Kebanyakan ibu bapa di Malaysia masih kurang mempraktikkan penggunaan baby car seat ini terutama bagi yang baru mempunyai seorang cahaya mata dengan sebab yang biasa diberikan adalah masih larat untuk memegang seorang anak dan lebih selamat. Sebenarnya tanggapan itu tidak beberapa tepat.

Terutamanya ketika perjalanan jauh, di mana ibu atau bapa yang memikul anak cenderung tertidur dan sekiranya terjadi kemalangan di saat itu, risiko kecederaan terhadap anak anda mungkin lebih parah berbanding sekiranya diletakkan di atas kerusi keselamatan kanak-kanak atau baby car seat ini.

Baby Car Seat adalah produk bayi yang perlu dimiliki dan patut menjadi salah satu keutamaan ibu bapa sejurus kelahiran bayi masing-masing. Bagi anda semua yang sesetengahnya mungkin baru sahaja menimang cahaya mata, atau yang akan bergelar ibu bapa tidak lama lagi, tahniah diucapkan dan dipersilakan untuk terus membaca artikel ini bagi membantu anda membuat pemilihan baby car seat yang paling sesuai untuk si manja anda.

Berikut tersenarai 8 baby car seat terbaik untuk keselamatan si kecil anda!

MAMAKIDDIES Baby Carseat Convertible Car Seat Up To 4 Years

Produk berkualiti tinggi ini berharga mampu milik sesuai untuk bayi baru lahir sehingga berumur 4 tahun. Dengan pilihan tiga warna menarik iaitu Azure (Biru), Crimson (Merah) dan Iris (Ungu) mampu menarik minat anak kecil anda supaya kekal terhibur walaupun lama berada di atasnya. Aspek keselamatan juga diberi penekanan dalam reka bentuknya.

Sistem Abah-Abah 5 Titik-nya yang direka bagi meningkatkan keselamatan bayi sekiranya terjadi kemalangan kereta. Kerusinya juga boleh dinaikkan dan diturunkan untuk keselesaan bayi mengikut usia.

OTOMOBABY HB7058 Exclusive Baby Car Seat

Baby Car Seat ini direka bentuk untuk lebih mudah alih, dengan berat keseluruhan produk cuma 2.66 kg menjadikan kehidupan aktif anda di samping bayi tercinta semakin lancar dan mudah. Namun ciri keselamatan tetap diterapkan dengan sistem abah-abah 3 titik serta kanopi yang melindungi anak anda daripada sinaran matahari ataupun hujan. Jadi, anda tidak perlu terlalu risau ketika memandu sendirian bersama anak kecil anda.

U-BABY Car Seat - Blue CS901

U-Baby Car Seat memberikan keselamatan berganda dengan penghadang depan yang boleh disesuaikan pada 3 peringkat kesesuaian. Kerusinya juga disertakan dengan tetapan boleh ubah kedudukan kepada 3 peringkat. Pad kerusi ini adalah lembut dan selesa. Bagi memastikan keselamatan anak anda juga terjaga daripada segi kesihatan, pad kerusi kanak-kanak ini boleh dibuka untuk dibasuh.

BabyGo Baby Car Seat New Born Up to 5 Years Old

Anda akan kagum dengan reka bentuknya serta kualitinya yang seperti produk berjenama mahal. Baby car seat ini dihadirkan dengan tiga variasi warna menarik iaitu merah, kelabu serta bercorak bintang! Ia juga diiktiraf oleh Standard Keselamatan Kanak-Kanak Eropah R44/04 yang sangat menitikberatkan soal keselamatan kanak-kanak. Selain itu, ianya juga diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam sekitar. Bermakna kerusi ini juga tidak toksik kepada anak anda.

Pada satu peringkat, bayi akan mula cuba melihat dunia melalui deria rasanya. Habis semua benda ingin dimakannya! Jadi, pemilihan bahan yang bukan toksik haruslah menjadi prioriti anda. Pemasangannya pula adalah berbeza mengikut umur. Bagi membantu anda berkenaan soal pemasangan, arahan yang terperinci disertakan.

Secara asasnya, anda cuma perlu pastikan untuk bayi yang baru lahir terutamanya, posisi kerusi wajib diletakkan pada posisi yang dijatuhkan penuh atau berbaring, kerana kebanyakan anggota dan otot serta tulang bayi masih belum kuat untuk menyokong berat badannya sendiri.

Little One Exclusive Baby Car Seat CSB

Dengan tetapan abah-abah 5 poin ini, anda akan merasa yakin dengan keselamatan anak anda. Posisi kerusi keselamatan kanak-kanak ini boleh di terbalikkan daripada menghadap hadapan ke menghadap belakang. Bagi tujuan keselamatan yang maksimum, bayi yang baru lahir sehingga 10 kg, disarankan untuk menghadap ke belakang manakala bagi 9kg ke 18kg, barulah sesuai untuk menggunakannya kerusi ini dalam keadaan menghadap hadapan.

GERMAN HIGHEST CLASS Carmind Baby Car Seat

Direka bentuk dengan pemasangan lebih pad berbusa bagi penyerapan hentakan dengan lebih berkesan. Pad kusyen tebal ini lebih padu dan menyeluruh dari atas kepala sehingga ke hujung kaki. Bukan sahaja berkesan dalam kes menyerap hentakan, ia juga berfungsi untuk memegang bentuk tubuh bayi yang masih lembut dengan lebih kemas seperti berada dalam pelukan ibu bapa.

Kusyennya juga adalah berkualiti tinggi. Dengan cuaca Malaysia yang panas terik, kadang-kadang barang plastik di dalam kereta boleh rosak atau dalam kes ekstrem, mencair! Tetapi tidak produk ini. Maka, anda tidak perlu risau sekiranya kereta anda diletakkan di bawah sinar terik matahari.

Baby Car Seat Carrier Rocker With Aluminium Handle

Produk ini sesuai sekiranya anda ingin berjimat. Dengan harga bawah paras RM 100, memang berbaloi untuk keselamatan si kecil anda yang berumur bawah 12 bulan. Direka sekali dengan pemegang tangan, memudahkan anda membawa anak anda ke mana-mana bukan hanya untuk diletakkan di dalam kenderaan.

3-in-1 Multifunction Luxury Baby Stroller/Car Seat Combo

Bagi yang ingin mencari produk yang betul-betul memudahkan kehidupan anda, inilah dia! Daripada baby car seat, ia boleh berubah menjadi kereta sorong bayi. Pemasangannya amat mudah dan ciri keselamatannya adalah terjamin.