Jerawat merupakan musuh utama seseorang individu terutamanya bagi seseorang perempuan. Pelbagai krim dan ubat telah anda cuba, namun jerawat tersebut tetap muncul dan kadang-kadang dalam keadaan yang besar dan merah yang menyebabkan anda berasa malu untuk keluar rumah atau pergi berjumpa dengan teman lelaki.

Kini, anda tidak perlu risau lagi tentang jerawat kerana pelbagai serum dimana fungsi utamanya adalah untuk serapan pantas ke dalam kulit dalam menghapuskan jerawat telah banyak dikeluarkan oleh pelbagai syarikat kesihatan muka.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 serum terbaik untuk atasi masalah jerawat anda.

SKIN INC - Licorice Serum

Serum Skin Inc ini mengandungi gabungan ekstrak Teh Hijau dan likuoris yang akan membantu dalam memperbaiki kulit anda termasuklah dari jerawat, kemerahan, alahan dan lain-lain.

Serum ini mengandungi ekstrak akar Glycyrrhiza glabra yang dikenali dalam mempunyai unsur anti-iritasi dan anti-keredangan yang dapat membantu menghilangkan kemerahan dan kulit radang akibat daripada kesan jerawat.

Unsur anti-oksida dalam serum ini dapat menghapuskan jerawat tegar yang sudah lama berada di atas permukaan wajah anda. Oleh kerana kepantasan serum yang direka khas untuk menyerap dengan lebih pantas ke dalam kulit muka, ianya merupakan salah satu serum terbaik dalam menghilangkan jerawat dalam jangka masa pendek.

CAUDALIE - Vinoperfect Radiance Serum Complexion Correcting

Serum tanpa minyak ini mengandungi Viniferine yang membantu untuk berikan tona kulit yang sekata dan menghilangkan jerawat sekaligus memberikan kulit wajah anda yang lebih bercahaya.

Ianya juga mampu menghilangkan parut jerawat, parut dan kerosakan dalam menunjukkan kompleksi yang lebih cerah dan bercahaya. Ianya salah satu serum yang terbaik bagi memperbaiki kulat kusam dan untuk menghilangkan kesan-kesan jerawat daripada permukaan kulit wajah anda.

KATE SOMERVILLE - Eradikate Acne Treatment

Kate Somerville Eradikate Acne Treatment ini telah direka khas untuk membasmi dan menghapuskan jerawat di wajah anda dalam jangka masa yang singkat. Ianya mengandungi asid salicylic iaitu kandungan utama untuk menghapuskan jerawat sedia ada dan mampu mengelakkan daripada kemunculan jerawat yang lebih banyak pada masa hadapan.

Rawatan kulit ini menyediakan kandungan sulfur yang tinggi yang dibenarkan oleh kementerian kesihatan bagi membantu mengurangkan kemunculan jerawat dan membersihkan kulit wajah anda daripada pengumpulan bakteria yang banyak. Penghapusan bakteria tersebut sekaligus dapat menghapuskan jerawat yang sedia ada dan dapat mengelakkan daripada jerawat untuk muncul semula di kulit wajah anda.

MARIO BADESCU - Anti Acne Serum

Mario Badescu Anti Acne Serum ini mengandungi asid salicylic dimana akan membantu menyerap ke daklam kulit muka yang mempunyai kandungan bakteria yang tinggi dalam menghapuskan bakteria yang yang berkumpul di kawasan tersebut.

Penghapusan bakteria tersebut sekaligus dapat menghapuskan jerawat yang sedia ada dan dapat mengelakkan daripada jerawat untuk muncul semula di kulit wajah anda. Serum ini juga senang diserap ke dalam wajah anda disebabkan oleh unsur ringan dan tidak terlalu pekat yang terdapat dalam serum ini sekaligus membantu mengekalkan kompleksi wajah yang bersih dan lembut.

FARSALI - Volcanic Elixir

Minyak rawatan Volcanic Elixir Farsali ini mengandungi ekstrak kacang buah tamanu yang membantu untuk memberikan hidrasi sepenuhnya kepada kulit wajah anda dan meningkatkan kecerahan di muka anda. Rawatan ini juga membantu untuk memperbaiki kulit wajah anda daripada kesan jerawat termasuklah kesan parut, kesan jerawat, kemerahan dan jerawat itu sendiri.

Rawatan serum ini juga boleh digunakan pada permukaan wajah dan badan sebagai pelembab harian. Ianya tidak mengandungi apa-apa bahan haiwan dan bebas daripada wangian buatan. Bahan-bahan semulajadi yang terkandung di dalam serum ini menjadikannya selamat untuk dipakai dan digunakan dalam jangka masa yang panjang. Serum ini sesuai untuk semua jenis kulit wajah.

BOSCIA - Clear Complexion Cleanser

Serum pembersih Boscia ini mampu melawan kekotoran dan bakteria yang terdapat di permukaan wajah anda, memberikan keseimbangan minyak, dan meningkatkan keanjalan kulit muka supaya wajah anda kelihatan lebih bersih, bersinar dan nampak muda selalu.

Ianya juga mengandungi asid salicylic membantu untuk menghapuskan segala bakteria yang terdapat di kulit wajah anda sekaligus menghilangkan jerawat yang banyak dan mengelakkan daripada kemunculan jerawat tersebut pada masa hadapan. Ekstrak daun rosemary yang diperkayakan dengan antioksida juga terkandung di dalam serum ini bagi membersihkan bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat dan meningkatkan keanjalan kulit wajah anda.

Bahan geranium pula membantu meningkatkan peredaran kulit semulajadi dan memberikan keseimbangan minyak pada permukaan kulit muka anda.

ALPHA-H - Vitamin E Serum

Serum Alpha-H Vitamin E ini merupakan rawatan kulit yang mengandungi antioksida yang tinggi yang dapat memberikan hidrasi kulit sepenuhnya, meningkatkan sistem semulajadi imunisasi kulit, memperbaiki sel kulit yang rosak dan memberikan perlindungan terhadap pancaran cahaya matahari UV yang berpanjangan pada masa hadapan.

Kualiti penyembuhan vitamin E membantu dalam peningkatan kualiti kulit wajah anda terutamanya bagi yang mempunyai kulit kering, kasar dan kulit merekah serta mempertingkatkan lagi lapisan kulit supaya bakteria tidak dapat menembusi permukaam wajah anda sekaligus melindungi dan mengelakkan kemunculan jerawat pada masa hadapan.