Tumbesaran bayi secara keseluruhannya bergantung kepada kualiti pengambilan susu daripada susu badan ibunya sendiri. Susu badan seorang ibu mampu memberikan nutrien dan zat secukupnya bagi membolehkan mereka membesar dengan baik dan terlindung daripada jangkitan penyakit.

Namun begitu, tempoh disarankan untuk pengambilan susu badan hanyalah sehingga bayi tersebut berumur dua tahun sahaja. Setelah dia mencecah umur dua tahun ke atas, susu badan yang diambilnya hendaklah digantikan dengan susu formula lain yang sesuai dengan perkembangan tumbesarannya.

Kini, terdapat pelbagai jenis susu formula yang telah dikeluarkan yang selaras dengan garis panduan Kementerian Sesihatan Malaysia dan juga Organisasi Kesihatan Sedunia. Susu formula yang telah dikeluarkan juga terbahagi kepada dua jenis iaitu susu berunsurkan susu lembu dan juga susu soya (bagi bayi yang alergik dan mempunyai masalah penghadaman susu lembu dalam usus).

Oleh itu, berikut kami senaraikan 8 susu formula terbaik untuk melatih bayi anda sebagai ganti kepada pengambilan susu badan anda.

Nestle Lactogen 1 – 3

Lactogen 1-3 ini amat sesuai diberikan kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana terdapat segelintir ibu bapa yang mengakui bahawa susu lactogen ini dapat membantu mengurangkan kuning (jaundice) pada bayi anda saat bayi anda dilahirkan. Susu ini boleh didapati untuk bayi berumur 1-3 tahun bagi melatih mereka untuk meninggalkan susu badan.

Susu lactogen ini mengandungi Omega 3 dan 6 serta DHA yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kesihatan serta perkembangan otak bayi anda. Ianya sesuai diminum oleh bayi yang berusia 0 hingga 36 bulan mengikut formula masing-masing, namun pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor pakar terlebih dahulu sebelum menggantikan susu ibu sepenuhnya dengan susu lactogen ini. Bukan itu sahaja, harganya juga berpatutan berbanding susu formula bayi terkenal yang lain.

BELI SEKARANG

Dugro 1-6 Susu Soya

Bagi bayi dan kanak yang berumur 1-6 tahun yang mempunyai masalah dalam menghadam susu laktosa, anda boleh cuba susu Dugro Soya ini sebagai ganti kepada pengambilan susu badan. Ia dijual dalam bentuk pek iaitu sebesar 400gm.

Susu soya ini mengandungi 5 nutrien penting bagi tumbesaran bayi yang baik seperti DHA, ALA, LA, Kalsium, FOS, dan juga 14 vitamin & mineral penting untuk perkembangan anak anda. Anda tidak perlu lagi kerap menukar susu sekiranya ianya sesuai dengan anak anda kerana susu ini sesuai diambil oleh bayi dan kanak-kanak sehingga umur 6 tahun. Harganya juga berpatutan berbanding susu soya yang dijual lain.

BELI SEKARANG

Nestle Nan Pro Langkah 2

Nestle telah mengeluarkan satu susu formula Nestle Nan Pro Langkah 2 ini yang mengandungi bifidobacterium lactis yang memainkan peranan dalam meningkatkan kesihatan usus bayi anda. Bahan ini juga dapat mengurangkan cirit-birit oleh bayi anda yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan bakteria pada usus bayi anda.

Susu ini sesuai diberikan kepada bayi yang berusia 6 hingga 36 bulan namun ianya disyorkan supaya anda mula berikan susu ini dari 1 tahun ke atas kerana pengambilan susu ibu adalah lebih baik daripada pengambilan susu formula.

BELI SEKARANG

Nestle Lactokid 1-3 Tahun

Bagi ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka tinggi dan berkhasiat, anda boleh cuba susu formula keluaran Nestle iaitu Lactokid untuk bayi 1-3 tahun. Susu ini mempunyai kandungan kalsium yang lebih dan pada masa yang sama mengandungi 13 vitamin dan mineral yang sesuai untuk tumbesaran baik anak anda.

Bukan itu saja, anda juga boleh teruskan pemberian susu ini kepada anak anda sekiranya mereka mencapai 4 tahun ke atas kerana susu Lactokid ini juga boleh didapati dalam bentuk pek yang sama tetapi khas untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

BELI SEKARANG

Dutch Lady 123

Dutch Lady sudah lama terkenal sebagai pengeluar produk tenusu di seluruh dunia. Dutch Lady 123 ini pula merupakan susu formula khas untuk bayi yang berumur 1-3 tahun. Ia boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti coklat, madu, vanila dan kosong. Kombinasi vitamin dan mineral yang terdapat dalam susu ini membolehkan anak-anak anda untuk membesar dengan lebih sihat dan kuat.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh teruskan pemberian susu ini kepada anak anda sekiranya mereka mencapai 4 tahun ke atas kerana susu ini juga boleh didapati dalam bentuk pek yang sama tetapi khas untuk kanak-kanak berumur 4-6 tahun.

BELI SEKARANG

Pediasure Complete

Pediasure Complete merupakan susu yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang memilih dalam pengambilan makanan dan minuman. Ini kerana ianya sedap dan mempunyai khasiat nutrisi yang tinggi untuk perkembangan badan anak anda.

Susu ini juga sesuai diminum oleh bayi dan kanak-kanak yang mempunyai selera makan yang rendah atau sedang baik dari sakit. Kombinasi 25 vitamin dan mineral berkhasiat dapat membantu meningkatkan ketinggian dan berat badan anak anda sambil meningkatkan tahap imunisasi mereka.

BELI SEKARANG

Enfagrow A+ Step 3

Enfagrow A+ Step 3 ini sangat sesuai diambil oleh kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun. Ia mengandungi DHA dan MFGM dimana ianya dapat membantu menyokong perkembangan mental dan emosi anak-anak anda. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi nutrien penting yang lain yang baik untuk keseluruhan badan anak anda seperti mata, kulit, gigi, tulang dan lain-lain.

BELI SEKARANG

Isomil Plus

Isomil Plus merupakan jenis susu soya yang dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak yang berumur 1-10 tahun yang mempunyai alahan atau masalah penghadaman susu laktosa. Harganya agak mahal tetapi ia mengandungi khasiat yang sangat banyak sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak anda.

Sekiranya anda ingin berbelanja lebih untuk tumbesaran anak anda, susu soya ini mungkin apa yang cari sebelum ini.

BELI SEKARANG

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis susu formula yang telah dikeluarkan untuk tumbesaran anak-anak anda. Anda hanya perlu memilih mengikut bajet dan kesesuaian anak anda supaya mereka pun meminumnya tanpa rasa dipaksa. Anda juga dapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak bagi menentukan susu yang paling sesuai untuk anak-anak anda.