Pada zaman berteknologi tinggi sekarang ini, sebuah telefon pintar atau smartphone bukan hanya sesuatu kemahuan malah dijadikan sebagai keperluan dalam kehidupan seharian.

Pelbagai jenis variasi telefon pintar telah dikeluarkan yang berbeza dari segi jenama, sistem operasi, kamera, bentuk, dan ciri-cirinya yang lain. Kebanyakan telefon pintar yang berkuasa tinggi dijual pada harga yang lebih mahal berbanding dengan telefon pintar yang sekadar mempunyai sistem operasi dan ciri-ciri biasa.

Namun begitu, anda juga kini boleh menikmati kepuasan yang sama dengan memiliki telefon pintar berkuasa tinggi kerana terdapat beberapa jenama daripada keseluruhan telefon pintar telah mengeluarkannya di bawah harga RM1,000.

Berikut kami senaraikan 7 smartphone atau telefon pintar Android terbaik di bawah harga RM1,000 untuk kesenangan anda memilih.

Huawei Honor 8X

Syarikat Huawei kini merupakan pesaing telefon pintar yang terkenal di dunia terutamanya dari segi pembinaan kameranya. Huawei Honor 8X ini mempunyai sehingga 20 megapixel bagi kamera belakangnya manakala 16 megapixel bagi kamera hadapannya.

Saiz megapixel yang besar ini akan memberikan gambaran yang jelas kepada anda terutamanya apabila anda sedang mengambil gambar kenangan bersama orang tersayang. Telefon pintar ini dilengkapi dengan sistem android terkini iaitu Android 8.1 (Oreo) dan kuasa grafik Hisilicon Kirin 710.

Ia mempunyai saiz sebesar 6.5 inci dan dilengkapi dengan sistem cap jari di belakang. Telefon pintar ini mempunyai RAM sebesar 4GB dan memori dalaman yang tersedia sebanyak 128GB untuk kepuasan penggunaan harian anda.

Xiaomi Mi A2

Telefon pintar Xiaomi bukan sahaja berpatutan malah dilengkapi dengan sistem dan ciri-ciri android yang stabil. Xiaomi Mi A2 ini datang dengan perlindungan kaca gorilla 5 yang akan menghalangnya daripada calar dan mudah retak apabila terjatuh pada tempat yang rendah.

Ia mempunyai RAM sebanyak 4GB dan dilengkapi dengan memori dalaman sebanyak 64GB bagi membolehkan anda menyimpan lebih banyak fail-fail peribadi di dalam telefon pintar anda. Bukan itu sahaja, telefon pintar bersaiz 5.99 inci ini turut dilengkapi oleh dwi-kamera di belakang iaitu sebesar 20MP +12MP untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada anda.

Kamera swafotonya sebesar 20MP juga mampu memberikan kejelasan yang hampir sama dengan kamera belakangnya.

Samsung Galaxy J8

Samsung sudah pun dikenali sebagai pengeluar telefon pintar yang ternama di dunia. Samsung Galaxy J8 ini mempunyai paparan Super AMOLED dimana akan memberikan kualiti gambaran yang sangat tinggi untuk kepuasan maksimum anda.

Ia datang dengan dwi-kamera di belakang sebesar 16MP+5MP supaya setiap gambar yang anda ambilkan membawa lebih makna dalam hidup anda. Telefon pintar ini juga dilengkapi oleh kapasiti bateri sebesar 3500mAh supaya anda dapat gunakannya dengan lebih lama tanpa sebarang gangguan.

Ia juga mempunyai sistem cap jari di belakang dalam meningkatkan lagi keselamatan terhadap fail-fail peribadi anda. Telefon pintar ini datang dengan sistem operasi android 8.0 (Oreo) yang terkini.

HTC Desire 12+

HTC Desire 12 Plus ini mempunyai saiz sebesar 6 inci dan dilengkapi dengan ciri sistem cap jari di belakang telefon. Telefon pintar ini datang dengan sistem operasi android 8.0 (Oreo) yang terkini bagi melicinkan lagi penggunaan telefon ini terutamanya dalam tempoh yang lama.

Ia mempunyai RAM sebesar 3GB dan memori dalaman tersedia sebesar 32GB. Sekiranya anda ingin menambah kad memori, telefon pintar ini mampu menyokong sehingga 512GB sebagai memori tambahan melalui penggunaan kad memori. Ia mempunyai dwi-kamera di belakang sebesar 13MP + 2MP dan kamera swafoto sebesar 8MP.

Bukan itu sahaja, telefon pintar ini juga mempunyai saiz bateri yang agak besar iaitu sebesar 2965mAh dan mampu bertahan sehingga 26 jam sekiranya panggilan dibuat secara berterusan.

Oppo F7 Youth

Oppo sudah dikenali ramai dengan kamera swafotonya yang bersaiz besar bagi memberikan kualiti gambaran yang jelas apabila anda mengambil gambar swafoto anda. Oppo F7 Youth bersaiz 6 inci ini datang dengan sistem operasi Android 8.1 (Oreo) bersama kuasa pemprosesan 8 kali ganda iaitu 4x2.0GHz A73 & 4.20GHz A53 dalam memberikan kepantasan optimum dalam penggunaan telefon pintar ini terutamanya apabila digunakan secara berterusan pada ketetapan yang tinggi.

Telefon pintar ini juga menyediakan RAM 4GB dan memberikan memori dalaman sehingga 64GB supaya anda dapat menyimpan lebih banyak fail peribadi di dalam telefon anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kamera utama sebesar 13MP dan kamera swafoto sebesar 8MP untuk kualiti gambaran yang tinggi kepada anda.

Vivo Y85

Syarikat Vivo kini sedang bersaing dengan syarikat telefon pintar yang lain dalam mengeluarkan telefon pintar yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Vivo Y85 ini mempunyai dua kamera utama iaitu sebesar 13MP dan 8MP bagi memberikan anda peluang untuk menikmati kualiti gambaran yang jelas apabila anda mengambil gambar.

Telefon pintar bersaiz 6.22 inci ini datang dengan sistem operasi Android 8.1 (Oreo) yang terkini bersama RAM 4GB dalam memberikan kepantasan tanpa halangan ketika anda menggunakannya secara berterusan pada ketetapan yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai saiz memori dalaman sebesar 64GB supaya anda dapat menyimpan lebih banyak fail-fail peribadi anda semasa menggunakan telefon pintar ini.

Asus Zenfone Max Pro (M1)

Asus Zenfone Max Pro ini telah dikeluarkan khas bagi memenuhi permintaan pemain permainan telefon dalam talian seperti Mobile Legends, PUBG dan lain-lain. Telefon pintar ini memberikan pilihan kepada anda sama ada untuk memilih RAM sebesar 4GB atau 6GB untuk memori dalaman sebesar 64GB atau 3GB untuk memori dalaman sebesar 32GB dalam memberikan kepuasan maksimum kepada anda ketika anda bermain game.

Ianya juga dilengkapi oleh dwi-kamera di belakang iaitu sebesar 13MP + 5MP bagi model RAM 3GB dan 4GB dan 16MP +5MP bagi model RAM 6GB sahaja. Walaupun, terdapat sedikit perbezaan saiz kamera antara dua model yang mempunyai saiz RAM berbeza, saiz kameranya tetap memberikan kualiti gambaran yang tinggi kepada anda ketika anda mengambil gambar.