Earphone tanpa wayar atau lebih dikenali sebagai wireless earphone telah banyak dijual di pasaran bagi menampung permintaan ramai pengguna terutamanya oleh kebanyakan ahli sukan di seluruh dunia.

Ianya memudahkan anda dalam melakukan senaman kerana anda tidak perlu memegang atau menyambungkannya kepada telefon bimbit anda. Oleh itu, wireless earphone amatlah sesuai untuk dibawa bersama anda ketika bersenam. Berikut kami senaraikan lapan wireless earphone terbaik untuk dibawa bersenam:

Remax RB-T20 Ultra-Thin Sport Wireless Bluetooth Earphone

Remax sememangnya jenama yang sudah dikenali ramai dalam menyediakan aksesori barangan elektronik dalam kualiti yang tinggi pada harga yang berpatutan. Remax RB-T20 merupakan salah satu wireless earphone Remax yang telah direka khas untuk kegunaan ketika bersenam.

Bentuknya yang unik memudahkan anda untuk memakainya dalam keadaan yang sangat selesa tanpa sebarang gangguan terutamanya bagi yang memakai spek mata. Kapisiti baterinya yang agak besar membolehkannya untuk bertahan selama 5 jam bagi penggunaan yang berterusan. Ia juga menyediakan Bluetooth 4.1 bagi sambungan yang lebih jelas dan berpanjangan tanpa sebarang gangguan.

W1 Sport Running Bluetooth Earphone With Magnetic Suction

W1 Sport Running Bluetooth Earphone ini mempunyai ciri pembatalan bunyi supaya lagu atau suara yang anda mainkan dapat didengari dengan jelas tanpa gangguan bunyi luaran yang lain.

Ianya juga datang dengan mikrofon bagi membolehkan anda untuk menjawab panggilan dan bercakap dengan pemanggil tanpa memegang telefon bimbit anda dan mampu memberikan sambungan berterusan sejauh 10 meter. Ciri butang pengawal yang terdapat dalam earphone ini juga memberikan kemudahan kepada anda untuk mengawal suara atau mengubah lagu-lagu kegemaran anda tanpa perlu memegang telefon bimbit anda.

Ia mampu bertahan sehingga 3-4 jam bagi penggunaan yang berterusan.

AfterShokz Trekz Air Wireless Bone Conduction Earphones

AfterShokz Trekz Air ini merupakan salah satu wireless earphone yang amat berkualiti tinggi di pasaran sekarang ini. Ia mempunyai teknologi pengaliran suara melalui tulang yang membolehkan penghantaran muzik melalui tulang pipi dalam memastikan telinga anda mampu mendengar bunyian ambien.

Reka bentuknya yang unik membolehkannya untuk dipakai secara berpanjangan dan memberikan kestabilan yang lengkap terutamanya ketika anda melakukan senaman berat. Baterinya mampu bertahan sehingga 6 jam bagi penggunaan berterusan dalam satu caj. Ianya juga dilengkapi dengan mikrofon yang mempunyai ciri dwi-pembatalan suara yang mampu memberikan pendengaran suara atau lagu yang jelas tanpa gangguan daripada bunyi-bunyi luaran di sekeliling anda.

AfterShokz Trekz Air ini datang dengan pengesahan IP55 untuk melindungi daripada peluh, habuk, dan kelembapan yang disebabkan oleh senaman intensif atau keadaan cuaca.

Sony WI-SP500 Wireless Bluetooth In-Ear Earphones

Sony WI-SP500 adalah salah satu wireless earphone yang direka khas untuk pendengaran muzik secara berterusan yang sesuai untuk semua jenis aktiviti termasuklah untuk aktiviti senaman. Penilaian kalis air IPX4 dalam produk ini bermaksud earphone ini mampu bertahan terhadap peluh and cecair lain dalam jangka masa yang panjang.

Baterinya yang agak besar membolehkan anda untuk mendengar muzik atau bercakap telefon sehingga 8 jam secara berterusan dan menyediakan sehingga 200 jam sekiranya ia tidak digunakan selepas dicaj. Kelengkapan butang dan mikrofon pada earphone ini memberikan kemudahan kepada anda untuk bercakap telefon dan mengawal suara dan lagu tanpa memegang telefon bimbit anda.

HAG Wireless Sport Magnetic Earbuds Bluetooth Earphone

HAG Wireless Sport mempunyai ciri magnet pada earphonenya bagi memudahkannya untuk disimpan setelah digunakan. Ia datang dengan ciri bluetooth versi 4.2 yang mampu menyediakan sambungan suara atau lagu sejauh 10 meter tanpa anda perlu memegang telefon bimbit anda.

Earphone ini juga dilengkapi oleh bunyi stereo yang berkualiti tinggi bersama ciri pembatalan suara bagi meningkatkan lagi kepuasan ketika mendegar muzik atau lagu-lagu kegemaran anda. Baterinya mampu bertahan selama 4 jam sekiranya ianya digunakan secara berterusan.

Xiaomi Sport Mini Bluetooth Wireless Earphone

Rekaan cakuk telinga dan kalis jatuh yang terdapat pada earphone Xiaomi ini menjadikannya sesuai untuk dipakai ketika anda bersenam. Baterinya yang bersaiz 100mAh membolehkan anda untuk mendengar lagu selama 7 jam secara berterusan.

Ianya juga dilengkapi oleh butang pengawal suara dan mikrofon tanpa memerlukan anda untuk mencapai telefon bimbit anda ketika hendak mengawal suara atau ketika bercakap dengan pemanggil telefon. Earphone Xiaomi ini juga mempunyai pengesahan IPX4 yang menjadikannya kalis air dan mampu bertahan terhadap peluh dan percikan air.

Remax S2 Unique Magnet Wireless Sports Earphone

Remax S2 mempunyai reka bentuk magnet yang amat sesuai untuk digunakan ketika senaman dan aktiviti luaran. Ianya juga boleh digunakan sebagai pengawal kamera bluetooth sebagai kemudahan terhadap kesemua swafoto anda.

Anda juga boleh menggunakannya secara berterusan selama 6-8 jam oleh kerana kapasiti baterinya yang terbina di dalam earphone ini. Kelengkapan butang pengawalnya juga membolehkan anda untuk mengawal suara muzik dan lagu-lagu kegemaran anda tanpa perlu memegang atau mencapai telefon bimbit anda.

Bose SoundSport Free Truly Wireless Sport Earphone

Bose SoundSport ini merupakan wireless earphone yang amat berkualiti tinggi di pasaran earphone sekarang. Walaupun harganya agak mahal berbanding dengan wireless earphone yang lain, namun kualiti yang diberikannya amatlah tinggi dalam menyediakan pendengaran kualiti muzik yang sangat jelas dan kuat disamping memberikan keselesaan kepada anda ketika memakainya dalam jangka masa yang panjang.

Ia menyediakan penggunaan berterusan sehingga 5 jam dengan penambahan 10 jam bersama bekas pengecas khas yang termasuk dengan earphone ini. Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda terlupa dimana anda letakkan earphone ini kerana ianya datang dengan ciri carian earphone yang membolehkan anda untuk mencarinya semula tanpa perlu berfikir panjang lagi.

Ianya juga telah direka khas supaya ianya tidak jatuh ketika anda memakainya semasa melakukan aktiviti senaman.