Jerawat dan jeragat sendirinya memberikan tekanan kepada hampir semua orang terutamanya oleh golongan wanita yang ingin menjaga kecantikan dan kebersihan mukanya.

Akan tetapi, parut yang ditinggalkan oleh jerawat dan jeragat tersebut membuatkan seseorang itu lebih tertekan kerana parut yang ditinggalkan oleh jerawat bersifat kekal dan sukar untuk dihilangkan. Namun begitu, pelbagai produk kecantikan telah diperkenalkan dalam membasmi parut jerawat di muka dan badan.

Berikut kami senaraikan 8 produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat.

AdDar Beauty Improved Formula Pearl Soap

Sekiranya anda sedang mencari sebuah produk rawatan muka khas dalam menghilangkan jerawat dan jerawat serta kesan parut yang ditinggalkannya, sabun keluaran AdDar Beauty mungkin menjadi salah satu pilihan di mata anda.

Sabun ini mengandungi ekstrak mutiara dan serbuk mutiara berkualiti tinggi daripada Filipina. Kombinasi kedua-dua bahan ini memberikan kesan yang optimum terhadap kecantikan kulit terutamanya dalam menghapuskan jerawat.

Ketiadaan bahan-bahan kimia berbahaya dan pengesahan daripada kementerian kesihatan menjadikannya selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Selain daripada memudarkan parut jerawat, terdapat 6 lagi kelebihan apabila menggunakan sabun ini iaitu menghapuskan minyak, memutihkan muka, melembapkan kulit, menghilangkan jerawat degil, melembutkan tekstur kulit, dan menyegarkan kulit.

Bioaqua Pure Skin Anti Acne & Brightening Cream

Bioaqua sudah dikenali ramai dalam menyediakan rawatan anti jerawat yang berkesan. Kini, krim pemutih dan anti jerawat yang dikeluarkan oleh Bioaqua ini bukan sahaja mampu untuk menghilangkan jerawat dan jeragat degil malah dapat digunakan untuk menghapuskan parut jerawat.

Produk ini bertujuan untuk melembapkan kulit serta mengawal kadar minyak di muka disamping menghilangkan jerawat dan parut yang ditinggalkannya. Krim ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya dan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Magic Tamarind Mask (MTM)

Magic Tamarind Mask ini amat mudah untuk digunakan dan mempunyai kelebihan dalam membantu meningkatkan kesihatan wajah, menghapuskan jerawat dan  jeragat, mencerahkan kulit muka, menegangkan kulit dan melembutkan kulit muka. Produk ini mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak buah lemon, limau, lidah buaya, tanah liat dan zink oksida dan mendapat kelulusan daripada Kementerian  Kesihatan Malaysia menjadikannya selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Penyerapan pantas disebabkan oleh tekstur berkrim dalam produk ini membolehkan anda untuk melihat kesan-kesan penggunaannya di dalam masa yang singkat.

AC PLUS Anti-Jerawat

AC PLUS merupakan satu produk makanan tambahan berbentuk tablet yang bertujuan untuk merawat individu yang mempunyai masalah kulit. Di samping dapat menghilangkan jerawat, produk ini juga dapat mencerahkan kulit, meningkatkan kesihatan kulit dan merawat eczema.

Pelbagai jenis jerawat juga dapat dihapuskan termasuklah jerawat degil, bernanah, di badan, halus, batu dan lain-lain. Parut jerawat juga dapat dihilangkan dalam masa yang singkat apabila pengambilan produk ini diambil secara konsisten. Rumusan advance dan bahan-bahan semulajadi yang terkandung di dalam produk ini memberikan kesan yang pantas dan selamat untuk digunakan.

Zeoary Soap Sendayu Tinggi


Sabun Zeoary keluaran Sendayu Tinggi ini diperkaya oleh asid salisilik dan agen pelembap bagi membantu mengatasi masalah jerawat pada badan serta memberi kelembapan yang secukupnya dan dapat memperbaiki masalah kulit kering. Sabun lulur ini mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak kulit cengkerang kacang Walnut dan Minyak Bunga Matahari dan ianya selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

Kulit cengkerang kacang walnut membantu menyingkirkan sel kulit mati, menanggalkann daki dan menghilangkan kesan kehitaman pada badan. Penggunaan sabun ini secara konsisten akan melembutkan, menghaluskan dan mencerahkan kulit badan supaya ianya kekal gebu.

KATE SOMERVILLE - D-scar Scar Diminishing Serum

Serum Kate Somerville ini bertujuan ini menghapuskan parut jerawat degil yang di alami oleh sesetengah individu dan memberikan kulit muka yang lebih bersinar dan licin tanpa kesan parut jerawat. Serum ini dilengkapi oleh bebola kecil yang telah direka khas untuk mengurangkan kehadiran parut jerawat lama dan baru.

Serum ini juga mengandungi ekstrak botanikal yang dapat memberikan tekstur kulit yang sama rata supaya kulit kelihatan lebih cantik dan tanpa cela. Serum ini juga selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.

MARIO BADESCU - Acne Starter Kit

Kit pembasmi jerawat keluaran Mario Badescu ini perlu menjadi salah satu pilihan anda ketika mencari produk untuk menghilangkan jerawat dengan lebih berkesan. Produk ini mempunyai 4 botol yang mempunyai ciri-ciri khas tertentu seperti pelembap, pembersih, tona kulit dan pencerah.

Kesemua produk ini memainkan peranan yang amat penting dalam rawatan jerawat terutamanya bagi menghilangkan kesan parut jerawat. Produk ini diperbuat oleh bahan-bahan semulajadi dan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur.