Bagi kesan scrub pantas dan berkesan, Fresh menawarkan produk scrub bibir iaitu sugar lip bagi membantu membuang sel-sel kulit mati pada bibir anda dengan berkesan dalam tempoh yang singkat. Scrub ini membuang sel-sel mati dengan lembut dan meninggalkan kesan licin dan lembut pada bibir anda.

Kristal gula merah yang terkandung di dalam scrub ini merupakan pelembap semulajadi dalam mengekalkan kelembapan bibir anda walau di mana sahaja anda berada. Minyak jojoba dan shea butter pula meningkatkan kesihatan bibir anda supaya perederan darah di bibir anda semakin meningkat dan sekaligus mengelakkan bibir anda daripada menjadi kusam dan hitam.

Tom Ford Beauty - Lip Exfoliator

Individu yang mempunyai kulit bibir yang lembut bolehlah mencuba scrub bibir keluaran Tom Ford Beauty ini. Scrub gula ini berfungsi sebagai alat pembuangan sel-sel kulit mati dan menambahbaikkan kesihatan bibir anda. Dengan formula pembersih yang direka khas untuk bibir sensitif, anda tidak akan berasa gatal dan tidak selesa apabila anda menggunakannya.

Sebaliknya, bibir anda akan kelihatan lebih cantik dan menarik serta lebih sihat berbanding dengan sebelum ini. Scrub ini juga berfungsi untuk meningkatkan kelembapan bibir anda supaya tiada lagi kulit kering apabila anda memakainya sepanjang hari. Scrub ini selamat untuk digunakan bagi lelaki dan perempuan kerana ianya hanya diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.