Malaysia sememangnya terkenal dengan cuacanya yang panas dan lembap sepanjang tahun. Kini, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu seperti sinaran terik matahari yang terlampau panas menyebabkan permukaan kulit terbakar terutamanya bagi yang mempunyai kulit yang sensitif.

Ianya satu kondisi yang membahayakan kulit kita terutamanya bagi penduduk negeri-negeri di utara Malaysia seperti Kedah, Pulau Pinang, Perlis, dan Perak yang terkenal dengan keadaan cuacanya yang panas.

Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 Sunblock terbaik untuk melindungi kulit anda setiap hari daripada sinaran matahari yang berlebihan dan seterusnya mampu mengekalkan kesihatan pada kulit anda.

ALPHA-H Daily Essential Moisturiser SPF 50+


Alpha-H Daily Essential Moisturiser merupakan pelembap kulit yang mempunyai dua fungsi iaitu untuk memberikan kelembapan yang berpanjangan kepada kulit anda dan bagi melindungi kulit anda daripada sinaran matahari yang berlebihan.

Ianya mengandungi tahap SPF 50+ bagi perlindungan kulit and ayang berpanjangan. Pelembap ini juga tidak berminyak seperti pelindung matahari atau sunblock yang lain seperti membuatkan kulit anda berasa seperti berminyak dan disebabkan oleh ketiadaan minyak di dalam pelembap ini, anda boleh memakainya secara berpanjangan dengan penuh keselesaan.

Ianya dapat memastikan bahawa kulit anda mempunyai kesihatan yang optimum, tidak berkedut dan meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit anda.  

Innisfree Perfect UV Protection Cream Triple Care SPF50+

Innisfree telah banyak mengeluarkan produk penjagaan kulit yang sangat berkesan. Krim penjagaan kulit tiga kali ganda keluaran Innisfree ini mampu melindungi kulit anda daripada terbakar yang disebabkan oleh sinaran matahari yang berpanjangan.

Ianya mengandungi minyak bunga matahari dan ekstrak the hijau Jeju untuk melindungi kulit anda daripada sinaran ultra ungu. Ciri kalis air yang tinggi di dalam krim ini membolehkan anda untuk melakukan aktiviti lasak dan aktiviti luar tanpa perlu risau akan kulit berminyak apabila anda berpeluh.

Krim ini juga tahan lama supaya dapat memberikan anda perlindungan yang berpanjangan tanpa perlu menyapunya berkali-kali. Ia mempunyai tiga fungsi utama iaitu sebagai anti-penuaan, pemutih kulit dan untuk perlindungan kulit daripada sinaran ultra ungu. Krim ini bebas daripada bahan haiwan, minyak, pewarna, pewarna tar dan bedak.

Anessa Whitening UV Sunscreen Gel 90ml


Gel pemutih Anessa ini telah dibuat dengan asid m-Tranexamic buatan Shiseido untuk membantu merawat dan mengelakkan bintik-bintik hitam dan freckles. Ianya sangat sesuai digunakan untuk pemakaian setiap hari sebagai perlindungan tambahan terhadap sinaran ultra ungu yang berpanjangan supaya kulit anda berasa lebih selesa, lembap dan segar sepanjang masa.

Gel ini diperbuat dengan 50% produk rawatan kulit termasuklah asid super hyaluronik, kolagen marin, lidah buaya, bunga ros, the hijau dan tormentil untuk peningkatan hidrasi dan seterusnya melindungi kulit anda terhadap kerosakan sekeliling.

Ianya juga mempunyai teknologi Aqua Booster oleh Anessa yang berfungsi sebagai lapisan luaran yang menjadi benteng terhadap permukaan kulit anda.

Anessa Perfect UV Sunscreen Milk (Gold) 60ml

Anessa Perfect UV Sunscreen Milk merupakan produk pelindung matahari yang paling kuat dan tahan lama dalam senarai produk Anessa. Ianya mempunyai teknologi Aqua Booster Ex yang ditambah baik oleh Anessa, sebagai tindak balas terhadap mineral dalam peluh dan air apabila ianya bersentuhan, seterusnya menghasilkan lapisan pelindung yang lebih kuat dan sama ke atas kulit.

Ianya diperbuat  dengan 50% ramuan penjagaan kulit termasuklah asid super hyaluronik, kolagen marine, lidah buaya, bunga ros, dan teh hijau, untuk meningkatkan hidrasi dan melindungi kulit daripada kerosakan sekeliling.

Ia sesuai digunakan untuk aktiviti luar dan ketika bersukan sukan sambil memberikan perlindungan kulit yang tahan lama terhadap matahari. Kulit anda berasa lebih ringan, selesa, dan halus seperti sutera.

SUPERGOOP! Everyday Sunscreen SPF 50


Krim pelindung matahari oleh Supergoop amatlah sesuai untuk penggunaan harian pada wajah dan badan. Ianya mampu menyerap dengan pantas ke dalam kulit anda untuk mendapatkan perlindungann yang segera.

Ianya juga ringan dan tidak terlalu pekat dan seterusnya memberikan kelembapan yang sama banyak kepada kulit anda. Krim ini diperbuat oleh ekstrak buah limau, daun basil dan juga bunga rosa supaya kulit anda berbau lebih wangi apabila anda menyapunya di kulit anda. Kekalkan kecerahan dan sinaran wajah anda dengan krim pelindung matahari Supergoop!

Hanaka Ice Cooling Cushion Sunscreen SPF50 100ml

Krim pelindung matahari Hanaka ini memberikan perlindungan 6 dalam 1 ke atas kulit anda hanya dengan satu sapuan. Krim ini dapat melindungi kulit anda daripada terbakar akibat daripada sinaran matahari yang berpanjangan.

Ia juga mempunyai ciri penyejuk dan lembut yang akan memberikan kesegaran yang berkekalan kepada kulit anda. Selain itu. Krim ini juga dapat digunakan sebagai penutup cela pada kulit anda seperti parut dan warna kulit yang tidak sekata supaya anda kelihatan lebih sempurna apabila anda keluar bersiar-siar terutamanya ketika anda memakai pakaian mandi di pantai.

Krim ini juga dapat melembapkan kulit wajah anda disamping mengawal kadar minyak yang disebabkan oleh peluh pada permukaan kulit anda.

Missha All Around Safe Block Waterproof Sun SPF50+ 50ml

Krim Missha ini merupakan krim kalis air dan peluh yang amat sesuai untuk digunakan ketika aktiviti luaran dan lasak. Krim ini diperbuat oleh ekstrak 7 the Asia yang berfungsi untuk melindungi kulit anda daripada tekanan keadaan sekeliling seperti cuaca panas, udara kering, habuk dan lain-lain.

Ianya juga dapat melindungi kulit anda daripada sinaran ultra ungu yang dapat membahayakan kulit anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan kulit yang berpanjangan tanpa sebarang kerisauan ketika anda menjalankan aktiviti luar atau bersukan dengan rakan dan keluarga anda.