Penjagaan bayi dan kanak-kanak yang lengkap bukan saja tertumpu kepada penjagaan pemakanan bayi anda. Ianya juga bergantung kepada mandian dan syampu yang anda gunakan untuk bayi anda.

Seperti yang anda tahu, kulit bayi adalah sangat sensitif dan mereka tidak sesuai dimandikan dengan mandian yang dibuat khas untuk orang dewasa. Rambut bayi anda juga perlulah dijaga dengan kemas supaya dapat mengekalkan kesihatannya. Cara yang baik adalah dengan menggunakan syampu buatan khas untuk bayi kerana ianya mengandungi nutrien penting yang sangat baik untuk pertumbuhan rambut bayi anda.

Kini, terdapat juga keluaran syampu bayi yang tidak akan memedihkan mata sekiranya terkena mata ketika memandikan bayi anda. Oleh sebab itulah penggunaan syampu dewasa adalah tidak disyorkan ketika membersihkan rambut anak anda. Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 syampu terbaik yang boleh anda gunakan untuk sesi mandian bayi anda.

Anakku Baby Bath & Shampoo

Jenama Anakku telah lama terkenal dengan produk pengeluaran barangan bayi daripada baju dan seluar sehinggalah perkakas mandian bayi. Sabun mandian keluaran Anakku mempunyai bauan yang wangi dan lembut yang berkekalan sekiranya digunakan ketika memandikan anak anda.

Bukan itu sahaja, ramuan istimewa dalam sabun ini mengelakkan bayi anda daripada merasa pedih apabila sabun terkena pada matanya. Ini membolehkan anda memandikan anak anda tanpa perlu risau bayi anda berada dalam kesakitan sekiranya sabun termasuk ke dalam matanya. Sabun ini juga sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur.

BELI SEKARANG

Carrie Junior Baby Hair & Body Wash

Carrie Junior merupakan jenama barangan bayi yang telah lama tersedia di pasaran dalam menyediakan barangan berkualiti tinggi daripada pakaian sehinggalah perkakas mandian untuk kegunaan bayi anda. Sabun mandian 2 dalam 1 ini memberikan kemudahan kepada anda untuk membersihkan anggota badan dan kepala bayi anda dengan hanya menggunakan satu botol untuk semua basuhan.

Anda tidak perlu membawa dua botol syampu dan mandian badan yang berasingan apabila hendak memandikan bayi anda. Bukan itu sahaja, ramuan istimewa dalam sabun ini mengelakkan bayi anda daripada merasa pedih apabila sabun terkena pada matanya. Ini membolehkan anda memandikan anak anda tanpa perlu risau bayi anda berada dalam kesakitan sekiranya sabun termasuk ke dalam matanya.

BELI SEKARANG

Johnson’s Baby Shampoo

Bagi bayi anda yang mempunyai alahan dan kulit sensitif, anda boleh cuba gunakan syampu keluaran Johnson's ini kerana ianya mempunyai nutrien dan bahan khas yang mampu mengurangkan kegatalan kepada kulit kepala bayi anda sambil memberikan bauan wangi kepada mereka.

Bukan itu saja, syampu ini juga dibuat khas supaya tak akan memedihkan mata bayi anda ketika anda menggunakannya kerana ianya bebas daripada Paraben. Syampu ini dijamin selamat kerana telah diuji oleh pakar dermatologi sebelum ianya dikeluarkan.

BELI SEKARANG

Aveeno Baby Wash & Shampoo

Mandian dan syampu keluaran Aveeno ini telah diuji dan diformulasi khas untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif. Ianya mempunyai cecair yang lembut dan tak ada risiko akan mengesatkan kulit bayi anda. Bukan itu saja, syampu ini juga mempunyai kombinasi mandian badan. Anda tak perlu lagi bawa 2 jenis botol untuk bayi anda.

Syampu ini juga dibuat khas supaya tak akan memedihkan mata bayi anda ketika anda menggunakannya kerana ianya bebas daripada sabun. Bau wangian yang lembutnya juga menjadikan syampu ini sebagai syampu pilihan ibu sepanjang masa.

BELI SEKARANG

CETAPHIL Baby Shampoo

Cetaphil sudah terkenal sebagai pengeluar produk pelembap kulit badan dan muka. Syampu bayi keluaran Cetaphil ini bebas daripada sabun, sekaligus mengelakkan bayi anda daripada mengalami pedih mata ketika menggunakannya, bebas daripada bahan kimia yang akan membahayakan kesihatan rambut bayi anda dan mengandungi vitamin dan mineral penting untuk kesihatan rambut bayi anda. Ianya sangat sesuai digunakan oleh bayi yang mempunyai kulit dan rambut sensitif.

BELI SEKARANG

Burt's Bees Baby Shampoo

Syampu keluaran Burt’s Bees ini dapat melembutkan rambut sambil memberikan aroma dan wangian yang enak kepada rambut bayi anda. Bayi anda akan berasa lebih selesa dan gembira oleh kerana bauannya yang sangat wangi dan ianya tidak akan memedihkan mata anak anda ketika memandikan bayi anda. Ia juga mempunyai nutrien-nutrien penting bagi mengekalkan kesihatan rambut bayi anda.

BELI SEKARANG

Secara kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis sabun mandian yang dikeluarkan oleh pelbagai syarikat di pasaran. Namun begitu, anda perlu berhati-hati dalam memilih sabun mandian yang terbaik untuk bayi anda oleh kerana kulit bayi yang sangat sensitif sekiranya anda tersalah pilih mandian yang tidak bersesuaian dengan anda. Pastikan anda pilih mandian yang tidak mengandungi apa-apa bahan kimia yang mungkin akan membahayakan kesihatan kulit bayi anda kelak.