Bagi setiap ibu yang baru melahirkan anak, salah satu perkara yang bermain dalam fikiran mereka adalah sama ada mereka mampu menyusukan anak mereka sepenuhnya tanpa apa-apa halangan.

Sesetengah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan ibu adalah kurang susu, susu lambat keluar dan kesukaran untuk menyusu disebabkan oleh ketiadaan puting pada payudara mereka. Oleh itu, terdapat banyak produk susu formula telah dikeluarkan bagi memenuhi kehendak para ibu yang sukar menyusukan bayi mereka dengan susu badan mereka sendiri.

Susu formula yang dikeluarkan ini telah direka khas untuk memberikan nutrien yang secukupnya sama ada sebagai susu tambahan atau sebagai gantian sepenuhnya terhadap susu badan. Jadi, berikut kami senaraikan 7 susu formula terbaik yang boleh diambil bagi perkembangan anak anda.

Dumex Mamex Cherish Step 1

Dumex merupakan jenama produk susu yang sudah dikenali ramai sejak zaman berzaman. Dumex Mamex ini telah dikeluarkan sebagai produk susu formula khas untuk pengambilan bayi yang berumur sehingga 12 bulan.

Ianya mengandungi campuran Sakkarida Oligo yang membantu meningkatkan sistem kesihatan usus dalam bayi. Oleh itu, bayi yang mempunyai masalah penghadaman dalam usus amatlah disyorkan untuk mencuba susu ini bagi merawat masalah usus yang mereka hadapi. Di samping itu, ianya juga selamat diminum dan tidak akan memberikan apa-apa kesan negatif kepada bayi anda.

S26 Gold SMA Step 1

S26 merupakan salah satu produk susu formula bayi yang amat berkesan dalam merawat masalah kesihatan dalaman bayi dari kesihatan mental sehinggalah kesihatan fizikal bayi tersebut. Susu ini bebas daripada sukrosa yang dapat membantu bayi anda memakan makanan pepejal dan menyokong pemakanan sihat bayi anda.

Bukan itu sahaja, susu ini juga mempunyai Kolin yang memberi kesan terhadap pertumbuhan fungsi mental bayi anda secara keseluruhan. Ini bermakna ramuan Kolin tersebut amatlah penting dalam memainkan peranan terhadap perkembangan mental bayi anda. Di samping itu, ramuan inositol juga terkandung di dalam susu ini yang dapat membantu menyokong fungsi biologi dalam sel-sel dan tisu badan bayi anda.

Walaupun susu S26 ini agak mahal berbanding jenama produk susu formula yang lain, namun ianya berbaloi dengan harga kerana dapat mengekalkan serta meningkatkan tahap kesihatan anak anda dari segi mental dan fizikal.

Frisolac Gold Step 1

Susu formula keluaran Belanda ini mengandungi Vitamin B6 dan Vitamin C serta Zat Besi, Zinc dan DHA bagi membantu menyediakan nutrien secukupnya kepada bayi anda. Susu ini boleh diminum oleh bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan.

Namun begitu, bayi di bawah 6 bulan tidak disyorkan mengambil susu ini kerana susu ibu sepatutnya menjadi keutamaan bayi anda oleh sebab kandungan nutrien yang lebih sesuai dengan bayi anda. Anda juga dinasihati supaya merujuk dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum menyediakan susu ini kepada bayi anda.

Lactogen 1 Infant Milk Formula

Lactogen 1 ini amat sesuai diberikan kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana terdapat segelintir ibu bapa yang mengakui bahawa susu lactogen ini dapat membantu mengurangkan kuning (jaundice) pada bayi anda saat bayi anda dilahirkan.

Susu Lactogen ini mengandungi Omega 3 dan 6 serta DHA yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kesihatan serta perkembangan otak bayi anda. Ianya sesuai diminum oleh bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan, namun pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum menggantikan susu ibu sepenuhnya dengan susu lactogen ini. Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan berbanding susu formula bayi terkenal yang lain.

Anmum Infacare Step 1

Anmum bukan sahaja mengeluarkan produk susu untuk ibu-ibu malah mereka juga mengeluarkan susu formula bagi kegunaan bayi yang berusia 12 bulan ke bawah. Susu formula ini mampu memberikan khasiat sepenuhnya kepada anak anda dan membantu mengurangkan ketidakhadaman pada usus yang sekaligus menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, kesihatan fizikal dan mental bayi anda juga dapat dipertingkatkan terima kasih kepada ramuan semulajadi dan berkhasiat yang terkandung di dalam susu ini.

Nan Pro Langkah 1 Infant Milk Formula

Nestle telah mengeluarkan satu susu formula Nan Pro Langkah 1 ini yang mengandungi bifidobacterium lactis yang memainkan peranan dalam meningkatkan kesihatan usus bayi anda.

Bahan ini juga dapat mengurangkan cirit-birit oleh bayi anda yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria pada usus bayi anda. Susu ini sesuai diberikan kepada bayi yang berusia 0 hingga 12 bulan namun ianya disyorkan supaya anda mula berikan susu ini dari 6 bulan ke atas kerana pengambilan susu ibu adalah lebih baik daripada pengambilan susu formula.

NESTLE Nan Lactose Free Step 1

Bagi bayi yang mempunyai masalah penghadaman apabila meminum susu yang mengandungi laktosa, anda bolehlah cuba susu formula keluaran Nestle ini. Susu Nan Bebas Laktosa ini tidak mempunyai laktosa dan akan mengurangkan kejadian cirit-birit pada anak anda.

Ini kerana terdapat segelintir bayi yang tidak boleh mengambil susu yang mengandungi laktosa oleh kerana alergi atau kesukaran usus mereka untuk menghadam susu yang mengandungi laktosa. Ramuan yang terdapat dalam susu ini dapat membantu melawan bakteria berbahaya dalam sistem penghadaman bayi anda dan seterusnya mengekalkan kesihatan sistem penghadaman bayi anda.

Secara kesimpulannya, susu ibu adalah yang paling sesuai diberikan kepada bayi anda terutamanya apabila mereka masih berada di bawah usia 12 bulan. Namun, anda juga boleh berikan susu formula tersebut sebagai minuman tambahan dan bukan untuk pengambilan atau penggantian tetap dengan susu ibu.