AirAsia, syarikat penerbangan tambah rendah popular ini meraikan penerbangan pertama ke Melaka dari Pulau Pinang. Penerbangan sulung pada hari ini menggunakan pesawat Airbus A320 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) pada jam 1.20 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (MIA) pada 2.25 petang.

Menurut AirAsia hari ini, Melaka adalah destinasi domestik ke-6 mereka dan ke-14 keseluruhan dari Pulau Pinang. AirAsia mempunyai jadual penerbangan dari Pulau Pinang ke Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Singapore, Jakarta, Surabaya, Medan, Hanoi, Ho Chi Minh City, Bangkok dan Phuket.

AirAsia kini mempunyai satu jadual penerbangan pergi dan balik antara Melaka dan Pulau Pinang setiap hari. (via AirAsia)