Jenis-jenis basikal kini sudah mengalami banyak perubahan sesuai dengan perederan zaman dan peningkatan teknologi. Namun begitu, anda masih lagi mengingati basikal pertama anda ketika anda kecil pada suatu ketika dahulu.

Seperti basikal dewasa yang terdapat di pasaran, basikal kanak-kanak juga mempunyai pelbagai jenis mengikut kesesuaian umur anak anda. Berikut kami senaraikan 8 basikal kanak-kanak bagi melatih anak anda.

Basikal Kanak-Kanak 12 Inci Dari Shopee


Basikal bersaiz 12 inci ini sangat sesuai dinaiki oleh kanak-kanak yang berumur 2 – 5 tahun bagi melatih mereka mengimbang dan pada masa yang sama menguatkan kaki mereka untuk mengayuh basikal tersebut. Tayarnya diperbuat dengan ciri tanpa tiub yang membolehkan anak anda untuk menunggangnya tanpa perlu mengisi angin atau risau akan kekurangan tekanan angin di dalamnya.

Rangka basikal ini diperbuat oleh besi ringan yang mempunyai ketahanan tinggi supaya ia mampu bertahan daripada jatuh dan hentakan yang lain. Basikal ini datang dengan roda latihan dan anda boleh bukakan roda tersebut setelah anak anda sudah pandai mengimbangi basikal tersebut.

Basikal Kanak-Kanak XINH Bersaiz 16 Inci


XINH merupakan jenama basikal yang direka khas bagi kanak-kanak yang berumur 4-7 tahun. Tayarnya yang bersaiz 16 inci membolehkan anak anda yang berumur di bawah 8 tahun untuk menaikinya dengan selesa.

Bukan itu sahaja, tekanan angin di dalam tayarnya juga boleh ditambah dan ia sekaligus mengajar anak anda untuk memeriksa tekanan angin di dalam tayar basikal anak anda sebelum menaikinya. Di samping itu, tempat letak botol air juga disediakan di bawah tempat duduk supaya anak anda dapat membawa bekalan air ketika dia keluar bermain.

Pemasangan raga di hadapan basikal ini juga membolehkan anak anda untuk membawa dan meletakkan barang-barang mainan atau peribadinya ketika menaiki basikal tersebut.

Alpha Living Children Tricycle Modern Metallic Style

Basikal beroda tiga ini mempunyai reka bentuk yang ‘simple’ dan bergaya bagi melatih anak-anak anda menunggang sebuah basikal. Basikal ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dan mampu menahan berat sehingga 18KG. Ia dilengkapi oleh pengayuh yang mempunyai getah supaya anak anda boleh belajar mengayuh dengan mudah dan tidak terlalu licin.

Tempat duduknya juga boleh disesuaikan mengikut ketinggian dan panjang kaki anak anda. Di samping itu, rangka badan basikal ini diperbuat dari besi kuat yang mampu bertahan terhadap jatuh dan hentakan yang lain.

EcoSport Kids Balance Bike Training Bicycle 12 Inci

Basikal keluaran EcoSport ini telah dikeluarkan bagi melatih anak-anak anda yang berumur 2-5 tahun untuk mengimbangi basikal tersebut apabila mereka menaikinya. Ia diperbuat oleh bahan yang berkualiti tinggi daripada Jerman.

Tayarnya yang lebar meningkatkan cengkaman pada jalan supaya tidak mudah jatuh terutamanya apabila melalui atas jalan yang berpasir dan licin. Selain itu, beratnya yang sangat ringan juga membolehkannya untuk diangkat dengan mudah oleh anak-anak anda sekiranya ia terjatuh. Tempat duduknya boleh disesuaikan sehingga 45 cm dengan ketinggian minimumnya sebanyak 35 cm.

Ianya merupakan hadiah terbaik bagi melatih anak anda mengimbangi sebuah basikal.

Zeppy Kids Tricycle


Zeppy telah mengeluarkan basikal beroda tiga yang sangat unik dan sesuai untuk kegunaan anak-anak anda. Ia bukan sahaja mudah dikayuh oleh anak anda malah membolehkan anda untuk menolaknya dari belakang seperti sebuah stroller.

Basikal ini juga dilengkapi dengan payung supaya dapat melindungi anak anda daripada sinaran panas matahari ketika bermain di luar rumah. Bukan itu sahaja, ia juga datang dengan raga kecil dan bekas di belakang untuk anak-anak anda meletakkan barang-barang mainan dan peralatan mereka yang lain dengan mudah. Rangka badan yang kuat menjadikan basikal ini mampu bertahan terhadap pelbagai gegaran dan hentakan yang kuat. Basikal ini sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 1-5 tahun.

Alpha Living Kids Tricycle Lightweight Push Bicycle


Sekiranya anda sedang mencari basikal yang mudah ditolak apabila anak anda sudah letih mengayuh basikalnya, maka basikal beroda tiga yang ringan ini merupakan basikal yang paling sesuai untuk anak anda. Basikal ini dilengkapi dengan raga dan bekas kecil di belakang tempat duduknya untuk anak-anak anda meletakkan barang-barang mainan dan peralatan mereka yang lain dengan mudah.

Basikal ini sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 1-5 tahun dan mampu menahan berat sehingga 25KG dimana menjadikannya stabil dan selamat untuk digunakan. Anda juga boleh meletakkan botol anak anda ditempat yang disediakan sebagai bekalan air kepada anak anda.

BMX for Kids Sport Bike Training Bicycle

Bagi ibu bapa yang ingin menghadiahkan sebuah basikal yang cantik dan bergaya kepada anak-anak mereka, basikal jenama BQTong ini merupakan salah satu basikal yang amat sesuai bagi kegunaan kanak-kanak. Ia bukan sahaja dilengkapi oleh raga di hadapan, malah terdapat juga tempat letak botol di belakangnya sebagai kemudahan kepada anak-anak anda untuk membawa bekalan air ketika bermain.

Bahagian rantainya juga ditutup supaya dapat melindungi anak-anak anda daripada memasukkan jari atau meletakkan kaki di atasnya ketika mereka menaiki basikal ini. Lampu warna-warni yang terdapat pada roda latihannya, menjadikan basikal ini lebih bergaya dan menarik perhatian anak-anak anda untuk menaikinya.

Marsstar 2001 Inspiron Double Alloy Rim Bicycle

Bagi kanak-kanak yang berumur 7-10 tahun, basikal Marsstar 2001 ini merupakan salah satu basikal yang sesuai untuk mereka dan mampu menahan berat sehingga 50kg. Ia diperbuat oleh bahan berkualiti tinggi yang dapat memberikan ketahanan yang tinggi terutamanya terhadap hentakan dan gegaran akibat daripada jatuh.

Rim tayarnya juga diperbuat oleh campuran pancalogam atau lebih dikenali sebagai alloy yang tidak mudah bengkok dan rosak. Basikal ini juga datang dengan tempat letak botol air supaya kanak-kanak anda dapat membawa bekalan air ketika mereka bermain di luar. Tayarnya yang lebar dapat meningkatkan cengkaman dan sekaligus mengelakkan anak anda daripada mudah terjatuh apabila berada di jalan yang berpasir dan licin.