Lecehkan perlu membersih rumah setiap hari? Dengan keadaan Malaysia sekarang yang banyak debu terutama jika anda tinggal di kota raya yang kekurangan penapis semula jadi iaitu pokok. Tambahan pula, jika anda perlu bekerja dan mempunyai anak yang ramai. Tidak cukup masa!

Tahukah anda, sekarang terdapat lebih daripada 35 spesis hama dikenal pasti terdapat di Malaysia. Debu-debu yang kelihatan di sekitar rumah anda, kebarangkalian tinggi adalah telur-telur hama ataupun bahan kumuhan hama!

Jangan risau. Sekarang, penyedut hampagas telah berevolusi menjadi pelbagai bentuk, jenis dan fungsi. Yang terbaru sekali adalah robot pembersihan vakum. Bagus ke robot vakum? Kami telah menyemak beberapa robot vakum Malaysia dan berikut adalah 10 robot vakum terbaik dan anda boleh tentukan sendiri yang mana paling sesuai untuk anda.

Robot Vacuum Floor with Automatic Smart Sweep RM32.50

Robot pembersih lantai terbaik diperbuat daripada bahan ABS berkualiti tinggi dan tahan lasak. Ianya bergerak secara automatik membersihkan lantai. Membantu membersihkan rumah anda tanpa membuat bising dan sangat berkesan. Robot ini juga senang untuk dicuci atau dibersihkan, cuma tekan satu butang untuk meleraikan ruang tong sampah dalamannya. Kotak habuk besarnya didatangkan dengan penapis berlapis dua. Satu yang kurang tentang produk ini ialah ia agak tebal sedikit berbanding dengan alternatifnya yang lain. Namun, ia adalah pilihan ekonomi yang kos efektif dengan harga cuma RM32.50!

Auto Cleaner Smart Robotic Mop Dust Cleaner Cleaning RM24.50

Produk pembersih vakum mudah dengan operasi hanya dengan satu sentuhan pada butang operasi dan anda boleh relaks, biarkan ia melakukan tugas membersih lantai untuk anda! Fungsi kemudi 360 darjah dan juga kebolehan mengesan halangan seperti meja serta dinding, membantu ia bergerak ke seluruh ruangan dalam rumah anda tanpa perlu banyak pengawasan dari anda. Bagi pemilik haiwan peliharaan, anda boleh menarik nafas lega sekarang kerana produk ini juga boleh membersihkan bulu-bulu halus haiwan kesayangan anda yang comel sangat itu! Ia juga antara pembersih vakum yang ekonomi, mungkin termurah yang anda boleh dapati di pasaran Malaysia pada ketika ini!

Ilife V5S PRO Intelligent Robotic Vacuum Cleaner Robot EU RM505.70

Robot vakum yang disertakan dengan kain mop nanofiber jenis bercangkuk untuk pembersihan yang lebih berkesan. Air yang dibekalkan untuk mop lantai datang daripada tangki air dalaman 300 ml. Tidak seperti kebanyakan produk lain di pasaran yang menggunakan tangki air luaran, dengan produk jenama iLife ini,  anda tidak akan mengalami masalah tangki terjatuh, kapasiti air rendah dan pengeluaran air tidak sekata.

Generic Brand Vacuum Cleaner Robot RM 54.99

Anda akan menyukai reka bentuk vakum robot ini yang kecil, slim dan fleksibel. Kawalan mikro komputer pintar dengan roda ajaib mampu mengubah haluan dengan sendirinya. Ia mampu pergi ke tempat yang sempit dan sukar dicapai dengan mudah.  

IROVA K6 / K6L Robot Vacuum Cleaner with Dry Mopping RM 243.00

Produk mampu milik berkualiti ini berkesan untuk pelbagai jenis lantai dalam rumah seperti marmar, jubin, berkarpet, dan kayu. Pembersihan yang mudah dan senang. Dengan bateri penuh, ia mampu membersih selama 50 minit tanpa henti. Ia mempunyai dua bahagian berus yang menolak kotoran ke bahagian tengah untuk disedut masuk. Mempunyai sensor lantai 3 kumpulan yang mengelakkannya daripada jatuh.

XIAOMI MIJIA Gen 2 Mi Robot Vacuum Cleaner with WiFi RM 1,488

Pembersihan pintar menerusi kelengkapan sensor LDS yang akan mengimbas ruangan rumah anda dan menghasilkan peta ruangan dengan algoritma SLAM bagi membolehkan anda membuat tetapan bagi bahagian ruangan yang perlu dibersihkan. Robot vakum xiaomi adalah robot sebenar yang anda boleh harapkan.

Smart Vacuum Intelligent Automatic Sweeping Robots RM 10.99

Jadikan persekitaran hidup anda lebih bersih dan menyihatkan dengan robot vakum ekonomi ini. Datang dengan dua warna iaitu emas dan perak. Cuma lekatkan fabrik pelekat habuk yang boleh dibasuh dan digunakan semula pada bahagian bawah, dan ia sedia untuk menjalankan tugasnya!

Intelligent Vacuum Cleaner Automatic Mute Ultra Thin RM 252.20

Pembersih vakum ultra nipis mampu membersih kawasan seluas 150 meter persegi. Penggunaannya mampu bertahan selama 2 jam dengan pengecajan bateri penuh memakan masa 4 jam. Menukar mod pembersihan antara kering dan basah secara automatik.

Samsung POWERbot Vacuum with Self-cleaning Brush RM 2,488

Samsung adalah antara jenama barang eletrik paling dipercayai rakyat Malaysia. Robot vakum ini bukan sahaja mengelak halangan secara automatik, tetapi fungsi Auto Shutter-nya membentuk tembok yang membantu pengumpulan habuk yang lebih baik dipenjuru dinding dan sekitar halangan. Harga robot pembersih lantai Samsung ini sangat berbaloi dengan kecekapannya.

ECOVACS Deebot R98 Robotic Vacuum Cleaners DR95 RM 3,389

Teknologi Kejituan bagi fungsi pemetaan membantu anda menandakan kawasan tertentu untuk dibersihkan atau dielakkan. Kawalan sepenuhnya dari poket anda menerusi aplikasi dengan sistem kawalan jauh. Laporan suara juga turut tersedia. Jadi anda tidak perlu lagi kerap memeriksa vakum anda.